Tuesday 31 January 2012

Sabah : Dari Lensa Mr Bokbon


Ehemmmm...banyak nyer keje nak kena selesaikan...merungut lagiiiiiiiii Mr Bokbon tak baik...Nati kena boooommmm baru tahu..Hahahahahahahaha. So apa cter korang sume? sihat? sakit? riang? duka? lara? tak kisah lah kan janji Life Must Go On kata Cik Pulau...Hari nie Mr Bokbon saja nak buat entry untuk publish pic yang Mr Bokbon travel hari tue. Layan jer lah kannnnnn...:)



At Waterfront Kota Kinabalu...:P



Ayuhhhh bha layan Mc'D dekat Api-Api Center dulu kita :)


Pengangkutan Awam semasa di Kota Kinabalu :)


Posing oh Posing ^_^


Pasar Jualan Makanan Kering bersebelahan Pasar Kraftangan....


Pasar Filipin yang memang bestttttt :)






View The Tip of Borneo :)




Geng menggila...


Nice view @ Kota Belud....



Mount Kinabalu Via By Kota Belud 


Senyum tak perlu kata apa2....



Sunday 29 January 2012

Travel CNY 2012

Ehemmmm....rindu bangat dengan blog kesayangan Mr Bokbon nie..Korang apa cter cuti Tahun Baru Cina nie, sori sangat2 sebab dah lama tak update blog. Bukan menyepi tapi biasalah kalau dah cuti nie panjanglah langkahnya. Hahahahahahhahaa biasalah kan, time nie lah nak lepaskan stress (Walaupun tak stress kan!!). Sebenarnya Mr Bokbon dengan member2 telah menjelajah separuh daripda keseluruhan negeri Sabah "Land Below The Wind" sempena cuti Tahun Baru Cina...Jommmm kongsi pengalaman menarik Mr Bokbon~~~

25hb Jan 2012
oK kita start ber-story dan ber-hikayat...Tapi tak lah dongeng sebab memang kejadian ini berlaku. Hahahaha...Cuti Tahun Baru Cina Mr Bokbon dapat seminggu dalam kepala duk terpikir-pikir nak ke mana, nak balik semenanjung memang tak berbaloi langsung sebab Mr Bokbon kena uruskan dokumen untuk  pengesahan masuk perkhidmatan nak tak nak memang kena turun Kota Kinabalu. Bersama Man teman rapat Mr Bokbon yang sama-sama menggila kami turun ke Kota Kinabalu untuk berurusan di Rumah Persekutuan. Kami gerak malam 25hb dengan menggunakan kemudahan Bus Tung Ma. So far, ok lah rate dia RM50 untuk  trip dari Tawau ke KK. Sengaja kami memilih untuk naik bus sebab kalau naik flite memang tak terasa kenikmatan travel. Kami tiba awal dekat station bus Inanam sekitar jam 4.30 pagi menghampiri jam 5 pagi. So lepak kat kedai mamak dulu sebab Man nak online. Nak chek in hotel memang lambat lagi jam 10 pagi. Lepak punya lepak kami gerak ke Switz Paradise Hotel yang terletak dekat Jalan Api-api berhampiran dengan Center Point dan Waterfront KK yang memang nice sangat2. Rate hotel kami pilih tak lah mahal sekitar RM81 per nite dengan biliknya yang cukup2 selesa korang tak akan menyesal lah....

26hb Jan 2012
...bila dah hilangkan penat setelah membuta 2-3 jam siap bermimpi lagi, kami mula bersiap untuk ke Rumah Persekutuan. Jam 2 pm kami dah gerak ke Rumah Persekutuan menguruskan dokumen yang diperlukan oleh Unit Penjawatan JPN. Alhamdulilah semua dokumen selamat kami terima daripada JPN Sabah (Credit dekat staff Unit Perkhidmatan yang memang terbaikkk punya layanan dekat cikgu2 muda..hahahahahahhaha). Selesai urusan di rumah persekutuan Mr Bokbon dan Man mula menjelajah Kota Kinabalu sementara menanti kemunculan Mie, Mad dan Lan yang akan tiba dari Lawas, Sarawak. So kami mulakan perjalanan petang tu dengan snap pic dekat area Waterfront KK yang memang terbaikkk lah punya. Sebelum nie kalau turun KK tak sempat pun nak snap pic area nie. Lepas snap pic dekat waterfront kami gerak pulak ke Pasar Filipin. Korang kalau datang KK wajib tau ke Pasar Filipin. Kenapa dipanggil pasar filipin? menurut Man pasar nie dipanggil pasar filipin sebab kebanyakkan komuniti dia petah berbahasa Tagalog iaitu rumpun bahasa dari Filipina. Mr Bokbon saja nak ke sana sebab nak snap pic dan nak cari beg galas yang diperbuat daripada kain, kebetulan nak beli mutiara dekat my bonda tersayang :)

