Thursday 29 March 2012

Spontaneous Thursday #9

"I Won't Give Up On Us"

Stanza yang memahat pelbagai rasa setiap hari. Motivasikan diri agar mencipta legasi sendiri tanpa perlu menoleh ke belakang lagi dan teruskan melangkah dengan penuh gah~~~aigooooo




Wednesday 28 March 2012

Wordless Wednesday #10



TAHNIAH!!! Dedikasi nie Mr Bokbon tujukan khas buat sahabat Mr Bokbon iaitu NOOR FIDAYU BT MAT HUSSIN atas kelahiran BABY GIRL nyer yang seberat 3.4kg....Ermmmmmm Mr Bokbon tak sabar nak balik tengok. Agak2 cute macam Mr Bokbon tak. Buat FIE selamat menempuhi fasa baru dalam hidup sebagai "MUMMY"






Tuesday 27 March 2012

Tahniah Pojie

Ehemmmmm..penatnya hari nie dengan meting hampir 4 jam hanya tuhan saja yang tahu letihnya diri Mr Bokbon... Apa cter hidup korang hari nie? Mr Bokbon harapkan korang sume tetap bersemangat meneruskan kehidupan seharian..Walaupun keje kita bertimbun untuk disiapkan lakukan dengan habis baik k..So entry petang nie setelah puas membuta adalah "Tahniah Pojie"  ermmmmmmm apa pulak nie Mr Bokbon????....Al Kisahnya kawan Mr Bokbon masa dekat UMT yang juga seorang blogger yang fopolur akhirnya memutuskan untuk menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan hati...Rindu pulak zaman2 UMT bersama Pojie.... Akhirnya dah nak kawen!!! Balik sekolah tadi tengok dalam peti surat ada kad jemputan kawen Pojie yang diterbangkan khas dari Kuala Lumpur. Wahhhhh terharu sangat2 walaupun Mr Bokbon tak dapat hadir ke Majlis Resepsi Pojie tapi BFF lain akan turun mewakili diri Mr Bokbon. Mendoakan semoga Pojie tenang bila akad nikah nati..."Sekali lafaz jer tau!!!". Semoga kekal hingga ke akhir hayat dan cepat2 dapat baby yang comel2 k...Apapun iklas daripada Mr Bokbon...

SELAMAT PENGANTIN BARU

EN  MOHD FAUZI BIN ABDULLAH a.k.a Pojie
 &
ZAIHAZRA BT SULAIMAN




:::Tqvm Pojie sebab ingat kat Mr Bokbon:::






Monday 26 March 2012

Take Care

Ermmmmm....sedar tak sedar hari nie dah keje seperti biasa setelah bersenang dengan cuti weekend yang memang menyeronokkan. Namun di sebalik keseronokkan Mr Bokbon dikejutkan dengan berita pilu pemergian Nenda tersayang tepat jam 5.25pm semalam. Sayu dan pilu kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman dek kejauhan. Apapun terima kasih Mr Bokbon kepada BFF dan kawan2 lain yang tak putus2 memberikan semangat dekat Mr Bokbon. Sampaikan ada sorang kawan yang bertugas dekat HUSM Kubang Kerian tak putus2 tel Mr Bokbon bimbang takut2 apa terjadi dekat Mr Bokbon. InsyaAllah Mr Bokbon masih kuat untuk menempuhi semua nie kan..Biasalah dah ditentukan ajal maut anak adam jadi kita terima ujian ini dengan penuh kesabaran....Apapun yang terjadi hidup perlu diteruskan dan hanya doa kudus mengiringi moga roh Nenda tersayang ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...Al Fatihah



 :::Thanx 4'Take Care:::





Sunday 25 March 2012

Cuti2 Semporna

Ehemmmm...Mr Bokbon kembali lagi...wahhh dah mula naik lalang blog Mr Bokbon nie gara-gara tak ada masa nak update. Apa cerito korang hujung minggu nie? shopaholic? study? keje? kawen? dating? ayooooooo banyak sungguh keje korang kann. Tak apa lah laksanakan dengan penuh istiqamah ok~~ Mr Bokbon weekend nie menjelajah ke Pekan Semporna bersama BFF Mr Bokbon. Biasalah tak ada keje cari keje dan tak ada pasal cari pasal kann...hehhehhehehehehehe!! 

