Saturday 24 December 2011

Budi Bahasa Budaya Kita : Naik Hantu~~~

Ehemmm, korang sabtu2 macam nie buat apa...Jangan kata duk terkangkang depan TV dah layan Nada Cinta (Jangan jadi macam Big Baby, anak buah Mr Bokbon...siap hafal lagi lagu tema cter tu~~~). Hari nie Mr Bokbon ada dua undangan majlis perkahwinan. Satu of course lah my cousin dekat Kedai Piah, Kota Bharu dan satu lagi dekat Kampung Besut, Tumpat,Kelantan iaitu (Sagy Girl+Kasbun Anuar) kawan masa dekat UPSI dulu, tapi Sagy Girl a.k.a Lyn buat degree sama2 dengan Mr Bokbon dekat UMT lagi...So "Bekwoh" lah kita...Apa tu "Bekwoh??" jangan tersilap dengan biawak k. Bekwoh dalam bahasa kelate disama ertikan dengan kenduri kahwin~~~..

Ok back on stage!! So, kalau nak ke wedding ceremony benda wajib perlu buat adalah menyediakan girf untuk pengantin kan. So Mr Bokbon pecut lah ke Hypermarket Pantai Timur,Taman Bendahara nak belikan gift buat pengantin. So, dah mark girf yang akan dibeli so beli lah dan siap ambik  2 wrapping paper lagi..(Mr. Bokbom bukan tak pandai bungkus k!! Sja hari nie off day bungkus2 hadiah)..Mr bokbon mintak lah staf dekat bahagian wrapping zone bungkuskan. Muka dia nak kata period 24h/7d lelaki...Lelaki oh lelaki ok!! So dia bungkuslah gift Mr Bokbon.Tiba2 prakkkkkkkkkkkkkk ambik ko kertas wrapping terkoyak dan dengan muka tak bersalah dia ambil satu lagi wrapping paper dah dengan muka cuak dia bungkus hadiah tu. Ada girl sebelah dia bgth kenapa tak gunakan yang koyak tadi. Jimatkan kertas....Korang bayangkan Mr Bokbon dah cuak, dia bungkuskan gift yang Mr Bokbon nak kasi dekat kawan Mr Bokbon wrapping yang koyak. So, Mr Bokbon tegur lah dengan cara beradab kenapa gunakan balik wrapping tu. Dengan selamba dia kata tak payah nak guna banyak satu dah cukup dan korang tahu dia tetap gunakan wrapping yang koyak...Memang nampaklah kesan koyak dekat belakang.

Mr Bokbon malas nak sound balik tak nak jadi anjing menyalak kat bukit, bukit tak runtuh2 jugak. So biarkan dia habis wrapping dan memang menambahkan ketidakpuasan Mr Bokbon dah lah buat salah tak nak mintak maaf, apa lagi nak gantikan wrapping baru. Sedeyyyy sangat!! So, balik rumah bungkus balik girf tersebut dengan gaya yang Mr Bokbon mahukan...Mr Bokbon pun tak paham manusia sekarang ni, baru kerja sebagai juru wrapping pun dah belagak macam dia pemilik tempat tu. Budi bahasa kan budaya kita so Mr Bokbon tak akan mengamuk kalau dia betulkan keadaan dan mohon maaf. Susah sangat ker nak ucapkan M A A F. Memanglah lelaki ego tapi Mr Bokbon bayar perkhidmatan dia. Jadi korang semua ingat walau sekecil mana kesalahan kita, melafazkan maaf adalah singkatan paling mudah dan senang!!!


...Budi bahasa kan Indah~~~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...