...Kami sampai dekat pasar filipin memang nasib2 sebab time tue hujan turun dengan lebat lah. So, apa lagi mula lah menggila dengan snap pic kemudian shopa oh shopa lah. Rasanya sume benda Mr Bokbon nak beli dengan harga yang diberikan jauh lebih murah daripada normal rate membuatkan Mr Bokbon dah blurr kat situ. Tapi dan tapi Mr Bokbon belajar satu benda yang menarik semasa kat Pasar Filipin iaitu macam mana untuk membezakan mutiara air masin dengan mutiara air tawar. Memang lain sangat2 dia punya saiz antara mutiara air masin dengan mutiara air tawar. So, korang kalau nak shopa mutiara hati2 dengan penjual mutiara sebab mungkin risiko korang akan ditipu agak tinggi. Kalau mutiara air masin agak mahal jika dibandingkan dengan mutiara air tawar berdasarkan saiz dan ketahannya untuk kekal lama. Mr Bokbon sempat lah beli rantai mutiara buat kakak ngan adik Mr Bokbon, kemudian my Bonda Mr Bokbon beli yang tak diikat lagi. Harganya RM20 untuk sebiji, so my Bonda boleh lah buat rantai atau cincin kannn..Memang enjoy lah perjalanan untuk hari pertama dekat KK nie. Memang tak puas nak shopa kat pasar filipin. :)

27hb Jan 2012
...pagi2 lagi Mr Bokbon dan Man dah bersiap sebab pagi nie kami akan bergerak ke Kudat bersama-sama Mie, Mad dan Lan. So lepas chek out daripada Hotel kami memulakan perjalanan ke Kudat sebab ada misi yang menarik perlu diselesaikan dekat sana...Misi apa Mr Bokbon? Hahahahahhahahahaa melihat pertemuan Laut China Selatan dengan Laut Sulu yang diberi nama The Tip Of Borneo, Tanjung Simpang Mengayau, Kudat. Kiranya titik pertemuan dua gergasi laut lah nie...Perjalanan ke Kudat mengambil masa sekitar 3 jam dengan pemandangan yang cukup2 wowwww lah korang..

Dalam perjalanan ke Kudat korang akan melalui Kota Belud, kiranya 1st time jugak lah Mr Bokbon sampai kat Kota Belud yang terkenal dengan jolokan Cowboy Borneo. Apa yang membuatkan Mr Bokbon melompat2 macam kera dapat bunga dekat Kota Belud nie bila dapat snap pic sawah bendang yang memang lawa sangat2 dan yang paling best dapat snap pic mount kinabalu yang cukup2 lawa lahh...Terpegun seketika!!


View Gunung Kinabalu dari arah Kota Belud :)

...kami singgah dekat Kota Belud sekejap sahaja sebab perjalanan ke Kudat perlu diteruskan. Kami meninggalkan Kota Belud dengan perasaan sayu tapi tak apa sebab bila balik nati kami akan singgah sekali lagi...Hahahahahahaahaha. Kami sampai dekat Tanjung Simpang Mengayau sekitar jam 4.30pm. Benda 1st kena selesaikan adalah usha resort kat area tue sebab kami malas nak balik KK sebab kami nak lepak kat situ satu malam. So far resort kami dapat memang cukup2 menarik sebab mengadap laut. Berkadaran RM240, kami pilih pakej family termasuk sarapan memang berbaloi sangat2. Lepas campak beg kat bilik apa lagi time untuk snap pic lah..Kami terus ke Lokasi sebenar iaitu The Tip Of Borne. 1st time jejak kaki kat sana memang angin kencang dada lah korang. Terpegun Mr Bokbon dengan ciptaan Ilahi yang luas terbentang di hadapan mata. Kalau korang nak tahu pada kedudukan ini korang akan dapat melihat perbezaan gerakan ombak antara Laut China Selatan dengan Laut Sulu. Kalau Laut China Selatan air nyer cukup2 tenang dan berwarna kebiruan, manakala Laut Sulu ombak memang kuat dan air nyer agak kegelapan sedikit. Time kita orang tiba cuaca Alhamdulilah mengizinkan dan kami dapat melihat negara Filipina dengan jelas sekali. So apa lagi mulakan lah kegiatan posing oh posing kami.


Waterfront KK yang memang lawa :)

...lepas snap pic apa lagi terjun laut lah dekat resort yang kami lepak. Serius cakap pasir dia punya puteh dan halus, ombaknya pulak jenis ombak pembina so memang sesuai untuk mandi manda. Memang tak rugi lah korang datang sini. Memang hilang stress kalau yang berada dalam keadaan stress bila dapat mandi dan tengok view pantai yang memang cukup2 indah. Dah selesai mandi, perut dah mula kelaparan apa lagi naik bilik siap2 terus lah pergi makan. Not bad jugak lah makanan dia orang, kira ada rasa lah. Janji tak kelaparan sudah lah kannn...Malam tue kami lepak kat pantai buat unggul api dan bersembang memang enjoy lah. Macam2 topik kami sembang sambil menikmati keindahan malam yang dipenuhi dengan taburan bintang cukup2 membuat malam tersebut sempurna!!

