Saturday 31 December 2011

Gah Di Awan Biru

Ehemmmmm....tak nak balikkkkkk!! Apa kes pulak Mr Bokbon pagi-pagi dah teriak macam orang tak betul. Biasalah korang ini namanya "Sindrom Malas Balik". Sebenarnya pagi nie Mr Bokbon dah pun terpacak dekat Airport Sultan Ismail Petra, Kota Bharu untuk penerbangan ke Kuala Lumpur, petang nati Mr Bokbon akan berlepas balik ke Tawau meneruskan sebuah perjalanan yang cukup-cukup mencabar dalam hidup. Tapi nasib jugak lah tak buat babak drama air mata, kalau tak memang banjir lah kampung Mr Bokbon jawabnya.

KBR-KL-TWU~~aigooo

Alhamdulilah penerbangan kali ini ditaja oleh syarikat penerbangan 1st class dunia iaitu MAS. Wahhhh memang ada yang jeles kan Mr Bokbon dapat naik free!! Tulah korang tuah ayam nampak kat kaki, tuah Mr Bokbon sapa tahu...Hehhehehehehehehhehe~~~Pagi tadi melenggang kangkong jugak sebab rumah Mr Bokbon dengan airport 5 minit jer naik kete. So, tak payah nak rushing2 sangat. Petugas di kaunter pulak memang cun2 dan manis2 belaka, dengan layanan 1st class akhirnya bagasi Mr Bokbon yang sarat dengan pelbagai jenis mak nenek barang akhirnya dapat disumbat masuk. "19.9kg" ko bawa lesung batu ker Mr Bokbon??...Entah lah semua main campak2 jer, balik kampung hari tu bawa baju lain, datang semula bawa baju lain. Semalam dah kena tazkirah kat Mak Mr Bokbon "Kalu nak balik, mestri tu hilang, ni hilang, tu tak bawa, ni tertinggal~~~~hahahahahahaahaha". Credit smile kat Hjh Che Asmah mak Mr Bokbon yang paling supermummy lah....

Ok lah korang Mr Bokbon dah nak berlepas ni, apapun Mr Bokbon nak wish Hepi New Year dekat korang semua. Semoga tahun baru 2012 akan lebih bermakna buat kita semua~~~aigooooo

P/S: Tahniah buat OSBON kerana menjuarai maharaja lawak semalam~~~

Friday 30 December 2011

Bye Bye Kampung Ku

Ehemmmm...sayu pulak malam last di kampung halaman Mr Bokbon..Malam nie malam terakhir Mr Bokbon boleh peluk bantal busuk Mr Bokbon (Erkkkk dah tua2 bangka pun ada bantal busukkkk ker Mr Bokbon????)...Hhahahahahahahahahaa~~~Esok pagi2 lagi Mr Bokbon akan check in dekat Airport Sultan Ismail Petra untuk penerbangan ke Kuala Lumpur. Jam 2.20pm Mr Bokbon dijangka akan berlepas ke Tawau...Nie lah babak paling Mr Bokbon tak suka untuk lalui untuk ucapkan selamat jalan kepada kampung halaman. Walaupun mac 2012 Mr Bokbon akan pulang kembali tapi terasa jarak masa itu begitu lama untuk Mr Bokbon tunggu. Tapi apa kan daya seperti tagline blog cik pulau ~~Life Must Go On~~ so kita kena kerja demi mencari sesuap rezeki kan....

Ok lah korang Mr Bokbon tak boleh nak tulis panjang2, malam ni kena membuta awal2 bimbang esok tertinggal kapal terbang. Tak pasal2 tak sampai Tawau sapa nak jawabbb? Cik Peah sebelah rumah Mr Bokbon pun terkedu kalau Mr Bokbon tertinggal kapal esok...

P/S: Mr Bokbon nak mohon maaf dengan insan yang Mr Bokbon kasihi iaitu NS sebab Mr Bokbon tak sempat kuar bersama2 dengan dia sebelum Mr Bokbon pulang ke Tawau. Buat NS jaga diri elok. Insyaallah kalau dah tertulis itu adalah suratan takdir buat kita, ke jinjang pelamin jua ending of story kita...amin~~~

Kenduri Akikah

Kenapa hujan masih membasahi bumi~~~arghhhh Mr Bokbon suka dan suka boleh!! Bestnya dapat ke pasar hari nie terserempak jugak lah kawan-kawan lama dan sempat bertanya kabar. Tu untung kalau ke pasar nie dapat jumpa kawan-kawan zaman sekolah, ada yang dah ada 3 orang anak..Perghhhhh subur sungguh kawan-kawan Mr Bokbon ni kan (Mr Bokbon jugak single Oh single...huhuhuhuhuhu~~~). Kita tinggalkan pasal kawan-kawan Mr Bokbon yang ramai anak dah tu rezeki dia so layan ajer lah kan!!

Buat Mr Bokbon~~~

Lepas makan tadi syok terkangkang duk main ngan si Lulu (Bukan ana lulu tau, nie kucing kesayangan Mr Bokbon tau~~), so tiba2 SMS masuk kat inbox sapa pulak lah sms tengah orang syok2x nak rehat kann...Ohhhh rupa2 kawan sebelah meja Mr Bokbon kat Office Mr.F****, dia menjemput Mr Bokbon ke majlis akikah putera dan puteri dia 1hb Jan 2012. Amboi2x Mr Bokbon belum sampai Tawau dah dapat undangan majlis akikah pulak kan... Well, korang jangan jeles dah orang menjemput kita wajib lah hadir..Mr Bokbon tak sabar nak jumpa Ryan yang comel ittew...hahahahahhahahaa apapun tunggu Mr Bokbon update nati~~~aigooo

P/S: Otai Mr Bokbon dah mengamuk duk tanya bila Mr Bokbon nak balik...hahahahahahha

Friendship : Thanx Jejaka Hotspot & Puteri Terbuang Di Awangan

Ehemmmmm...well Mr Bokbon muncul balik...hehehehehehehe. Korang tengok tak entry Mr Bokbon tu "Friendship : Thanx Jejaka Hotspot & Puteri Terbuang Di Awangan". Sapa pulak ni Mr Bokbon? Sebenarnya Jejaka Hotspot dan Tuan Puteri nie adalah kawan baik Mr Bokbon dalam "Muka Buku". Dia orang berdua tiap hari lah update fb Mr Bokbon paling2 tidak pun akan "Like" apa jua status yang Mr Bokbon tulis atau komen. 

Lompat bha kita~~~

Sebenarnya kita orang tak pernah jumpa sebelum ni. Kami rapat dalam fb sahaja. Jejaka Hotspot Mr Bokbon jumpa dalam satu group yang Mr Bokbon join. Dalam masa sama Tuan Puteri memang dah kawan dengan Jejaka Hotspot so kat situ lah kami saling kenal mengenali. Mereka berdua nie lepak dekat Subang. Mr Bokbon rindu sangat2 nak jumpa dia orang. Tapi mungkin tak ada rezeki lagi....aigoooo~~~

"Jejaka Hotspot dan Puteri Terbuang Di Awangan~~~Mr Bokbon harapkan friendship kita kekal selamanya..Amin"~~~

Terbang Tinggi Tinggi

Ehemmmmmm...sejuknya pagi nie terasa kesejukkan ittew sampai ke tulang (Perghhhhh syokk kalau sambung tido~!). oK back on stage hari nie dah Jumaat, penghulu segala hari dan hari nie adalah hari terakhir Mr Bokbon bersiaran di kampung halaman. Esok dah nak terbang balik Tawau, Sabah memulakan tugas mendidik anak bangsa. Rasanya sekejap jer cuti sekolah (Amboiii Mr Bokbon nak cuti banyak, nati kena bommm pulak!) 