...Mini vacation yang tak dirancang pun kebetulan Mie turun ke Tawau jadi terpaksa lah kami ambil keputusan untuk melencong ke Semporna bagi menikmati keindahan fajar terbenam dan terbit di Pekan Semporna. Lepas solat jumaat kami berlepas ke Semporna, jaraknya dengan Tawau tak lah jauh sekitar 1 jam perjalanan dengan kereta. Korang jangan risau sebab jalan ke sana cantik sangat2 dan sepanjang perjalanan korang akan disajikan dengan kepelbagaian bentuk muka bumi yang begitu wooooooooooow lah cakap~ Lebih kurang jam 5.30pm kami sampai dekat Pekan Semporna dan hari pun dah nak gelap kebetulan jalan sesak orang tengah berpusu2 balik keje so lambat sikit. Sampai di Pekan Semporna benda pertama kami cari adalah resort. Cari punya cari dan usha punya usha kami putuskan untuk menginap di Dragon Inn dekat Jeti Semporna iaitu Jeti utama untuk ke Pulau Mabul, Pulau Kapalai, Pulau Sipadan, Pulau Bum Bum dan beberapa lagi pulau yang terdapat dalam zon Taman Laut Tun Sakaran nie. Bilik kami pilih cukup2 selesa dengan kadar RM120 per nite termasuk sarapan memang berbaloi sangat2 sebab bilik dia tersangat2 selesa...

....Selesai uruskan bilik, kami mula bersiap untuk keluar jalan2 sekitar Pekan Semporna. Kata orang kalau datang Semporna wajib kena rasa mee goreng dia sebab lain daripada yang lain. So Mr Bokbon malam tue dapat rasa mee dia dengan penuh nikmatnya sebab memang dah kebulur tak makan apa2 lepas balik sekolah tadi. Kami juga cuba rasa Gado Gado, Peha + Buntut ayam madu yang sangat sedappppp...Tak hampakanlah kami malam tue. So lepas makan aktiviti berikutnya adalah pusing2 Pekan Semporna kebetulan nak beli snack untuk lepak depan resort malam nie...Pekan Semporna tak lah luas kalau korang nak tahu dan suku bangsa yang paling ramai mendiami Pekan ini adalah masyarakat Bajau Laut.

...Balik kat resort apa lagi mula lah bersembang sampai pagi, banyak cerita kami entry bersama-sama sebab dah lama tak jumpa sejak trip CNY hari tue. Cakap punya cakap last2 sume terlena mungkin sebab kepenatan sebab esok kami nak tengok matahari terbit...Ermmmmmm pagi2 lagi kami bangun nak tengok matahari terbit di ufuk timur. Ya Allah cantik sangat2, masa tue terasa nyaman sangat dengan udara yang cukup segara jauh daripada kesibukan kota raya dan pencemaran...Selesai tengok matahari terbit kami sarapan mengadap taburan pulau-pulau saujana mata memandang. Sungguh terpegun kami melihat aktiviti masyarakat Bajau Laut yang sudah sinonim dengan laut...Bila perut mula kenyang kami teruskan aktiviti kami dengan snap pic yang menarik sekitar Pekan Semporna...

...Namun, apa yang paling sedih kami tak sempat untuk ke Pulau Mabul dan Kapalai kerana terpaksa pulang ke Tawau disebabkan ada perkara yang lebih penting untuk diselesaikan. Apapun mini vacation yang cukup enjoy kali nie. InsyaAllah kalau tak ada apa2 halangan sampai jua kami ke Pulau Mabul, Kapalai dan Sipadan :)... Walaupun sesingkat alam percutian kami cukup lah masa diberikan untuk kami bersama melepaskan rindu dan berkongsi pelbagai cerita...aigoooooo



:::: Muka-Muka Tak Bersalah :::





Thursday 22 March 2012

Spontaneous Thursday #8


"Never Give Up!!"