28hb Jan 2012
...alamak dah nak balik pagi nie. So pagi2 dah bangun ajak Man dengan Lan jalan2 dekat pantai. Mie dengan Mad masih lagi membuta penat agaknya. Memang best lah korang jalan-jalan dekat pantai pagi tue, dan perasaan sedih mula bermain sebab kami akan meninggalkan Simpang Mengayau pada pagi nie. Lepas bersiap dan sarapan kami mula gerak untuk pulang ke Sandakan. Mr Bokbon, Man, Mie dan Mad satu kereta akan menghala ke Sandakan. Lan dengan bondanya, sebab dia nak singgah KK dahulu sebelum berlepas balik ke Lawas, Sarawak. Serius cakap kami memang tak puas dengan percutian kali nie sebabnya kami tak puas mandi pantai dan lokasi nyer yang cukup2 cantikk memang membuatkan kami anak2 bujang terpukau lah....:)


Kuda oh Kuda lambang Kota Belud @ Town Kota Belud~~~

...apa yang best yang nak Mr Bokbon sharing dengan korang adalah masa dekat Simpang Mengayau korang akan mengalami dunia yang berbeza...Apa tue Mr Bokbon? Hahahhahahaha kat sana tak ada line phone so korang memang dapat cuti puas2 tanpa sebarang gangguan sms atau mms. So, back on flow kita orang berpisah dekat Kota Belud. Lan dengan mak dia terus ke KK sebelum pulang ke Lawas. Mr Bokbon, Mie, Man dan Mad meneruskan perjalanan ke Sandakan. Menghala balik kami akan melalui Kinabalu park, Kundasang dan Ranau yang memang sejuk tahap dewa. Kebetulan hujan so tak kesampaian nak posing maut dekat memorial park dekat Kundasang. Tak apa banyak lagi trippp...!!! So lebih kurang jam 9 malam kami sampai dekat Sandakan...Lepas hantar Mad balik rumah dia, Mr Bokbon+Man+Mie lepak kat Quarters Mie dekat Batu Sapi, Sandakan. Memang penat sampai2 rumah mie memang terlena terus sebab keesokkannya Mr Bokbon dan Man akan meneruskan perjalanan balik ke Tawau...


Tolong ingatkan AKU...bahawa Mr Bokbon dah sampai THE TIP OF BORNEO 


P/S : Mie+Mad+Man+Lan jangan lupe trip kita berikutnya akan ke Lawas-Limbang-Brunei...aigoooo


Monday 23 January 2012

Fasa Baru Dalam Hidup

Cinta Jarak Jauh is trouble kann...So? Bagi mengelakkan sebarang pertelingkahan seperti kucing dengan anjing baik lah kita ambik jalan mudah iaitu melangsungkan sebuah ikatan suci. Bila berjauhan nie macam-macam perasaan ada terutama perempuan. Sori lah Mr Bokbon bagitahu perempuan nie cepat was was dengan pasangan dia orang dan paling ketara bila si lelaki bercerita ada perempuan cantik kat pejabatnya...hahahahahahahahahaha mahu tak haru biru kan. So terpaksalah memujuk...Dushhhh babak paling bosan dalam kehidupan seorang lelaki adalah memujuk pasangannya. Kalau pujuk budak kecik lain, bagi coklat ngan aiskrim ok dah sudahhh....hihihihihihihihihi

Ok back pada entry Mr Bokbon...Alhamdulilah Mr Bokbon akan melalui fasa baru dalam kehidupan dan fasa ini lah membuatkan hati seorang anak bujang akan gundah gulana dan boleh buat tak tido malam memikirkannya..."Mampukah aku??" "layakkah aku?" "Gementar tak aku?" atau "Cool tak aku??" macam tue lah kot gamak nyer. Tapi dan tapi sebagai manusia kita tak boleh lari daripada semua ini. SINGLE gone be TUNANG and finally WEDDING CEREMONY... Cuma yang pasti doa kita tidak pernah putus moga pilihan dan keputusan yang kita buat ini akan membahagiakan semua orang kalau ada yang berduka anggaplah semua ini ketentuan Ilahi. Tapi pernah tak korang pikir sejenak sebelum nak tido dengan persoalan...SIAPAkah Gadis @ Jejaka yang akan bertahta dihati ini dan akan menemani diri ini naik ke pelamin???? Anak raja? Anak Tan Sri? Anak MB? Anak Boss??Anak Penghulu??Anak mak, Anak Bapak dan segala macam anak lah. Tapi itulah dinamakan J+O+D+O+H kannnn...kita tak boleh nak halang andai ianya datang...