Terbang Oh Terbang~~~

Cuti kali nie cukup2 enjoy buat Mr Bokbon. Pelbagai projek, program dan segala mak nenek telah Mr Bokbon laksanakan bersama insan2 yang berada dalam carta hati Mr Bokbon (Wahhhh falling2x macam lagu Najwa Latif pulak dahhhhh). Tapi ada beberapa benda yang tak sempat dilaksanakan oleh Mr Bokbon dan terpaksa ditunda ke masa hadapan. Apapun trip ke Melaka bersama geng2 Mr Bokbon semasa di UMT dulu cukup2 memahatkan memoir indah dalam percutian kali nie. Biasalah bila semua dah keje macam nie lah jadi nyer nak berkumpul untuk satu2 vacation bukan mudah, so bila dah berkumpul macam2 cter nak dikongsi bersama (Aruel,Viey,Kymie,Ryu~~~Next vacation mana pulak???~~)..hahahahahaha.. Tak sabarnya untuk next vacation bersama2 geng2 Mr Bokbon yang disayangi.

Tapi dalam banyak benda yang Mr Bokbon suka lakukan bila berada kat kampung adalah jadi food hunter...hahahahahahah Mr Bokbon asyik makan oh makan jer kan. Bukan lah korang time nie lah Mr Bokbon nak rasa makanan yang sedap2 sebelum pulang ke Tawau. Kalau dah pulang ke sana memang makan ala kadar jer lah, sebab penat keje kann~~Hahahahahahahaha. So, bila dapat cuti panjang macam nie apa lagi mula lah usha2 tempat yang best untuk makan oh makan. Korang pun tahu kalau sebab makan oh makan negeri Cik Siti Wan Kembang tak pernah mengecewakan korang sume. Walaupun ada sesetengah orang mengatakan makanan kat kelantan nie banyak manis Mr Bokbon layan jer. Hehehehehehehehe...

Apapun hari nie semua bagasi2 AF perlu dikemas bimbang akan ada yang tertinggal pulak. O.K lah korang Mr Bokbon nak siap2 ke Pasar Cabang 3 Kedai Buloh nak tengok variasi manusia yang keluar ke pasar hari ni...apapun aigooooo~~~

Thursday 29 December 2011

Kuala Besar : Dari Lensa Mr Bokbon

Ehemmmmm...Dia mai dahh, dia mai dah~~~Hahahahahhaha!! Opssss dah khamis rupa-rupanya, bermakna hari nie kakitangan kerajaan wajib pakai batik ke tempat kerja. Jadi kawan-kawan Mr Bokbon korang pakai batik elok2 sebagai sokongan kita kepada perusahaan batik negara. Hari nie Mr Bokbon bukan nak sharing dengan korang pasal batik. Tengok tak entry Mr Bokbon "Kuala Besar : Dari Lensa Mr Bokbon". Hahahahahahahahaha semalam tengok cuaca oK so why not run way ke Kuala Besar sekejap snap pic sebagai koleksi kepelbagaian simforni alam yang cukup2 indah. Untuk korang semua, Mr Bokbon credit sebahagian pic yang Mr Bokbon snap (Sebenarnya ini adalah request daripada seorang blogger populor iaitu Cik Pulau)~~Buat Cik Pulau, Mr Bokbon dah nampak jeti nak ke rumah Cik Pulau....heheheheheheehehe~~~

 Kala Senja melabuhkan tirai~~~

Kuala Besar??? kat mana lokasi Kuala Besar nie Mr Bokbon, kat Kabota,Tawau ker? atau kat Padang Temu, Bandar hilir? ishhhh korang ni Mr Bokbon kan masih dekat Tanah Serendah Sekebun Bunga lagi (Cewahhhh Mr Bokbon bermadah pulak~~~). Kuala Besar merupakan zon perkampungan nelayan yang paling populor di negeri Kelantan. Nadi kepada sumber protein yang divariasikan dengan kepelbagaian corak dan warna keindahan alam. Berpaksikan serakan pulau-pulau kecil di hadapannya menambahkan keindahan lukisan alam yang terbentang luas. Kalau korang nak datang ke Kuala Besar jaraknya daripada bandar Kota Bharu lebih kurang 25km saja.


 Model tak berbayar~~~

 Wahhhh tenang beb~~~

 Jom belayar :)

 D'Jeti Kuala Besar~

 Ermmmmm??~~

 Ke laut...ke Laut kito~~

 Ermmmm mencari ilham??? Maybe~~hehehehehehehe

Well it gone be~~~SENJA :)

Wednesday 28 December 2011

Wordless Wednesday #1

Terus Melangkah~~

Ehemmmm...wahhhh dah Rabu rupanya, beg AF nak ditarik ke Airport belum Mr Bokbon kemas lagi. Al maklumlah sabtu nie nak buat drama air mata pulak dekat airport (Mr Bokbon berangan lagi....tak suka...tak suka~~~) hahahhaahhahaaa...Tak ada lah korang, sabtu nie Mr Bokbon dah nak balik Tawau meneruskan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Dah sebulan lebih Mr Bokbon tak makan Nasi Kuning (Erkkkk...makan oh makan jer kan Mr Bokbon!!). Nasi Kuning available dekat Tawau, Sabah ajer o.K. Nati Mr Bokbon update apakah ittew "Nasi Kuning" dekat korang sume~~!.

Ok back on stage~~~ Entry Mr Bokbon hari nie "Terus Melangkah"...wahhh melangkah ke mana Mr Bokbon. Mr Bokbon nak naik ke Planet Namek ker? Agak2 lah korang Mr Bokbon nak naik planet namek..nie pasal impian 2012~~Wahhhh ada 3 hari lagi sebelum 2011 melabuhkan tirai dan 2012 akan mula mengetuk jendela waktu memahat memoir baru. Amacam korang 2011 grand bangat tak? Impian korang semuanya suksess tak?...

Jangan asyik mimpi~~Nati kepala ko biol ^_^

Sebut saja 2011 Mr Bokbon telah melalui pelbagai babak2 pahit,manis,suka,duka,tawa,kelat,masin,payau dan seangkatan dengannya dalam hidup. Tambah2 berstatus anak dagang di tempat orang mestilah banyak cabaran (Amboii falling macam lah Tawau tu jauh~~~). Sebenarnya Mr Bokbon saban tahun tak pernah pasang apa2 impian...erkkkk ada orang tak percaya???? Hahahhahahahaaha. Betul lah apasal pulak Mr Bokbon nak tipu korang sume. Hanya dengan satu stanza sahaja Mr Bokbon lafazkan iaitu Teruskan Melangkah~~~Apakah maksud disebalik stanza ittew. Sebenarnya bagi Mr Bokbon setiap orang ada cerita tersendiri melafazkan impian masing2 menjelang tahun baru kann. Mr Bokbon hanya inginkan tahun baru lebih baik daripada tahun sebelumnya tak kiralah daripada sudut mana. Apa yang kita lakukan perlu dilaksanakan dengan hati yang terbuka. Cuma mungkin adalah beberapa wishlist yang Mr Bokbon nak kan dalam hidup. Kita manusia tak akan terlepas daripada berangan2 kan Mr Bokbon~~Apapun yang akan korang lakukan niat yang suci dan murni perlu diletakkan di hadapan moga impian dan cita-cita korang semua akan menjadi kenyataan.

