Thursday 22 December 2011

Result PMR 2011....Arghhhhhhhhhhh!!

Ehemmmmm....Memulakan pagi yang cukup2 indah di kampung halaman Mr Bokbon memang lah menyeronokkan. Pagi2 lagi my mum dah siap buat sarapan untuk anak bujang nyer yang sangat pemalas ini (Tapi Mr Bokbon bukan pemalas tahap gaban o.K!)...So, tengok tak entry Mr.Bokbon hari ni pasal "RESULT PMR 2011"...erkkkkkkkk dah nak kuar result sudah!! Damn scary. Kenapa scary, macam2 sungguh Mr Bokbon nie kan. Mahu tak damn scary kalau dapat 9A atau 8A sah2 boleh berteriak satu sekolah. Kalau tak dapat apa2 A nak letak kat mana muka. Tambah pulak kalau dalam keluarga tu dia lah menjadi harapan kepada seluruh kaum kerabatnya untuk mendapat keputusan yang cemerlang kann!!...

Perghhhhhh 9A tu...Sapa lah budak ni??

Ok, back on story, pagi2 Mr.Bokbon tengok anak buah kedua Mr.Bokbon dah resah gelisah. Siap tanya Uncle dia nie macam mana nak chek guna SMS. Canggih dah sekarang result pun guna SMS (Ko ader...ader!!) tak payah nak beratur2 panjang menanti debaran kann...Duk kat pasar ikan pun boleh chek result PMR. Tapi bila dunia dah canggih value kita merasai nikmat mengambil result dah tak ada. Mr Bokbon ingat lagi zaman2 Mr.Bokbon nak ambik keputusan PMR (Mr Bokbon x lah sehebat korang 9A atau 8A cukuplah suam2 kuku) memang mendebarkan. Tido malam memang tak nyenyak dah memikirkan kalau tak dapat keputusan elok sah mak aku mengamuk!! So pagi2 jam 9 dah terpacak kat sekolah dengan kawan baik Mr.Bokbon. Memang mendebarkan jugak lah...lebih kurang jam 11 pagi keputusan diumumkan dan boleh beratur mengikut kelas masing2...Keputusan Mr.Bokbon (Yahoooooooooooo!!) Alhamdulilah...Ada jugak kawan2 yang menangis, gembira, melompat, dan nasib x ada yang buat tarian lady gaga kat situ!

 Yahooo....Berjaya Jua!!

Sebenarnya kalau difiikirkan keputusan PMR adalah asas kepada cabaran untuk SPM sebenarnya. Tidak bermakna kita gagal masa PMR kita akan kecundang waktu SPM nanti. Kalau kita usaha dan terus berusaha InsyaAllah rezeki akan memihak kepada kita (Wahhhh ustaz lah pulak!!)...Tapi serius cakap, kawan2 Mr.Bokbon yang masa PMR suam2 kuku kaki, masa SPM mak ko excellent mengalahkan budak2 SBP dan MRSM. Ermmmmm kelassss ko maria! itulah dinamakan usaha tangga kejayaan dan juga, yang bulat tak akan datang bergolek dan yang pipih tak akan datang melayang so kena usaha.

 PMR oh PMR...

Apapun pesanan Mr Bokbon kepada semua calon2 PMR 2011 termasuk anak buah Mr Bokbon yang dikasihi dan disayangi, terima apa jua keputusan hari ini dengan hati yang terbuka. Kalau yang cemerlang teruskan tradisi kecemerlangan anda sehingga berjaya genggam segulung ijazah. Kepada yang kurang cemerlang jangan mudah nak putus asa, terima seadanya dan kita tanam dalam diri 2012 kita ubah diri, ubah penampilan, ubah pemikiran dan segalanya perlukan hijrah demi masa depan yang suksess!!

Waaaaaa...Ketawa kita!!

Jadi, all the best buat semua calon2 PMR 2011, ingat apa yang diterima anggaplah itu adalah rezeki anda. Walau apa yang terjadi jangan salahkan diri anda kerana laluan anda masih jauh lagi. Pada kesempatan ini Mr Bokbon nak wish all the best (Amboiii speak london~~~) to all my beloved students at SMK Abaka, Tawau and SMK Raja Sakti, Kota Bharu..My juniors SMK Kedai Buloh, Kota Bharu dan Putera Sport School, Kota Bharu, My Nephew "Abg Ngah" and all my cousins...GOOD LUCK!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...