....yang pasti Mr Bokbon belum menentukan tarikh yang sesuai untuk melafazkan ikrar janji tersebut. Terpaksa back on basic ikut adat dan tak boleh over acting pulak nati orang tua marah. So korang sume tunggu lah nati Mr Bokbon update k~~~aigoooooo


I'm Single lahhhhhh~~~`Pinjam yer Pakcik Google hahahahhahahaha


SMK Raja Sakti Di Hati

Ehemmmm....buka2 hard disk tadi terbuka folder masa 1st teaching dulu2...rindu nyer zaman nie. Terutama all girl 4MPV1 (2010) SMK Raja Sakti, Kedai Lalat, Kota Bharu, Kelantan...


Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu

Darimu...
Kutemukan hidupku
Bagiku...
Kau lah cinta sejati

Ooh...

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Ooh...




Posing at Blok Akademik~~~



Our Class..4th level in Academic Block 


Alhamdulilah...Kami Juara Drama Musikal Komsas SMKRS :)

...Semoga puteri2 MPV Mr Bokbon cemerlang di luar sana, dan ingatlah kenangan bersama kita semua akan kekal terpahat buat selamanya~~~aigoooo





Sunday 22 January 2012

Gunung Kinabalu..Mr Bokbon mampu tak???

Wahhhh dah Ahad rupanya...bermakna malam nie makan besar bagi masyarakat Tionghoa sempena Tahun Baru Cina (CNY) yang akan disambut esok..Tahun nie tahun Naga Air...Patut pun semalam tak ada air kat Tawau rupanya Naga Air yang curi semua air nie...Hahahahahahahahahahaha. Alhamdulilah masalah air dekat Tawau dapat diselesaikan jua semalam, apa lagi Mr Bokbon terus berendam macam badak berendam lah kat dalam bilik mandi...Arghhhhhhhhhhhhhh segar!...So? apa plan korang cuti CNY nie...Apaaa? nak naik planet namekk? agak2 lah korang kalau nak berangan pun! Mr Bokbon lusa akan ke Kota Kinabalu~~ :)

...sebut Kota Kinabalu nie, kalau korang datang Sabah wajib tengok Gunung Kinabalu. Mr Bokbon 1st time tengok memang terpukauuu dengan keindahan simforni ciptaan Tuhan yang begitu indah di depan mata. Kalau nak mendaki tue kiranya credit lah dekat korang...Sebut pasal mendaki nie, tadi Tuan Presiden Kelab Staff sms kat telefon bimbit Mr Bokbon nak dapatkan confirmation sama ada nak join atau tak ekspedisi mendaki  Gunung Kinabalu anjuran Kelab Staff...Dalam kepala duk terpikir2 mampukah Mr Bokbon tawan Gunung Kinabalu...kena solat istiqarah dulu nie mintak petunjuk~ hahahahahahhaahhahaaha. Kata orang, kalau duduk kat sabah nie dan sebelum berlepas balik berkhidmat dekat semenanjung wajib tawan gunung kinabalu walaupun sekali...Adussss macam mana nie dah keliru nie. Dah lah stamina kurang nak pulak daki gunung kinabalu, macam mana nie!@#@#$43%4%...

...Macam mana nie korang???? Mr Bokbon dah lah Jun 2012 nie banyak event...tak join sayang pulak dah lah pakej dia murah. Tapi dan tapi bimbang takut tak mampu nak habiskan ekspedisi dah angkat bendera putih kat tengah2 jalan sapa nak jawabb....Dushhhhh lah Mr Bokbon nie kalau orang lain mampu buat kita pun mampu apa. Baru ANAK JATI KELATE  bawa semangat Tok Janggut, Tok Kenali, Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong naik ke atas kan....hahahahahahahahaahaha. Apapun tunggu lah  Mr Bokbon update nati k ;0


Haiii Kinabalu...mampu ker Mr Bokbon tawan ko nie~~~~Aigooooo



Saturday 21 January 2012

Sekolah Berasrama Penuh

Ehemmmm....arghhhhhhhhhhhhhhh i need water!! tak ada air lagi tension nyer nak mandi pun tak besttt...memang lah azab kalau tak ada air nie..sO, update blog lah kejap dah bosan sangat nie kan...Entry petang yang redupp ibarat duduk di bawah pohon cemara nie mari lah kita berkongsi hikayat dongeng!! Hahahahahahaha korang ingat Mr Bokbon nie Penglipur Lara lah nak berhikayat kan....huhuhuhuhuhu~~ Ok2x back on entry petang nie pasal SEKOLAH BERASRAMA PENUH

...aikkk kenapa dengan Sekolah Berasrama Penuh a.k.a SBP nie Mr Bokbon?? Dapat mengajar kat sana ker...hahahahahahahaahah korang nie agak2 lah Mr Bokbon nie suam2 kuku mana layak nak jadi Guru Bitara dekat SBP ni. Calang2 guru jer boleh lepas masuk SBP....Nie pasal tawaran kemasukan ke SBP untuk tahun 2012. Ramai jugak anak didik Mr Bokbon yang lucky dapat masuk SBP Alhamdulilah.....Ada dapat Sek Sains Lahad Datu, SESTER, Sek Sains Muar, Sek Sains Seri Puteri, Sekolah Sains Hulu Terengganu, Sek Sains Pokok Sena, Sekolah Sains Alam Shah dan segala mak datuk sekolah sains lah...Best tak agak2 nyer masuk SBP???Ermmmmm kalau korang tanya Mr Bokbon sah2 Mr Bokbon tak mampu nak jawab sebab Mr Bokbon sekolah kampung jer tak macam korang TKC lah, MCKK lah, Sains Kuala Selangor lah, Tun Fatimah lahhh memang ader classss kannn....