Bagi yang nak bertunang+kahwin teruskan mengumpul duit, yang akan duduki UPSR,PMR,PMRU,SPM,SMU,STAM dan STPM teruskan berusaha tanpa penat jemu, yang akan bergelar  mak bapak budak selamat menempuhi saat2 indah tersebut dan yang mula naik pangkat jangan lupa asal usul kita bila dah berada kat atas tak tengok pulak kat bawah~~~hahahahahahahahahaaha..apapun korang 2012 pastinya menyimpan pelbagai synopsis cerita indah nati...aigooooo~~~

Tuesday 27 December 2011

Darjah 1 : Erkkkkkk!

Ehemmmm...wawwww selasa menjelma tiba, ini bermakna tinggal seminggu sahaja lagi sesi persekolahan 2012 akan memulakan rentak perjuangan (Cewahhh ayat Mr Bokbon skima nak mampuss~~) hahhahahahahhaa. Mr Bokbon turut sama akan memulakan sesi persekolahan 2012. Ehh? Mr Bokbon tak habis sekolah lagi ker? Ermmmmm Mr Bokbon sayang nak tamatkan zaman sekolah sebab tu tak habis2 sekolah lagi...huhuhuhuhuhu. Hari nie Mr Bokbon bukan nak cerita pasal kenapa Mr Bokbon masih lagi sekolah walaupun kalau tengok Mr Bokbon real dah boleh berstatus "Bapa Budak" pun!!.Hahahahahahaha...


Tak ser sekolah nak kelik...nak kelik....waaaaaaaaa~~~

Ok korang back on stage~~~Entry Mr Bokbon hari ni "Darjah 1". Kenapa dengan darjah 1? ada masalah ker? memang akan ada masalah kalau jenis yang terkejut. Ehhh kenapa Mr Bokbon cakap macam tu. Al kisah semalam Mr Bokbon jumpa seorang kawan lama masa sekolah rendah dulu. Bila tengok dia teringat pulak kenangan dia menangis tak henti2 macam kena rasuk kat dalam kelas ketika darjah 1. Mr Bokbon ingat lagi time tu Mr Bokbon yang terpaksa pujuk dia (Baik kan Mr Bokbon, korang mampu buat???). So, Mr Bokbon mula terpikir2 kenapalah budak2 masa zaman Mr Bokbon darjah 1 suka menangis, terkencing dalam kelas, termuntah, menggigil satu badan dan tak kurang yang suruh mak bapak tunggu kat luar kelas (Wowwww credit dekat mak bapak kawan2 Mr Bokbon yang begitu prihatin~~) ^_^

Mr Bokbon pulak macam mana? menangis tak? Erkkkkk soalan korang agak2 lah!! ni kan Mr Bokbon tak kan anak jantan menangis lah beb bikin malu seluruh penduduk kampung Mr Bokbon jer. Mr Bokbon jenis mudah masuk dengan persekitaran baru. So tak ada masalah, 1st day masuk darjah 1 Mr Bokbon memang dah semangat time tu. Mak Mr Bokbon pagi2 dah bangun siapkan sarapan dekat Mr Bokbon, wajib makan telur separuh masak+kicap+milo (Erkkkk, paling sedappp kot time tu). Tapi dalam banyak2 benda yang wajib dilakukan oleh mak Mr Bokbon yang membuatkan Mr Bokbon terharu sampai nak meleleh air hidung bila mak yang Mr Bokbon sayang menyikat rambut Mr Bokbon. Sebab tak tahu sikat rambut dengan gaya betul~~~

Cepat....cepat nati lewat~~~aigoooo

Abah Mr Bokbon pulak sibuk tak nak Mr Bokbon naik basikal. Al maklum lah hari 1st masuk darjah 1...So, dah siap, merempitlah dengan abah kebetulan abah nak ke tempat kerja (Time tu Abah belum lagi pencen sebagai staf dekat Klinik Kesihatan Badang, Jalan PCB)...Waaaaaa akhirnya Mr Bokbon sampai jua kat sekolah, seronok2 dapat jumpa kawan2 satu kampung dan satu tadika dulu. Tapi dan tapi Mr Bokbon pelik kenapa ada budak menangis, teriak, lari macam dikejar hantu dan macam2 aksi lagi. Kata abah, budak2 tu "Takut Sekolah" ....Ermmmm korang mesti ada yang macam tu kan...hahahahhahaaha tak nak mengaku!! Bila chek kelas nama Mr Bokbon berada di kelas pertama iaitu 1K. Time tu kalau tak silap Mr Bokbon kelas Mr Bokbon berada dekat tingkat dua sebelah kelas 1M dan library sekolah. Bila melangkah jer masuk tengok2 macam2 aksi kawan2 sekelas Mr Bokbon...Ada yang dah melompat2 macam beruk mat yeh ada, menangis tak sudah2, meraung, dan ada siap pegang kain mak dia pun ada...Mr Bokbon cool jer time tu, kata abah jangan menangis nati buat malu abah...So, abah uruskan pembayaran yuran dan terus tinggalkan Mr Bokbon. Mr Bokbon tak kisah sebab Mr Bokbon dah ada ramai kawan masa dekat tadika dulu. Time tu dalam kepala masih terpikir kenapa kawan2 Mr Bokbon menangis dan takut masuk sekolah sebab cikgu2 bukan makan kita pun~~~Damn scary korang :)

Tapi bila jumpa balik kawan2 satu kelas masa darjah 1 dulu yang pernah menangis, meraung, lari dan lari pecut takut masuk sekolah dah besar panjang dan siap jadi mak bapak budak pun sekarang. Mungkin time tu kawan2 Mr Bokbon rasakan sekolah sebenarnya penjara buat mereka kot....Hahahahahahahaha lawak betul lah korang masa sekolah lah best dapat belajar macam2. Serius cakap, sebut pasal sekolah mak abah Mr Bokbon tak akan risau sebab anak dia mesti gone be ok...*Credit kat Mak Abah Mr Bokbon :). Tapi itulah dikatakan kenangan, kita kan membesar bersama kenangan zaman kanak2. Alah adik lelaki bongsu Mr Bokbon takut punya pasal terberak dalam kelas masa darjah 1 sekarang dah bergelar Doktor Gigi pelatih (Selalu dijadikan bahan ejekan Mr Bokbon, Apa kes Dentist terberakkk zaman sekolah!!!) naik hantu adik Mr Bokbon....hahahahahahaahahahaahaha.....