Keputusan SPM 2011 telah diumumkan dengan pelbagai kejutan di luar jangkaan. Kepada yang berjaya mengekalkan tradisi kecemerlangan TAHNIAH dan yang kecundang usah gusar kerana ini adalah permulaan kepada kehidupan anda. Gagal SPM tidak bermakna gagal dalam hidup, dan Cemerlang SPM tidak bermakna akan cemerlang dalam hidup....~~Aigoooo :)

P/S : Adik kesayangan Mr Bokbon pun mencatatkan keputusan di luar jangkaan dan paling mengejutkan sepupu Mr Bokbon dengan mengekalkan tradisi kecemerlangan keluarga dengan 10A. Tahniah both of u ^_^




Tuesday 20 March 2012

Guna Akal Jangan Kepala Lutut~

Ermmmmm hai korang apa cter hari nie...macam mana keje? study? sume ok?...Mr Bokbon hari nie dah masuk office setelah seminggu meninggalkan bumi Tawau. Rasa semangat sangat2 hari nie walaupun kerja yang perlu disiapkan masih lagi banyak...Arghhhhhhhh penat sangat2 habis sekolah tadi terus berkejar ke LHDN selesaikan e-filling kemudian uruskan fotokopi kertas kerja kemudian sempatlah layan ABC kejap. Balik2 membuta terus dengan laktop terbuka....

...Jam 6.12pm menerima panggilan telefon daripada seorang teman di Pekan, Pahang dengan menangis teresak2. Terkejut tahap cipan apabila ada person yang dah ubah status dia kepada "In Relationship" dengan Mr Bokbon dan yang melakukannya adalah BF dia sendiri. Terbaikkkkkkkk dari ladang lah bro. Kalau nak test line pun agak2 lah kesian kat awek ko 2. Yang pelik bin ajaib nyer apa motif dia nak kenakan GF dia sampai mana 2. Adakah dia tergugat dengan Mr Bokbon? Adusss kenapa lah sempit sangat pemikiran manusia nie. Jangan lah jadi low class sangat dengan benda macam nie, dah macam budak2 f.1 kat sekolah Mr Bokbon gamaknya. Rasanya budak f.1 pun boleh nilai kalau dia sayang partner dia. Apapun buat Nor Alia Mohd Nor Mr Bokbon mintak maaf atas salah faham yang terjadi sebentar tadi. Memang korang dah ganggu tido Mr Bokbon lah... Macam nie lah senang, kalau dah tak boleh nak pisah apa kata kawen cepat2 dan pesan Mr Bokbon buat yang lelaki tolong lah jangan malukan kaum Adam lah. Kalau nak siasat pun guna akal dan tak payah nak buat spekulasi nujum pak belalang lah murah sangat. Kalau lah Mr Bokbon nie ada hati dah lama suruh rombongan dari Kota Bharu ke Pekan. Tak payah nak tukar status2 kat muka buku lah...

...Adussss ketidakseimbangan sistem saraf mulai dirasai dengan kejutan berita petang nie. Buat2 taubat lah kesian dekat Mr Bokbon dah lah banyak kerja belum selesai. Lain kali tolong main jauh2 k...Be Professional dan tak payah nak jadi hero di tempat yang silap. Baik lah ambik wuduk 2 pergi solat taubat dapat jugak pahala. Apapun both of u dah buat tido Mr Bokbon terganggu dan sorry to say tak ada maaf yer!!~~~aigooooo



Freedom Is Simple :)




Sunday 18 March 2012

Metamorfosis Lengkap

Ermmmmmm....Hai korang apa cter hidup korang~ Bhagia? Duka? Lara? Gundah Gulana? hehehehehehehehhe tak kisah lah kan apa jua perasaan yang kita lalui sebab kita nie manusia diciptakan ada hati dan perasaan. So, kalau korang nak rasa macam2 feel memang tak salah sebab dah diciptakan macam tue. Lain lah kalau korang jenis yang tak ada perasaan kan. Sedar tak sedar dah seminggu Mr Bokbon berada kat kampung, menghabiskan cuti pendek bersama keluarga tersayang. Arghhhhhhhhh malasnya nak balik Tawau (Merungut lagi!!!!) biasalah korang perangai wajib Mr Bokbon~ 

...Seminggu dekat kampung halaman, pelbagai catatan indah telah dilengkapkan. Terasa dapat aura baru pun ada bila balik kampung dan akan kembali ke Tawau dengan semangat baru setelah kepenatan terlampau sebelum cuti hari tue. Cuti kali nie lagi bermakna bila dapat jumpa blogger dan kenalan baru yang memang tak disengajakan...Memang enjoy sangat2 lah bila dapat lepak dan layan tea sama2, banyak benda kami sharing sama2, sebab itulah Mr Bokbon tak sabar nak balik berkhidmat dekat Kelantan...