Tapi dan tapi kalau dapat masuk SBP nie memang banyak kelebihan lah. Nie Mr Bokbon story daripada pengalaman adik lelaki bongsu Mr Bokbon. Dia dapat tawaran lepas excellent PMR ke Sekolah Sains Kuala Terengganu atau singkatannya SESTER (Walaupun menangis tak nak pergi 1st kannn!!)...Masa tue dia sedang mabuk dengan Cinta Cimpanzi sebab tu tak nak ke SESTER. So kena paksa jugak lah dekat Mr Bokbon untuk terima tawaran ke sana. End of story terima jugak lah tawaran walaupun dalam keadaan terpaksa kan. Biasa lah duk kat rumah manja, pergi sekolah ada driver sendiri (Korangggg mampu???!! Mr Bokbon naik bus mini jer ke sekolah, dia ada driver oK~~). So, bila dia mula masuk SESTER banyak benda dia belajar terutama semangat juang perlu tinggi. Sebabnya SBP nie medan magnet terhebat sebab mereka yang datang daripada pelbagai latar belakang memiliki kecemerlangan tersendiri baik dalam Kurikulum dan Ko-Kurikulum...So belajar lah adik Mr Bokbon kat sana sampai lah SPM, sepanjang 2 tahun dia kat sana macam2 cter dia bagitahu macam mana nak uruskan diri, rindu dekat family (Penyakittt wajib dia!!), buat event besar-besaran tanpa bantuan guru2, program integrasi akademik ke sekolah2 sbp lain, hari kecemerlangan sbp, wakil sbp dalam acara memanah, jadi perwakilan pelajar, dan segala mak nenek lah. Boleh cakap memang aktif lah adik Mr Bokbon tak macam Mr Bokbon kelas add math pun skip kan....

...Belajar dekat SBP nie banyak faedah paling jelas bila dia masuk majlis rasmi memang cool lah dr segi berpakaian, cara makan, dan bercakap sebab mereka dah aplikasi benda nie masa dekat sekolah. Kemudian pendedahan program pengajian selepas SPM bukan calang2 sume terus ke oversea~~.Paling best bila kuar result SPM walau aktif macam mana sekali pun tetap unggul mempertahankan kecemerlangan dengan keputusan 9A+ adussssss makan apa lah gamaknya kannnn...tapi memang serius Mr Bokbon bagitahu pelajar SBP ada kelas yang tersendiri bila keluar ke lapangan kerja. Ex-SBP nie excellent dan cool tau bila membuat tindakan. Mr Bokbon tak lah kata kita sekolah kampung nie otak udang, kita pun excellent jugak kannnn~~Cuma di SBP nie persekitaran dia berbeza sedikit dengan sekolah harian dan suasana pembelajaran yang kondusif memberi ruang untuk mereka terus cemerlang....

...Ingat lagi bila keputusan SPM 2009 dia diumumkan, dijulang tinggi2 mereka yang dapat Straight A's. Bila sembang kat tel.."Ko dapat berapa???9A??" "Alah aku 9A 1B...missing bio" "Aku 8A, bi down" "alah as normal lah 9A jer pun" " Well tak payah tanya, aku macam biasa penuh"....Kemudian nak isi scholarship JPA ngan MARA pulak...best bila dengar dia orang sembang "Aku medic India" "Dia buat enjin dekat Jepun" "Mak aku suruh buat dentist kat UK jer" "Bapa aku suruh ke Moscow lah" "Aku ambik JPA kot" "Jumpa korang kat US lah nati"  Ermmmmm takut Mr Bokbon dengar. Tak main lah kalau nak further2 kat dalam Malaysia nie sume nak berlepas ke oversea sebab pemikiran mereka dah diasuh untuk membawa nama Malaysia gah di pentas dunia...