Oleh itu, buat mak bapa kepada anak2 yang akan melangkah masuk ke Darjah 1 tingkatkan kesabaran anda semua kerana kita mungkin akan berdepan dengan kepelbagaian perangai anak2 kita semasa menjejakkan langkah ke sekolah. Kalau menangis, meraung, berteriak dan seangkatan anggaplah itu adalah perubahan psikologi mereka untuk menerima kawan baru, cikgu baru, sekolah baru dan segalanya baru....Apapun Mr Bokbon nak terima kasih buat cikgu2 yang begitu sabar melaya kenakalan anak2 muridnya termasuk lah sorang kawan Mr Bokbon yang syok nak panjat tembok coridor kelas Mr Bokbon...erkkkkk'!!

P/S: Mr Bokbon rindukan guru kelas 1K Mr Bokbon Cikgu Mat Ibrahim dan semua cikgu2 SK Che Deris, Terima Kasih cikgu2 mendidik Mr Bokbon kenal ABC dan 123 iklas Mr Bokbon~~~aigooo

Monday 26 December 2011

Rindu zaman Kanak-Kanak

Ehemmm...korang apa cter hari nie!! Jangan kata ada yang mengamuk gara-gara keje belambak dah. Mr Bokbon bersiaran dekat belakang rumah mengadap Sungai Baung yang cukup2 menyejukkan mata memandang. Hari nie kepenatan yang terlampau sangat2 sebab hari nie Mr Bokbon awal2 pagi dah pecut ke Pasar Siti Khadijah belikan keperluan untuk balik Tawau. Serunding+Keropok+Dodol dan seangkatan dengannya (Bukan Mr Bokbon nak bisnes oK!! Tolong officemate jer~~) Erkkkkk....

Ok back on story. Entry Mr Bokbon petang nie adalah "Rindu zaman Kanak-Kanak". Ewah2x Mr Bokbon bukan main teringatkan zaman kanak-kanak atau teringat dekat pujaan hati...opsssss!!! Kita bukan macam lah, zaman kanak2 tak pandai tau nak couple2 nati mak kita marah!!

Awak suka kita tak?~~~aigoooo

Zaman kanak-kanak lah paling enjoy. Kenapa enjoy? biasalah kalau hidup kat kampung nie aktiviti wajib adalah mandi sungai, main guli, main hantu, main polis and 3, main kawen2 (Erkkkkk dah pandai erkk~~~) dan benda paling best bila musim tengkujuh sah lah mandi kat bendang+tangkap ikan (Korang ader..ader!!). Waktu tu Mr Bokbon adalah kanak-kanak yang paling aktif lorong mana tak masuk kat kg, pokok mana tak pernah panjat, lubuk mana tak pernah terjun...Hahahahahhaah ending kepada aktiviti harian adalah balik rumah kena bebel sebakul kat mak Mr Bokbon, tak pun kena baling penyapu (Ambik ko!! Mandi sungai lagi~~)..

Dalam banyak2 benda yang Mr Bokbon paling suka zaman kanak-kanak adalah bersembang tentang cita-cita bila besar nati. Wahhhh kawan2 satu geng dengan Mr Bokbon semua nak jadi askar,polis,peguam,engineer, doktor, nurse, dan segala mak datuk lah keje yang hebat2. Mr Bokbon tak tahu nak jadi apa. Dalam kepala Mr Bokbon asyik pikir nak naik kapal terbang, masa tu tak pikir lagi nak jadi Pilot (Amboi Mr Bokbon kuat berangan~~~). Mana tak berangan rumah Mr Bokbon kan dekat dengan airport tapi tak pernah pun merasa naik kapal terbang zaman kanak-kanak. Sekarang nie dah cuak bila naik kapal terbang...Bila Mr Bokbon cakap kat kawan2 yang Mr Bokbon nak jadi Pilot dia orang semua tergelak sebab kata kawan2 Mr Bokbon nati kalau terbang jauh2 mesti ko tak nak balik kampung dah~~~Ermmmmmm apa lah kawan2 Mr Bokbon bukan nak bagi semangat bagi Mr Bokbon give up ada lah :(.

Hari2 bila tengok buku kalau kuar kapal terbang, jet pejuang, roket Mr Bokbon lah paling suka. Dulu siap gaduh lagi dengan kawan kat sekolah berebut buku encyclopedic pasal kapal terbang. Hahahahahahahhaa!! punya lah obses melangit time tu.Hahahahahahahahahaaha...Itulah serba sedikit cerita kanak-kanak Mr Bokbon yang suka berangan!!! Tapi bila dewasa Mr Bokbon terkejut bahawa Mr Bokbon born to be a teacher~~~Mungkin itu dah tertulis dan masin mulut mak Mr Bokbon nak sorang anak dia jadi cikgu. Businessmen, Nurse, Dentist, dan segala mak nenek keja dah ada dalam family Mr Bokbon tapi cikgu oh cikgu tak ada. Mak Mr Bokbon nie sengaja nak anak bujang dia jadi cikgu sebab dia tahu anak bujang dia suka duk kat kampung kalau cuti lama2...  

Ok lah korang Mr Bokbon dah nak balik rumah, dah nak magrib ni...tak elok anak teruna darah manis macam Mr Bokbon duk kat luar lagi~~~aigoooo

P/s: Cik Peah sebelah rumah Mr Bokbon nak belajar buat cupcake...Kecoh satu kampung~~~

PCB : Ohyeahhhh!!

Ehemmmmm..hari ni dah isnin, bagi yang memulakan tugas hari nie selamat memulakan tugas anda semua dan laksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh rasa tanggjwab. Mr Bokbon ada baki cuti 5 hari sahaja lagi sebelum berlepas balik ke Tawau....ermmmmmmm lepas nie Mr Bokbon mesti merindui kampung halaman tempat tumpah darah Mr Bokbon kan!!! Falling2x sedih lah 2~~~

Ok back on stage!! korang tengok tak entry Mr Bokbon hari nie "PCB"..Apakah ittew??? Hahahahahahhaahaha. PCB tu adalah singkatan untuk "Pantai Cahaya Bulan". Owhhh pantai ingatkan tempat main repair telefon ker!! Banyklah korang kan. PCB nie adalah antara pantai yang paling populor dekat bumi Cik Siti Wan Kembang ini sejak sekian lamanya. Dulu PCB dikenali sebagai "Pantai Cinta Berahi". Amboooiiii nama tak nak kalah kan..Mr Bokbon pun kurang pasti kenapa dipanggil Pantai Cinta Berahi (Erkkkk bukan lucah ok!!), Mr Bokbon pernah kaji benda nie semasa di Tingkatan 3 untuk kerja kursus Geografi PMR tapi dah lupa. Mungkin dulu tempat nie dijadikan tempat orang bermadu kasih kot. That why dipanggil Pantai Cinta Berahi. 

Kalau dulu pantainya jenis ombak pembina...apa itu ombak pembina Mr Bokbon? Erkkkk korang dapat apa Geo? A ker F? hehehehehhehehehehe. Ombak pembina tu jenis ombak yang tenang dan sesuai untuk mandi manda, tapi korang jangan fikir tenang2 ombak pembina tak akan ada yang lepas. PCB dah mencatat pelbagai kronologi kisah tragis mangsa2 lemas (Turun rumah nak gi picnic niat tu penting~~~!). Setelah mengalami pelbagai transformasi perubahan cuaca termasuk musim tengkujuh saban tahun menyebabkan struktur fizikal PCB mulai musnah. Ombak yang dulunya jenis pembina dah bertukar kepada ombak pemusnah. Kalau nak mandi maybe tak sesuai lagi. Sebab itu MPKB Bandaraya Islam credit dekat PCB batu2 besar sebagai blok penghalang daripada hakisan terus berlaku.