...Seminggu nie jugak Mr Bokbon banyak habiskan masa dengan melepak kat rumah sebenarnya drp keluar melencong. Kebetulan suhu di bumi kelantan panas so malas nak keluar!! So dapatlah Mr Bokbon membuta dengan sepuasnya. zZZzZzZzzZZzzZZZzZz bestnya korang saat2 kepenatan mcm nie kan. Dinner Family? ohh semesti nyer benda wajib yang dilakukan setiap kali balik. Aktiviti wajib yang perlu bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan kan! Bila free macam nie lah dapat kumpul sama2, bila dah terbang ke destinasi masing2 mula lah kerinduan kan...

...Balik kali nie jugak Mr Bokbon melengkapkan misi temujanji bersama dentist. Scaling gigi+temujanji untuk pakai pendekap gigi sebab bahagian bawah gigi Mr Bokbon tak sekata sikit gara2 masa kecik2 Mr Bokbon suka isap jari, kata dentist yang in-charge Mr Bokbon lahh...Hahhahahahahahhaha. So korang walaupun muka dah hensem dan ayu kebersihan mulut kena jaga. Jumpalah doctor gigi korang 6 bulan sekali bagi memastikan gigi kita sihat terutama macam Mr Bokbon yang kerja dengan students sume aspek kena jaga.

...Emmmm apapun korang Mr Bokbon hari nie dah last day kat kampung halaman, nak selesaikan urusan dekat Postgraduate School UMK kejap...Esok dah nak terbang balik Tawau. Wahhhhhhhhhh sedihnya tapi tak apa lah nak buat macam mana demi tugas kan. InsyaAllah ada rezeki, ada jodoh dapat jua berkhidmat di Kelantan...aigooooo~~~


Melengkapi fasa-fasa indah kehidupan.....

Thursday 15 March 2012

Spontaneous Thursday #7


"Bohsia lebih baik daripada Ustazah"

Walaupun seseorang yang kita lihat dengan mata kasar banyak kurangnya, jangan cepat menghukum mereka. Berikan peluang kepada mereka kerana mereka adalah manusia seperti kita jua. DAN...Walaupun luaran seseorang itu dilihat sempurna tapi AWAS!! ianya lebih dasyat daripada apa yang kita harapkan....

P/S : Mr Bokbon nak wish TAHNIAH dekat sahabat Mr Bokbon iaitu Cikgu Norhadi Nordin yang akan memahat ikatan, simbol kasih dan sayang dengan gadis Grik, Perak pada pagi nie. Semoga semuanya berjalan lancar ^_^

Tuesday 13 March 2012

Jangan Low Class~~Jengkil :)

"This life is what you make it. Not matter what, you're going to mess up sometimes, it's a universal truth. But the good part is you get to decide how you're going to mess it up. Girls will be your friends - they'll act like it anyway. But just remember, some come, some go. The ones that stay with you through everything - they're your true best friends. Don't let go of them. Also remember, sisters make the best friends in the world. As for lovers, well, they'll come and go too. And babve, I hate to say it, most of them - actually pretty much all of them are going to break your heart, but you can't give up becuase if you give up, you'll never find your soul mate. You'll never find that half who makes you whole and that goes for everything. Just because you fail once, doesn't mean you're gonna fail at everything. Keep trying, hold on, and always, always, always believe in yourself, because if you don't, then who will, sweetie? So keep your head high, keep your chin up, and most importantly, keep smiling, because life's a beautiful thing and there's so much to smile about...."