SBP oh SBP~~~ :)

...Buat students Mr Bokbon yang berjaya mendapat tawaran ke SBP gunakan peluang yang diberikan dengan sebaik mungkin kerana anda begitu bertuah mendapat peluang yang diberikan ini~~~~aigooooooooooo


Azab Tiada Air

Eheemmmmm....selamat pagi korang semua, hari nie sabtu rupa nyer kan. So, bermaksud dan bermakna "HoliDay" sempena Tahun Baru Cina kannn..Bagi yang pulang ke kampung bawa kereta elok2 jangan sesuka hati potong memotong...Kalau dah lama hidup tu tak kisah, tapi kalau ada baby yang kecik bersama ingatlah orang-orang tersayang yang menanti anda semua...Nak rush pun bertempat jugak kannn...Wahhhhhhhhh best nyer dapat balik kampung , tapi tak lah bagi Mr Bokbon :(

Ok back on entry hari nie... "Azab Tiada Air" nah kenapa pulak dengan air Mr Bokbon. Dah 2 hari satu Tawau tak ada air, kalau kat sini dia orang panggil "Mati Air Bha"...tak tahu kat mana bocor dan rosak nyer. Memang seksa lah cakap!! Dushh lah dekat pengurusan air kat sini. Nasib rumah Mr Bokbon hanya tinggal berdua sahaja, jadi stok air yang ada dalam tangki memang cukup untuk Mr Bokbon dan kawan serumah nie. Kalau nak berdobi kirim salam banyak-banyak. Memang double trouble lah isu air nie, kalau kat Tawau nie wajib lah dalam setahun akan mengalami fasa tak ada air untuk jangka masa panjang. Bila tak ada air nie banyak benda akan tergendala. Adusssssssssss time nie lah jugak dia nak baiki tu, nak baiki nie. Rasa geram jugak!! Sabar Mr Bokbon~~~Sabar tue kan separuh daripada iman!! :)

Tapi dan tapi kalau bab potong memotong air nie cepat pulak kan, kalau service air punya lah lambat. Patut nyer dia orang kena lah bertimbang rasa sikit dengan warga Tawau. Kena lah sediakan lori bergerak untuk kemudahan penduduk mendapatkan bekalan air. At least untuk minum dan kegunaan wajib termasuk nak "Terkucil" dan "Terberakkkk"!! Kalau ada stok simpanan air tak ada masalah. Nie kalau dah lah tak ada stok simpanan air, hujan pulak tak turun2 kan azab nama nyer 2. Kata orang tak ada elektrik lagi baik daripada tak ada air. Sebab air kan benda yang perlu dan wajib bersama2 kita setiap hari. So teruskan bersabar menanti kemunculan air ^_^ ~~~aigoooooo


Jommm buat demonstrasi jalanan...Kami nak hak kami....Air, Air, Air, Air, Air....hahahahahahahahahaha


P/S : Adik Mr Bokbon yang duk kat UM dah berjoget2 sms bagitahu dia dah sampai Kota Bharu...Tak apa, ada ubi ada batas!!



Friday 20 January 2012

Pilihan Keluarga

Waaaaaaaaaaaa! suka nyer esok dah mula holiday. Wahhh dalam kepala dah set nak melencong ke KK...ada di KK hanya di KK..Mr Bokbon nak berehat dekat Kundasang...Nati lah Mr Bokbon update pic2 menarik kat sana ok...Huhuhuhuhuhu

Kalau itu takdir ku! Ehh kenapa pulak Mr Bokbon.. Tak ada lah korang nie pasal Jodoh. Korang mesti banyak pengalaman cinta, mencintai dan dicintai kan..Alahhh macam lah Mr Bokbon tak tahu korang sume cinta beruk zaman2 sekolah, cinta cimpanzie zaman2 ipt dan cinta kera zaman2 keje kannn...Apa orang kata "Pen Merah, Pen Biru, U marah, I love U" apa kejadah lah pantun 2 kann...Tapi pernah tak korang pikirkan kalau anak bujang yang pemalu atau tak ada masa nak bercinta sibuk memanjang dan kalau bercinta mesti gagal kena rujuk family jugak cari jodoh...Mesti ramai yang tergelakkk bila kata anak bujang tak pandai nak bercinta kan...memang senario ini terjadi dan mungkin salah satu sebabnya macam Mr Bokbon bagitahu sama ada malu atau tak ada masa untuk feel in love. So, last choice adalah pilihan keluarga.

Wahhhhh2x Mr Bokbon macam ada pengalaman ajer nie...Hahahahahhahaa kalau ada pengalaman apa salah nyer. Kalau dah budi bahasa ok, keje pulak doctor dan credit lah kalau si gadis tu cun kannn..sapa tak nak kan!! Kadang2 bila tengok daripada satu sudut berbeza pilihan family nie ada baiknya sebab kalau fikirkan akal logik, mak bapak mana nak tengok anak dia sengsara so mesti dia orang akan pilih calon menantu yang terbaik punya...Kalau nak couple2 ni bukan nyer salah tapi risiko ohh risiko terutama macam Mr Bokbon nie lah yang duk jauh. Kita bukan main setia dengan dia last2 duk main ngan jantan lain kat belakang~~memang dushhh lah kalau dapat girl macam nie, depan kita pijak semut tak mati belakang dia lah heroin malaya...Fulamakkkk hot siottt!