Walaupun perubahan struktur PCB dah berubah value nyer tetap sama seperti dulu. Kala senja Mr Bokbon suka lepak atas batu dan menikmati keindahan simforni ciptaan Tuhan. Memang terasa kenikmatan setelah kepenatan bekerja. PCB populor dengan pelbagai warna-warna kegigihan manusia mencari rezeki. Apa ittew Mr Bokbon?? ishhhhh korang nie, ramai yang berniaga lah kat sana~~~Macam2 benda ada dijual bermula daripada makanan laut, batik, layang2 dan macam2 ada. Kalau cuti sekolah PCB menerima lebihan pelancong dan boleh mengakibatkan kesesakan lalulintas tahap gaban. Boleh buat korang mengamuk~~

Apapun yang terjadi termasuk struktur fizikal, pola perubahan corak kedatangan pelancong, transformasi perniagaan, dan sebagainya ianya tidak boleh ubah sebuah kenangan. Kenangan indah bersama insan2 yang kita sayang di PCB. Buat korang semua kalau nak datang ke PCB tak lah jauh lebih kurang 15km daripada bandar Kota Bharu dan di sepanjang perjalanan ke PCB korang akan disajikan dengan variasi kepelbagaian corak hidup masyarakat kelantan yang pelbagai rupa. Memang cukup2 indah dan hari ni Mr Bokbon credit kat korang semua pic2 yang indah sekitar PCB~~~aigoooo

 PCB oh PCB. Perubahan Fizikal~~~

 Kala senja menjelma~~~Cukup tenang!!

Emmmmmm...nice!!

P/S: Mr EndSadStoy bila kita nak lepak sama2 lagi, Mr Bokbon rindu sama kamu~~~

Sunday 25 December 2011

Cik Elmo T A H N I A H

Ehemmmmmm....Mr Bokbon muncul balik (Sah Mr Bokbon tak ada keje!!!) hahahahhahaha...Mr Bokbon nak ke Bandar Kota Bharu kejap lagi nak carikan barang nak bawa balik Tawau dan jugak nak belikan semua anak buah Mr Bokbon beg sekolah. Tahun lepas anak buah Mr Bokbon request nak Pakaian seragam sekolah tahun nie dah duk tergila2 kat Angry Bird pulak dah. So, semua nak beg sekolah angry Bird lah jawabnya. Tak apa request anak2 buah Mr Bokbon yang comel,cute, macho, ensem, stylo dan ayu akan Mr Bokbon tunaikan sekejap jer lagi.

Ok back on stage!! Entry Mr Bokbon pasal Cik ELMO. Sapa pulak Cik Elmo nie Mr Bokbom? Kalau korang semua nak tahu Cik Elmo adalah kawan baik Mr Bokbon masa belajar dulu. Pendek kata kat mana ada Mr Bokbon kat situ ada Cik Elmo. Kerja wajib kami lakukan bersama adalah "GOSIPP" masa kuliah....hahahhahahahahahaha 2 time Mr Bokbon dah biol duk dengar lect duk membebel kat depan. Macam2 isu kita orang sembang termasuklah agenda2 nak ponteng kelas (Korang mampu ponteng time lect macam singa duk bagi lect...Mr Bokbon ok jah!!). Aktiviti wajib kami petang2 adalah main guli!! eh? bukan main guli lah, aktiviti wajib kami adalah lepak dekat Teluk Ketapang atau singkatannya TK. Kat mana pulak TK?  Sapa2 yang asal Terengganu tak kenal TK memang malu. TK terletak dekat Airport Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Mr Bokbon kan masa degree study dekat UMT (Terokaan Seluas Lautan!!). Jauh pulak Mr Bokbon bawa korang pusing2 kan. Ok back on story, Cik Elmo akan berTUNANG  hari nie dengan pilihan hatinya. Bangga Mr.Bokbon kawan baik Mr Bokbon dah nak bertunang. Tapi dan tapi Mr Bokbon sedih sebab tak dapat turun majlis dia~~~~waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! :(

TAHNIAH Cik ELMO~~~ Miss u Darling ^_^

P/S : Mr Bokbon rindu kat Makcik Maimun (Mcfly), rindu kat Nasi Goreng+Neslo ais dia...ermmmmmmm

Akhirnya...Kasbun bawa Lyn ke Jinjang Pelamin~~~

Ehemmmmmm...hari korang, Mr Bokbon bersiaran lagi pagi nie. Wahhhh hari nie Hari Natal korang dapat apa daripada Mr Santa? (Mr Bokbon dapat big gift!!! ader lah~~~ho ho ho). Pagi2 lagi Mr Bokbon dah ke Airport Sultan Ismail Petra hantar kawan Mr Bokbon balik Sandakan, Sabah!! Siapa Mr Bokbon? Erkkk korang semua nak tahu kan, hahhahahahahahaha~~~ Nati lah Mr Bokbon upadate kemudian k.

Ok back on stage!! tengok tak entry Mr Bokbon pagi ni "Akhirnya...Kasbun bawa Lyn ke Jinjang Pelamin~~~" ....ermmmm siapa pulak tu Mr Bokbon?. Ok semalam kan Mr Bokbon duk kecoh pasal girf Mr Bokbon yang dibungkus oleh staf Hyepermarket yang tak berbudi bahasa kan. So, petang semalam Mr Bokbon bersama Kak Yong dan Kak Ina ke Kampung Besut, Tumpat, Kelantan. Tak ketinggalan my beloved brother (Walaupun bengang kereta dia calar terkena zink...nati Mr Santa ganti k...ho ho ho) pergi lah wedding ceremony Lyn (Sagy Girl) dan Mr Kasbun Anuar. Agak lewat jugak kami sampai ke sana, al maklum lah terlupa bawa roti so jem kat Jambatan Sultan Ismail Petra!! Damn i hate jem~~

Pasangan merpati dua sejoli ini berkenalan semasa di UPSI lagi. Lyn memang Mr Bokbon dah kenal lama dah sebab sama2 study kat UMT dulu dan kat UPSI lyn satu kelas lagi dengan Mr Bokbon. Kasbun pulak satu rumah dengan Mr Bokbon masa dekat UPSI dan satu kelas jua. Pusing2 muka sama jugak!!. Apa yang Mr Bokbon impress dengan dia orang nie adalah sifir CINTA mereka yang terpaksa melalui pelbagai onak dan duri...Agak lama dia orang menyepi tanpa update sebarang story akhirnya Mr Bokbon dapat invitation card daripada Lyn (Ambik ko dah nak kawen!!!~~~ko ader...ader).

So, semalam berlangsung dengan penuh gilang gemilang majlis resepsi mereka. Bertemakan rona kuning raja cukup2 menyerlahkan persandingan raja sehari ini (Sehari jer erk??). Buat korang semua yang TIDAK HADIR resepsi Lyn+Nuar semalam Mr Bokbon credit kat korang semua pic2 yang sempat Mr Bokbon snap (Mr.Bokbon dah lapar time tu, so tak boleh snap banyak2!!!)




