Wednesday 28 December 2011

Terus Melangkah~~

Ehemmmm...wahhhh dah Rabu rupanya, beg AF nak ditarik ke Airport belum Mr Bokbon kemas lagi. Al maklumlah sabtu nie nak buat drama air mata pulak dekat airport (Mr Bokbon berangan lagi....tak suka...tak suka~~~) hahahhaahhahaaa...Tak ada lah korang, sabtu nie Mr Bokbon dah nak balik Tawau meneruskan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Dah sebulan lebih Mr Bokbon tak makan Nasi Kuning (Erkkkk...makan oh makan jer kan Mr Bokbon!!). Nasi Kuning available dekat Tawau, Sabah ajer o.K. Nati Mr Bokbon update apakah ittew "Nasi Kuning" dekat korang sume~~!.

Ok back on stage~~~ Entry Mr Bokbon hari nie "Terus Melangkah"...wahhh melangkah ke mana Mr Bokbon. Mr Bokbon nak naik ke Planet Namek ker? Agak2 lah korang Mr Bokbon nak naik planet namek..nie pasal impian 2012~~Wahhhh ada 3 hari lagi sebelum 2011 melabuhkan tirai dan 2012 akan mula mengetuk jendela waktu memahat memoir baru. Amacam korang 2011 grand bangat tak? Impian korang semuanya suksess tak?...

Jangan asyik mimpi~~Nati kepala ko biol ^_^

Sebut saja 2011 Mr Bokbon telah melalui pelbagai babak2 pahit,manis,suka,duka,tawa,kelat,masin,payau dan seangkatan dengannya dalam hidup. Tambah2 berstatus anak dagang di tempat orang mestilah banyak cabaran (Amboii falling macam lah Tawau tu jauh~~~). Sebenarnya Mr Bokbon saban tahun tak pernah pasang apa2 impian...erkkkk ada orang tak percaya???? Hahahhahahahaaha. Betul lah apasal pulak Mr Bokbon nak tipu korang sume. Hanya dengan satu stanza sahaja Mr Bokbon lafazkan iaitu Teruskan Melangkah~~~Apakah maksud disebalik stanza ittew. Sebenarnya bagi Mr Bokbon setiap orang ada cerita tersendiri melafazkan impian masing2 menjelang tahun baru kann. Mr Bokbon hanya inginkan tahun baru lebih baik daripada tahun sebelumnya tak kiralah daripada sudut mana. Apa yang kita lakukan perlu dilaksanakan dengan hati yang terbuka. Cuma mungkin adalah beberapa wishlist yang Mr Bokbon nak kan dalam hidup. Kita manusia tak akan terlepas daripada berangan2 kan Mr Bokbon~~Apapun yang akan korang lakukan niat yang suci dan murni perlu diletakkan di hadapan moga impian dan cita-cita korang semua akan menjadi kenyataan.

Bagi yang nak bertunang+kahwin teruskan mengumpul duit, yang akan duduki UPSR,PMR,PMRU,SPM,SMU,STAM dan STPM teruskan berusaha tanpa penat jemu, yang akan bergelar  mak bapak budak selamat menempuhi saat2 indah tersebut dan yang mula naik pangkat jangan lupa asal usul kita bila dah berada kat atas tak tengok pulak kat bawah~~~hahahahahahahahahaaha..apapun korang 2012 pastinya menyimpan pelbagai synopsis cerita indah nati...aigooooo~~~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...