Akhirnya Aku Kawen~~~

...Kalau pilihan keluarga nie rasanya tak ada masalah untuk feel kot. Sebab bagi Mr Bokbon "Bercinta lepas kawen is the best part" daripada bercinta berkurun lamanya last2 putus di tengah jalan. Mr Bokbon perhatikan kalau kawan2 Mr Bokbon yang making in love sejak bangku sekolah yang feeling kau bulan aku bintang memang out standing semua lah. Last si minah kawen dengan orang lain, si mamat kawen ngan orang lain. Bercinta zaman belajar bukan main tak ingat dunia kan. So, tak salah pun kalau yang datang depan mata kita adalah pilihan keluarga. Alahhh kalau semua pakej lengkap rasa suka,sayang,mesra dan seangkatan dengan nyer boleh dipupuk tak ada masalah punyer lah. Memang lah rasa tak adil untuk kita tidak diberi peluang memahat cinta kita sendiri. Tapi kalau dah feeling in love asyik trouble sampaikan saat nak bertunang pun boleh putus dengan alasan tak logik akal baik lah terima seadaanya. Kita berdoa mohon Allah S.W.T berikan kita kekuatan untuk jadi suami/isteri yang excellent dunia dan akhirat~~ :).

...Bagi Mr Bokbon secara peribadi, kalau lah mak abah Mr Bokbon nak carikan calon, Mr Bokbon akan diikutkan sahaja. Biarlah dia orang tentukan untuk kita!!! Kenapa pulak Mr Bokbon? Bagi Mr Bokbon kalau mak abah yang pilih confirm dia orang dah tahu itu yang terbaik buat kita dan selama nie kita dibesarkan oleh mereka dengan didikan sampai kita berjaya apa salahnya untuk kali nie kita dengar kata mereka kan..Tak lah 100% Mr Bokbon kata kita wajib ikut pilihan keluarga, kita pun ada hak asasi jugak untuk disayangi dan menyayangi antara satu sama lain kan...Mana lah tahu kot2 kita feeling dengan ustazah dekat Tawau nie ker sapa tahu, kat kampung mak abah dah sibuk carikan calon kan. So ada positif dan negatif lah...Mr Bokbon pernah jugak dijodohkan dengan beberapa anak gadis pilihan keluarga tapi serius cakap Mr Bokbon adalah jejaka yang susah untuk mencari cinta sejati....cewahhhhhh jiwang dah! ehh kita kan ada hak asasi sebagai rakyat Malaysia so kita ada hak untuk memilih. Kawen nie bukan macam main pondok2 zaman kanak-kanak kita nak guna untuk jangka masa panjang. Lagi satu bukan kita tak ada pelajaran atau  keje, mesti lah kita nak cari pasangan yang sesuai dengan kita. Tapi kalau dapat pasangan kita yang tak keje tak ada masalah sebab itu dah tertulis ketentuan Ilahi buat kita...so kita terima sahaja ^_^

...So korang pilihan keluarga ada baik dan ada buruknya terpulang kepada korang untuk menilainya, bagi Mr Bokbon yang sentiasa sibuk memanjang tak ada masa nak uruskan pasal jiwang2 karat feeling in love 24h/7d nie serahkan sepenuhnya kepada mak abah kat kampung. So anak2 dara yang rasa nak jadi calon isteri anak bujang penghulu Kampung Tok Sadang pergi ambik borang isi. Nati ada sesi intiview dah lepas ujian bertulis dan temuduga apa lagi "AKHIRNYA AKU KAWEN!" jawab nya...hahahahahahaahahahaha~ adusss biol dah Mr Bokbon nie. So doctor pun doctor lah kalau sakit boleh rawat Mr Bokbon kan. Aigoooo~~


Seharum Lavender~~~



Eksperimen Zaman Kanak-Kanak

Ehemmm...salam Jumaat penuh keberkatan..Penghulu segala hari dan hari yang penuh dengan sejuta pengertian. Mr Bokbon baru lepas solat Jumaat dengan tenang sekali hari nie. Itulah nikmatnya bila solat berjemaah ketenangan kita perolehi. Tadi juga berlangsungnya solat hajat untuk dua orang rakan Mr Bokbon. Kes pertama akak nie disahkan mengidap penyakit Tibi Tulang dan Kes kedua anak akak nie dijangkiti kuman pada paru-paru nyer...Mr Bokbon doakan semoga kedua-dua akak nie tabah menghadapi ujian dan dugaan yang diberikan oleh Allah s.w.t...amin~~

Ok back on stage kita...korang pernah buat tak eksperimen zaman kanak-kanak korang. Kalau tak pernah buat memang malang betul lah nasib korang...hehehehehehehehehehe...tak kan korang tak pernah buat belon dengan batang betik, atau jadikan kuali mak korang sebagai sampan...Hahahahahahahhaaha...Tak pun cucuk pepatung dengan batang lalang kemudian lepaskan terbang untuk tengok keseimbangan badan pepatung sama ada boleh bertahan atau tak...huhuhuhuhuhu. Tu lah untungnya zaman kanak-kanak dan paling best bila ada geng2 biol seangkatan dengan kita kan. Pagi tadi Mr Bokbon terbuka page group Mr Bokbon iaitu Group Geng UMT dulu so ternampak post unik BFF Mr Bokbon iaitu Cik Viey...Dalam post tu Cik Viey ada senaraikan eksperimen yang pernah dilakukan zaman kanak-kanak..Agak2 apa senarainya kan...Jom teliti senarainya kat bawah nie, mana lah tahu korang pernah buat kannn....