Pelamin yang Mr Bokbon suka!!!


T A H N I A H...Kasbun+Lyn


Hantaran buat Lyn~~


Well, Gift Mr Bokbon buat Lyn+Kasbun~~~Harap suka!!



 Hantaran buat Kasbun~~~




 Bilalah Mr Bokbon boleh duduk kat situ???




 It Pelamin again~~~

 Muka lapar Mr Bokbon bersama Nuar+Lyn...Tak ketinggalan Kak Yong+Kak Ina

P/s: Lyn and Nuar, Mr Bokbon doakan semoga terus berbahagia hingga ke akhir hayat. Selamat bergelar rakyat KELATE buat Kasbun!~~~Jangan lupa majlis Mr Bokbon pulak k ^_^

Saturday 24 December 2011

Budi Bahasa Budaya Kita : Naik Hantu~~~

Ehemmm, korang sabtu2 macam nie buat apa...Jangan kata duk terkangkang depan TV dah layan Nada Cinta (Jangan jadi macam Big Baby, anak buah Mr Bokbon...siap hafal lagi lagu tema cter tu~~~). Hari nie Mr Bokbon ada dua undangan majlis perkahwinan. Satu of course lah my cousin dekat Kedai Piah, Kota Bharu dan satu lagi dekat Kampung Besut, Tumpat,Kelantan iaitu (Sagy Girl+Kasbun Anuar) kawan masa dekat UPSI dulu, tapi Sagy Girl a.k.a Lyn buat degree sama2 dengan Mr Bokbon dekat UMT lagi...So "Bekwoh" lah kita...Apa tu "Bekwoh??" jangan tersilap dengan biawak k. Bekwoh dalam bahasa kelate disama ertikan dengan kenduri kahwin~~~..

Ok back on stage!! So, kalau nak ke wedding ceremony benda wajib perlu buat adalah menyediakan girf untuk pengantin kan. So Mr Bokbon pecut lah ke Hypermarket Pantai Timur,Taman Bendahara nak belikan gift buat pengantin. So, dah mark girf yang akan dibeli so beli lah dan siap ambik  2 wrapping paper lagi..(Mr. Bokbom bukan tak pandai bungkus k!! Sja hari nie off day bungkus2 hadiah)..Mr bokbon mintak lah staf dekat bahagian wrapping zone bungkuskan. Muka dia nak kata period 24h/7d lelaki...Lelaki oh lelaki ok!! So dia bungkuslah gift Mr Bokbon.Tiba2 prakkkkkkkkkkkkkk ambik ko kertas wrapping terkoyak dan dengan muka tak bersalah dia ambil satu lagi wrapping paper dah dengan muka cuak dia bungkus hadiah tu. Ada girl sebelah dia bgth kenapa tak gunakan yang koyak tadi. Jimatkan kertas....Korang bayangkan Mr Bokbon dah cuak, dia bungkuskan gift yang Mr Bokbon nak kasi dekat kawan Mr Bokbon wrapping yang koyak. So, Mr Bokbon tegur lah dengan cara beradab kenapa gunakan balik wrapping tu. Dengan selamba dia kata tak payah nak guna banyak satu dah cukup dan korang tahu dia tetap gunakan wrapping yang koyak...Memang nampaklah kesan koyak dekat belakang.

Mr Bokbon malas nak sound balik tak nak jadi anjing menyalak kat bukit, bukit tak runtuh2 jugak. So biarkan dia habis wrapping dan memang menambahkan ketidakpuasan Mr Bokbon dah lah buat salah tak nak mintak maaf, apa lagi nak gantikan wrapping baru. Sedeyyyy sangat!! So, balik rumah bungkus balik girf tersebut dengan gaya yang Mr Bokbon mahukan...Mr Bokbon pun tak paham manusia sekarang ni, baru kerja sebagai juru wrapping pun dah belagak macam dia pemilik tempat tu. Budi bahasa kan budaya kita so Mr Bokbon tak akan mengamuk kalau dia betulkan keadaan dan mohon maaf. Susah sangat ker nak ucapkan M A A F. Memanglah lelaki ego tapi Mr Bokbon bayar perkhidmatan dia. Jadi korang semua ingat walau sekecil mana kesalahan kita, melafazkan maaf adalah singkatan paling mudah dan senang!!!


...Budi bahasa kan Indah~~~

Kawen oh Kawen~~~Tahniah Darling!!

 Ehemmmmm....pagi nie mode dipenuhi dengan undangan kenduri kawen...wowww best tu makan free (Mr Bokbon asyik makan jer kan!!). Semalam kecoh dekat FB Mr Bokbon yang Mr Bokbon nak kawen. Terlebih dahulu Mr Bokbon nak minta maaf dengan kawan2 yang Mr Bokbon sayangi... Itulah korang semua lain kali pandanglah kiri kanan dulu sebelum boommmm Mr Bokbon. Apapun thanx of lot buat kawan2 Mr Bokbon yang begitu teruja nak tunggu wedding Mr Bokbon. Sebenarnya semalam berlangsungnya Majlis Akad Nikah sepupu sebelah mak Mr.Bokbon dengan pasangannya.




Akhirnya...Kawen jua!!!Yahooooo

Majlis yang berlangsung di Masjid Kadok, Kota Bharu menyaksikan adik sepupu Mr Bokbon yang comel ittew akhirnya menamatkan zaman bujangnya terlebih dahulu daripada Mr Bokbon (Mr Bokbon bukan tak laku o.K ada benda yang perlu didahulukan~~~). So pagi nie Mr Bokbon sharing is caring dengan korang semua beberapa pic yang Mr Bokbon sempat snap dengan Canon Power Shot A480 (DSLR dah kena kebas kat Joyahh gosip...sedeyyy!!!)


Gubahan buah drp Mr Bokbom~~~ Decoration by Kak Dah and idea Mr Bokbon 


Thanx of Lot for Viey Ryzal~~~Inilah hasilnya!!!


Adik Sepupu Mr Bokbon yang comel~~Muahhhh Darling


Alhamdulilah...sekali lafaz dah sah bergelar suami/isteri ^_^


Muka Wan yang gementar memakaikan Darling gelang~~~~Erkkkkk!


Akhirnya Aku Kawen~~~That true stanza by D A R L I N G ^_^

Buat Wan and Darling ::: Mr Bokbon ucapkan T A H N I A H atas kejayaan mencipta mahligai indah ini. Apapun selamat memulakan rencah kehidupan bergelar suami/isteri dan buat Wan jaga Darling yang comel dengan baik ok...

P/s : Cik Paeh sebelah rumah Mr Bokbon pun sibuk nak kawen~~~sapa nak jawab??? Aigoooo

Friday 23 December 2011

OhMyBostonUniversity~~~

Ehemmmmm....hampir seminggu berlalu Mr Bokbon menerima email daripada Pusat Pengurusan Siswazah, Boston University. Hari nie baru sempat balas email tersebut. Kenapa pulak dengan BS? Mr Bokbon nak keje kat BS ker pulak (Ambooiii feeling tak nak kalah~~). Sebenarnya bulan September lepas Mr Bokbon ada hantar proposal untuk melanjutkan pengajian Mr Bokbon ke peringkat Doktor Falsafah (Tak cukup2 lagi berfalsafah kannn), jadi pihak pengurusan siswazah BS send balik email tersebut dan memaklumkan mereka sedang menyenaraikan beberapa orang supersivor yang boleh mengendalikan kajian Mr Bokbon. Masih mengekalkan elemen lama kajian iaitu "Penilaian Impak". 