Walau orang dah tolak lamaran kamu, tak perlu kot nak tunjukkan kekecewaan kamu kepada seluruh isi perut alam bahawa kamu telah dikecewakan. Bangkitlah! kamu memiliki segalanya dan lepaskan dia pergi dengan tarian kehidupan yang dia inginkan. Prejudiskan diri dengan CINTA, tetapkan satu matlamat bahawa hidup perlu diteruskan dan genggam kejayaan di hari muka. Petik jemari runcing, paut seribu stanza bahawa anda adalah insan terbilang tanpa ada sebarang diskriminasi bicara :)



Monday 12 March 2012

Tawau---KL---Kota Bharu

Ermmmmmm pagi yang ceria di kampung halaman tercinta...Selamat Pagi korang sume!!! Bagi yang keje hari nie selamat memulakan tugas dan bagi sedang angau bercuti macam Mr Bokbon nie kita teruskan cuti oh cuti dengan penuh ketenangan, Tinggalkan segala bebanan kerja buat seketika dan nikmatilah oksigen di lokasi pilihan anda....Hihihihihihihihihihi :)..Alhamdulilah Mr Bokbon dah selamat tiba di kampung halaman setelah lepak de KL bersama2 BFF dan adik kesayangan Mr Bokbon.

...Sesingkat alam masa bersama BFF yang Mr Bokbon sayangi dan kasihi. Kami sempat lepak sama2 dekat QB sama-sama mengopi dan mengeteh tarik kan diri. Keesokkannya Mr Bokbon seharian bersama adik kesayangan Mr Bokbon. Sempat pusing sogo sebab nak carikan hadiah dekat adik bongsu kita orang, kemudian lunch time dekat Secret Recipe Sogo dan yang paling best bila kami berdua sama-sama menjelajah sekitar jalan TAR untuk mencari kain baju melayu..Arghhhhhh serius cakap rabun mata dah jadinya. Tapi yang sedihnya malam tue jugak Mr Bokbon akan boarding balik kb. Sebab ada urusan rasmi perlu disiapkan!! :(

...Mr Bokbon selamat tiba di kampung halaman tercinta, tapi dan tapi jangan harap nak membuta lah!! Puan Hajjah a.k.a Bonda tersayang dah bersiap sedia dengan periuk belanga dia nak mulakan operasi kenduri rumah abang Mr Bokbon. Dushhhh! nak tak nak memang kena tolong jugak. Bermula operasi sembelih lembu, cuci daging, kemas khemah, susun menu, doll gift, dan segala mak nenek lah kena laksanakan. Walaupun peluh anak teruna telah gugur ke pipi tak apa lah demi majlis yang penuh bermakna ini akan dilakukan dengan sepenuhnya. Jam 12pm dif2 jemputan dah mula membanjiri perkarangan kediaman abang Mr Bokbon....

"Ehh, nie anak bujang Pak Cik Ghani yang duk Sabah kan?" "Tak ada makwe lagi?" "Putehnya kulit sejak duk Tawau, sana sejuk erkk!" "Dulu lain sangat, kenapa nampak kurus? Abg tak makan erk?" "Kenapa ceria jer nie, ker dah ada orang sabah nie?" "Zaman sekolah lain sangat nampak, kenapa sekarang cikgu tengok dah lain" "F***** kenapa lain sangat kamu nie, dah lama tak jumpa kan kita!"

(Stanza-stanza indah Mr Bokbon perolehi ^_^....)

....Bila time kenduri macam nie lah dapat jumpa kaum kerabat, orang kampung dan segala kenalan family dan paling mendebarkan bila mata memerhatikan langkah anak bujang sorang nie kan. Naik malu pun ada tapi tak lah sampai naik hantu korang. Susah bila berstatus "ANAK TERUNA BEKERJAYA" makcik2 dan pakcik2 kat kampung tunggu masa saja nak pinang korang....hahahhahahahahahahahaha.....Apapun majlis berjalan lancar termasuklah aksi2 membersihkan kawah sebesar alam tue kan. Ok lah korang Mr Bokbon blah dulu nati apa2 cter Mr Bokbon update k...~~~~aigooooooo




Bubur Kacang BONDA Mr Bokbon yang terbaikkkkkkk!!