Apa pulak penilaian impak itu Mr Bokbon?. Hahahahahahhaha...kalau nak bagi lect kat sini memang lah sampai esok, lusa dan tulat tak akan habis. Mr.Bokbon ringkaskan Penilaian Impak adalah program pengajian yang memberi pendedahan kepada pelajar mengkaji tentang kesan daripada sesuatu projek, program, perancangan atau dengan bahasa mudah apa jua kesan melalui pembangunan merangkumi fizikal dan sosial akan dianggap impak. So, elemen2 ini akan dinilai untuk memastikan ianya mencapai matlamat atau memberikan kesan negatif atau positif kepada manusia dan persekitaran.

Ok back on stage!! So, pagi ni Mr Bokbon dah send  email dekat Boston University memaklumkan yang Mr Bokbon mungkin akan tangguhkan dulu pengajian Ph.D Mr Bokbon kat sana. Sebab? sebab? Mr Bokbon nak kawen erkkkk? (Korang jangan jadi Paeh gosipp k!!!) tak adalah sampai nak kawen. Mr Bokbon belum lagi mendapat kelulusan daripada KPM iaitu majikan Mr Bokbon untuk menyambung pengajian dan juga scholarship pun tak approach lagi...(Hari tu gatal tangan isi kenapa??~~~). Huhuhuhuhuhuhuhu damn scary!!. Lagi satu mak Mr Bokbon kesian tengok anak bujang yang dia sayang nie asyik sambung study tanpa pikirkan masa depan sendiri iaitu cari calon untuk dijadikan pasangan hidup...ermmmmmmm!! (Terharu pulak sampai nak meleleh air hidung kata Cik Pulau~~~). 

"Oh My Ph.D"

Kenapa Mr Bokbon pilih BS dan bukannya IPTA tempatan? Actually Degree dan Master Mr Bokbon dah dalam negara so teringin untuk melebarkan sayap terbang membelah awan biru ke negara mat salleh lah pulak!!. BS sebenarnya adalah university terbaik di dunia terutama dalam ilmu sains sosial dan elemen ini Mr Bokbon jadikan pembakar semangat untuk terbang ke sana..Tapi itulah katanya beberapa halangan yang dihadapi menyebabkan Mr Bokbon terpaksa tangguhkan dulu pengajian ke sana. Sebenarnya Mr Bokbon apply dua buah university BS dan Leed University...Tp Leed belum balas lagi permohonan!! Leed pun antara university yang power untuk bidang yang Mr Bokbon kaji....Apapun kita wait and see jer lah, ada rezeki terbanglah Mr Bokbon ke sana.

P/S: Menuntut ilmu biar sampai ke Negara China ^_^

Erkkkk...Cuak!

Ehemmmmm...mulakan pagi jumaat ini dengan penuh kesyukuran walaupun tangan Mr.Bokbon masih lagi sakit. Kenapa sakit? Korang nie mesti nak jugak tahu kan...Dulu masa Mr Bokbon buat degree pernah main futsal (Jaga gol jer pun!!) entah macam mana boleh tercedera dan bahu Mr Bokbon mengalami ketidakseimbangan urat. Jadi 3 hari lepas, entah macam mana bila duk makan angin dekat belakang rumah mengadap sungai ternampak sekumpulan biawak (Bukan biawak komodo k!!). So, Mr Bokbon dengan selamba ambik batu dan baling dengan penuh tak ingat dunia menghala ke arah kumpulan biawak2 itu. Mungkin sumpahan biawak2 kot, tangan kanan bekas tercedera masa main futsal terseliuh lagi dan akhirnya Mr Bokbon tak dapat angkat tangan (Serius!! sakit siottt~~~)...ermmmmmmm itulah tak ada keje kita usahakan cari keje kan....huhuhuhuhuhu

Ok guys, back on story!! Tengok tak entry Mr Bokbon..."Cuak!!"...ermmmmm kenapa Mr Bokbon cuak?. Korang mesti selalu dengar request atau dedication speech dekat radio kan. Semalam sedang syok Mr Bokbon melayan durian kat dapur, terpasanglah radio (Ingatkan bolehlah dengar lagu Beyonce ker~~~) ermmmmm tiba2 terkeluar siaran radio mana entah. Time tu lagu rock kapak dia pasang, kemudian DJ radio tu dah mula sembang pasal ucapan yang pendengar hantar. Mr Bokbon tetap sopan santun makan durian dengan lapar tahap gajahnya....So, sedang dia duk bacakan ucapan tue Mr Bokbon dah mula cuak...kenapa cuak? Ermmmmm korang tahu kenapa Mr Bokbon cuak boleh pendengar yang katanya fanatik siaran tu duk menyampaikan ucapan buat buah hati, bekas pakwe, suami tersayang, bini tercinta, dan segala mak nenek semua pasal jiwangnya lah.

 Love is Cinta

Tiba2, ada seorang akak nie dia col "nak ucapkan salam sayang dekat hubby dekat sebelah, i sayang hubby i"...Kelassss ko jah, laki duk sebelah pun ko boleh nak falling in love dalam radio nak bagitahu satu Malaya ko ada laki lah. Kalau sayang tak perlu kata apa2, tak pun ko cakap 24hour/7day kat telinga hubby ko tu bahawa ko sayang dia. Kesian dekat orang yang mendengar naik berdarah telinga dibuatnya...Kemudian DJ radio mula bertanya di mana pertemuan akak tu dengan hubby dia. Dengan selamba dia jawab "Akak ni minat karok, so akak jumpa hubby akak kat tempat karok"....Ermmm anak2 dara korang nak cari calon suami cari dekat masjid, kalau dah ko cari dekat pusat karok memang lah otak pun biol jugak!!! Sedih dengar kronologi cter akak tu dan membuatkan Mr Bokbon tersedak daripada kesyokkan melantak durian!.


Hanya di Radio~~~

Memang time tu Mr Bokbon dah naik cuak, kadang tu ada rasa nak tergelak bila mendengar perilaku insan2 yang kekurangan kasih dan sayang macam tu. Ada jugak anak dara yang obses wish "Aku cinta" "Aku sayang" "Aku Rindu" "Aku Meroyan erkkkk" macam2 ada. Dia orang tak rasa itu adalah kerja2 yang boleh membuatkan ramai manusia seperti Mr Bokbon akan mula cuak hingga boleh muntahkan durian balik ker...Adussss cinta sejati dan iklas tak perlu disampaikan kepada sekalian alam...Kalau minah yang buat ucapan tu jadi GF Mr Bokbon malam tu jugak kena cerai...ambikkk ko nak falling in love lah sangat~~~Macam2 dunia sekarang...dunia oh dunia. Jadi, korang janganlah buat keje2 yang akan membuatkan ramai manusia mulai cuak k. Kerana kecuakkan itu tidak perlu dibayar....Damn scary.