Monday 5 March 2012

Ciri-Ciri Isteri Pilihan Jejaka Urban

Ermmmmm sedar tak sedar dah nak cuti sekolah....Yahooooo balik hometown boleh tido puas2 dan makan masakan air tangan bonda tersayang dengan rakus macam monster yang tak jumpa makanan sebulan kannn....Hahahahahahahahaha!..Korang apa cter hari nie? study +keje + rumahtangga + BF + GF + Skandal2 sume ok? Alhamdulilah....Mr Bokbon macam biasa tetap kelam kabut dengan paper belum habis tanda lagi, naik meroyan sampai nak pecah Medulla Oblongata memikirkan skrip jawapan pelajar Mr Bokbon...adusssss mintak puji bha dia orang nie, lain diajar lain pulak yang dijawabnya...Dushhhh!

So back on entry kita hari nie..."Ciri-ciri Isteri Pilihan Jejak Urban"  ermmmm entry Mr Bokbon tak nak kalah kann...Tak ada lah korang nie isu yang sering melanda anak bujang termasuk Mr Bokbon bila memikirkan ciri-ciri calon isteri yang boleh menjadi suri dalam hidup kita. Biasalah korang bila dah usia meningkat nie hormon kegatalan nak kawen semakin meningkat. So masalah sering timbul terutama melibatkan jejaka urban terutama yang berada dalam kumpulan pengurusan dan profesional macam doctor, engineer, pegawai bank, akauntan, pilot, guru, pegawai2 kerajaan dan sebagainya menghadapi dilema dalam menentukan calon isteri mereka...

"Abang bila ko nak kawen???" "Abang, mana calon bini ko??" "Abang kerja dah stabil, boleh lah mak cari calon dekat abg nie!!" "Abg, mak nak kenalkan ko dengan anak kawan mak" Abg oh Abg....

Hah anak bujang kat luar sana korang mesti pernah mengalami situasi macam nie kan...sebenarnya bila berjawatan tinggi  nie bukan tak ada masa untuk couple tapi terlalu banyak komitmen yang perlu diselesaikan sebab tue memang tak ada masa nak couple. So, Mr Bokbon telah membuat kaji selidik berhubung isu ini melibatkan kawan2 daripada profesion doctor, guru, engineer, pegawai2 kerajaan, pegawai bank, pensyarah dan beberapa pekerjaan bergred tinggi berhubung isu ini. Rata2 jejaka urban memberikan jawapan hampir sama iaitu....

1. Budi Bahasa...Benda wajib perlu ada bagi seorang calon isteri bagi jejaka urban. Jejaka urban tak suka jenis anak dara yang low class. Biar low profile tapi jangan sesekali low class. Jejaka urban paling pantang pasangannya over tak bertempat....ermmmmmm!

2. Solat 5 Waktu dan Mengaji Al Quran....jejaka urban kebanyakkan habis mengaji Al Quran so korang jangan risau sebab mereka penuh ilmu di dada... jadi tak ada masalah untuk membimbang bakal isteri dan anak2 kelak termasuk menjadi iman untuk solat 5 waktu. Cuma mereka perlukan calon yang mampu membantu mereka mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah semasa mereka keluar bekerja.

3. Rupa...Walaupun tak cantek, menarik, ayu dan anggun tak apa dan tidak menjadi masalah. Asalkan tak malu nak bawa keluar berjalan dan masuk majlis dah kira ok.

4. Berkerjaya..Bonus kalau memiliki isteri yang berstatus bekerjaya bukan sahaja mampu mengurangkan beban suami tapi mengelakkan isteri bosan di rumah. Jejaka Urban masih mampu untuk tanggung keluarga, tapi kalau bakal isteri mereka memiliki Diploma, Ijazah , Master bahkan Ph.D kenapa tidak digunakan....

5. Pandai Masak... 95% Jejaka Urban tahu ber-eksperimen dengan bahan di dapur. Bahkan konsep campak2 pun dah sedapp. Jadi, mereka akan pilih calon isteri yang lebih hebat memasak berbanding mereka. Jejaka Urban lebih suka hasil air tangan sendiri atau orang tersayang daripada makan kat kedai mamak...

Sebenarnya jejaka urban nie bukan susah pun nak faham, mereka akan hilang fokus dengan pasangan masing2 disebabkan kerja dan bukannya orang ketiga. Kerana bagi jejaka urban stanza "Workerholic" adalah perkataan paling sesuai dengan diri mereka. So, bagi anak2 dara yang nak cuba rapat dengan jejaka urban jangan takut cuma kita perlukan sedikit kematangan bila berdepan dengan mereka. Nilai profesional sangat tinggi dalam diri mereka. Namun, setelah ada keluarga jejaka urban biasanya akan lebih bertanggungjawab berbanding semasa status "Bujang" kerana bagi jejaka urban yang paling utama dalam diri mereka adalah KELUARGA, PEKERJAAN, BFF, SAHABAT dan akhir sekali teman wanita. Jejaka urban tidak gemarkan benda yang remeh temeh...Ermmmmmmm so moga perkongsiaan ini akan membantu korang kat luar sana untuk memahami jejaka urban...aigooooo


Never Stop...Never Give Up...Dream Come True :)



Sunday 4 March 2012

Walau kami berbeza...

Glory and glory!! Ermmmmm hai korang sori sangat2 sebab Mr Bokbon tak jenguk blog yang Mr Bokbon sayangi nie angkara kerja yang bertimbun. Nasib badan lah kannn...so and so korang apa cter! Hahh ada yang dilamar dekat Masjid Negara? Perghhhhhhhhhhh sapa lah tue kan...Ishhhh2x hebat betul! Minggu nie Mr Bokbon terlalu penat sampaikan nak rehat pun tak sempat. Marking paper pun masih belum selesai lagi, masih bertimbun kat atas meja ruang tamu. Tak ada feel nak chek, minggu depan dah nak terbang balik KL kemudian 7hb sampai 9hb outstation ke KK pulak. Adussss penat betul lah, tak sabar nak balik peluk bonda tersayang muahhhhhhhh!!

ok2 back on stage...entry Mr Bokbon pada pagi yang suram lantaran hujan membasahi bumi mari lah kita berkongsi entry yang tak lah hot and spicy pun tapi ok lah untuk sharing sama2 kan... "Walau KAMI Berbeza" ermmmmmm apa pulak tue Mr Bokbon? Hahahahahahahaha....Mr Bokbon dekat Tawau nie ada BFF yang tersangatlah memahami antara satu sama lain. Boleh diibaratkan macam belangkas pun ada, sampaikan bos kami pun tahu keakraban kami bertiga. Bila hilang sorang pasti akan ditanya ke mana kawan kamu???...Walau kami rapat macam mana tak pernah timbul rasa diskriminasi antara satu sama lain. Kami diterbangkan dari daerah yang berbeza dan ditemukan dalam satu bumbung yang sama. 1Melayu, 1Suluk dan 1Indian adalah gabungan yang cukup menarik lambang persahabatan kami bertiga. Sharing is Caring itulah rule yang kami gunapakai sehingga mampu kami berkongsi segalanya bersama...Kehidupan di Tawau menjadi lengkap bila Mr Bokbon ditemani oleh dua sahabat ini yang cukup-cukup memahami diri Mr Bokbon.  Inilah kehidupan semakin hari semakin indah bila kita ditemani oleh sahabat yang begitu memahami diri kita. Suatu hari nati kami semua pasti akan berpisah antara satu sama lain.. Yang Melayu mungkin akan kejar cita-cita dia memburu Ph.D dan bergelar Pensyarah, Yang Suluk pula mungkin akan bergelar Akauntan pada waktu itu kerana cita-cita nyer untuk bergelar seorang akauntan yang disegani dan Yang India akan terus ceria disamping suami dan anak-anak nyer yang comel2. Walau apapun terjadi pada hari depan ingatlah kenangan berkhidmat di TAWAU akan sentiasa terpahat dalam ingatan dan persahabatan terbina tidak akan terlerai sampai bila-bila....Aigooooo~~~



Friendship Is SIMPLE ^^


Thursday 1 March 2012

Spontaneous Thursday #6


"BFF...Pinjamkan bahu untuk menangis, berkongsi suka duka, makan sepinggan dan tido sebantal adalah hadiah paling berharga kurniaan ilahi. Kita miliki berjuta lemon sahabat tapi pernah kita fikirkan sejenak kita bertuah memiliki BFF yang kasih kan kita walau apa jua keadaan kita"

Dedikasi Istimewa Buat BFF Mr Bokbon :

Viey Ryzal, Nik Hakimie, Azam a.k.a Aruel, Mohd Sufi, Irfan, Norjilawati dan Abg Wan Panji ^^..TQVM guys!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...