 Jom layan Nescafe panas~~~


Thursday 22 December 2011

Result PMR 2011....Arghhhhhhhhhhh!!

Ehemmmmm....Memulakan pagi yang cukup2 indah di kampung halaman Mr Bokbon memang lah menyeronokkan. Pagi2 lagi my mum dah siap buat sarapan untuk anak bujang nyer yang sangat pemalas ini (Tapi Mr Bokbon bukan pemalas tahap gaban o.K!)...So, tengok tak entry Mr.Bokbon hari ni pasal "RESULT PMR 2011"...erkkkkkkkk dah nak kuar result sudah!! Damn scary. Kenapa scary, macam2 sungguh Mr Bokbon nie kan. Mahu tak damn scary kalau dapat 9A atau 8A sah2 boleh berteriak satu sekolah. Kalau tak dapat apa2 A nak letak kat mana muka. Tambah pulak kalau dalam keluarga tu dia lah menjadi harapan kepada seluruh kaum kerabatnya untuk mendapat keputusan yang cemerlang kann!!...

Perghhhhhh 9A tu...Sapa lah budak ni??

Ok, back on story, pagi2 Mr.Bokbon tengok anak buah kedua Mr.Bokbon dah resah gelisah. Siap tanya Uncle dia nie macam mana nak chek guna SMS. Canggih dah sekarang result pun guna SMS (Ko ader...ader!!) tak payah nak beratur2 panjang menanti debaran kann...Duk kat pasar ikan pun boleh chek result PMR. Tapi bila dunia dah canggih value kita merasai nikmat mengambil result dah tak ada. Mr Bokbon ingat lagi zaman2 Mr.Bokbon nak ambik keputusan PMR (Mr Bokbon x lah sehebat korang 9A atau 8A cukuplah suam2 kuku) memang mendebarkan. Tido malam memang tak nyenyak dah memikirkan kalau tak dapat keputusan elok sah mak aku mengamuk!! So pagi2 jam 9 dah terpacak kat sekolah dengan kawan baik Mr.Bokbon. Memang mendebarkan jugak lah...lebih kurang jam 11 pagi keputusan diumumkan dan boleh beratur mengikut kelas masing2...Keputusan Mr.Bokbon (Yahoooooooooooo!!) Alhamdulilah...Ada jugak kawan2 yang menangis, gembira, melompat, dan nasib x ada yang buat tarian lady gaga kat situ!

 Yahooo....Berjaya Jua!!

Sebenarnya kalau difiikirkan keputusan PMR adalah asas kepada cabaran untuk SPM sebenarnya. Tidak bermakna kita gagal masa PMR kita akan kecundang waktu SPM nanti. Kalau kita usaha dan terus berusaha InsyaAllah rezeki akan memihak kepada kita (Wahhhh ustaz lah pulak!!)...Tapi serius cakap, kawan2 Mr.Bokbon yang masa PMR suam2 kuku kaki, masa SPM mak ko excellent mengalahkan budak2 SBP dan MRSM. Ermmmmm kelassss ko maria! itulah dinamakan usaha tangga kejayaan dan juga, yang bulat tak akan datang bergolek dan yang pipih tak akan datang melayang so kena usaha.

 PMR oh PMR...

Apapun pesanan Mr Bokbon kepada semua calon2 PMR 2011 termasuk anak buah Mr Bokbon yang dikasihi dan disayangi, terima apa jua keputusan hari ini dengan hati yang terbuka. Kalau yang cemerlang teruskan tradisi kecemerlangan anda sehingga berjaya genggam segulung ijazah. Kepada yang kurang cemerlang jangan mudah nak putus asa, terima seadanya dan kita tanam dalam diri 2012 kita ubah diri, ubah penampilan, ubah pemikiran dan segalanya perlukan hijrah demi masa depan yang suksess!!

Waaaaaa...Ketawa kita!!

Jadi, all the best buat semua calon2 PMR 2011, ingat apa yang diterima anggaplah itu adalah rezeki anda. Walau apa yang terjadi jangan salahkan diri anda kerana laluan anda masih jauh lagi. Pada kesempatan ini Mr Bokbon nak wish all the best (Amboiii speak london~~~) to all my beloved students at SMK Abaka, Tawau and SMK Raja Sakti, Kota Bharu..My juniors SMK Kedai Buloh, Kota Bharu dan Putera Sport School, Kota Bharu, My Nephew "Abg Ngah" and all my cousins...GOOD LUCK!

Wednesday 21 December 2011

Kampungku...Ohh~~

Ehemmmm....penatnya shapo oh shapo sekitar bandar Kota Bharu, banyak ker Mr Bokbon beli barang? ermmmm jangan ditanya nati korang semua sedih melihatnya. Hahahahahahahhaa..So, entry hari ni Mr Bokbon nak ceritakan keindahan kampung yang Mr Bokbon sayangi dan kasihi...cewahhhh!! Actually kampung Mr Bokbon ini digelar "Kampung Tok Sadang". Mr.Bokbon pun kurang arif kenapa ianya dipanggil Tok Sadang (Walaupun abah Mr.Bokbon penghulu tapi langsung tak pernah ambil peduli)

Apa yang menarik dengan kampung Mr.Bokbon adalah persekitarannya yang nyaman kerana topografinya berhampiran dengan muara sungai dan menghadap Laut China Selatan. Kepelbagaian biodaversiti menggamit pelbagai nostalgia indah. Tidak hairanlah sejak kecil Mr.Bokbon tidak boleh dipisahkan dengan sungai. Balik sekolah terjun sungai, balik mengaji quran terjun sungai last2 balik2 makan rotan lah kat abah...(itulah nikmat jadi kanak-kanak).

Logistik ke kampung Mr.Bokbon tak lah susuh, kalau korang pernah sampai ke bumi Kota Bharu melalui udara pasti akan singgah dekat Airport Sultan Ismail Petra kan, so kampung Mr.Bokbon akan melalui belakang Kem Askar, kata orang jalan nak ke taman buaya, tapi sekarang buaya2 dah tak ada...Korang jangan ingat Mr.Bokbon buaya dah ok...Ok back on story!! Kampung Mr.Bokbon menyimpan pelbagai keindahan dan simforni alam terutama bagi mereka yang mencintai alam. Tengok lah beberapa pic yang sempat Mr.Bokbon snap dan ambik daripada blog budak kampung Mr.Bokbon dan yang paling penting industri membuat batik populor di kampung Mr.Bokbon...

Apapun menikmati kala senja dengan penuh ketenangan tanpa sebarang diskriminasi waktu~~~aigooooo

Jambatan Kampung Mr.Bokbon

Pemandangan kala senja~~~

SBPA oh SBPA


Ermmmm malas nyer nak uruskan borang2 SBPA yang perlu dihantar balik ke pejabat. Pemilihan opsyen iaitu berkhidmat selama 60 tahun. Jawabnya bertongkak lah Mr Bokbon ke sekolah nanti, tak pun nanti nak masuk kelas budak2 pimpinkan tangan....Damn scary!! Apapun SBPA yang merupakan perubahan daripada SSM cukup meriuh rendahkan keadaan terutama penjawat awam seperti Mr.Bokbon...so layan ajer lah~~~aigoooo


::: SBPA ermmmmm adakah mainan politik atau perubahan dalam perkhidmatan!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...