Adakah semasa kecil dahulu anda pernah buat perkara-perkara berikut?

1. Buka kipas meja, cakap dengan kipas sebab hendak dengar suara bertukar....

2. Naik kereta, tengok bulan dan ingat bulan ikut kita...

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari "handle", rasa hebat...

4. Masa sekolah, ada orang bagi Milo percuma, lepas ambil sekali, menyamar menjadi orang lain, beratur ambil air lagi...

5. Lukis burung guna huruf M...

6. Lukis matahari di penjuri atas kertas lukisan dan antara bukit...

7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam nie-->

8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab hendak tengok bila lampu peti ais padam

9. Kalau tidak siap kerja sekolah sengaja tinggalkan buku latihan di rumah



Jangan tunjuk pelangi...nati putus jari~~~aigoooo


Thursday 19 January 2012

Anugerah Kepujian Dekan :)

"...Setelah sekian lamanya, menuntut dan berusaha...Kini aku melangkah dengan penuh gembira, membanggakan keluarga... Berkat doa ibu bapa, jua tenaga pengajar...Kini, aku berjaya mencapai matlamatnya menjadi insan mulia ohhhhhh!!! Ibu...hari ini ku buktikan, segala pengorbananmu tidak ku persiakan.. Ayah...kau pembakar semangat ku menempuhi segalanya~~~"

Ehemmmmmm dah kenapa Mr Bokbon berpuisi pujangga pulak...Hahahahahahaha tak ada lah korang nie back review balik kenangan lama semasa study dekat UMT dulu. 3 tahun dekat UMT memang enjoy sangat2 dan Mr Bokbon tak sabar untuk pulang ke UMT bulan Mei nati. Dalam banyak2 kenangan, paling best adalah setiap semester bila berjaya merangkul Anugerah Kepujian Dekan atau Dean List. Anugerah ini diberikan kepada pelajar yang mencapai CGPA semester 3.50 dan ke atas...Bukan susah pun kalau nak dapat 3.50++ syaratnya korang kena lah usaha, sebab usaha itu kan tangga kejayaan. Tak akan dapatnya Dean List kalau tak usaha. Dean List adalah anugerah kebanggaan semua para pelajar. Kiranya sapa yang Dean List nie orang pandang lain lah..."Fulamakkkkkkk hebat ko dean list 2"...Hahahahahahahahahaahaha

Tapi dan tapi Mr Bokbon suka bila dapat Dean List sebab dapat makan free. Hahahahahaahahahaa...bestt korang kalau duk dalam Dean List nie memang diraikan lah. Paling seronok dan hepi bila anugerah yang kita perolehi dirasai bersama2 teman2 rapat kita. Gosip tetap gosip dalam dewan kuliah, ponteng tetap ponteng kuliah tapi bab study bantai habis, baru lah dipanggil teman sehidup semati. Huhuhuhuhuhuhu. Zaman Mr Bokbon study memang susah lah nak dapat Dean List, kena study giler2 lah kalau nak dapat keputusan terbaik. Jawabnya kena konsisten lah study sebab nak maintain pointer untuk dapat keje yang bestttt kannn...


Dean List~~aigoooo

Kalau ikutkan Dean List memang lah tak ada apa2 sebab penilaian semasa intiview kerja dia orang nak tengok kemahiran komunikasi kita. Kiranya pointer tinggi nie sebagai sokongan. Walaupun result korang gempak. 1st Class masa konvo tapi kalau korang tak dapat berkomunikasi dengan baik memang out jugak. Kiranya kena seimbang lah antara komunikasi dengan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik. Pokok dan daunnya semua kena berusaha untuk cemerlang lah...Tu lah bila masuk universiti nie gunakan peluang sebaiknya. Kumpul CGPA yang power2, dapat dean list dan buru cita2 kita. Nie tak masuk jer universiti dah mula berpacaran+couple+skandal sana sini, result suam2 kuku kaki. Kemudian nak salahkan takdir. Dah time orang duk study tahap gaban ko duk jiwang karat kat kedai roti canai tak pun kat Teluk Ketapang mana nak nyer dapat 3.5++...Apapun berada kat universiti memang enjoy kalau kita memilih lalaun yang benar dan akan sesat kalau kita rasakan dunia ini milik kita bersama~~~aigooooo

P/S : Mr Bokbon rindu  nak makan free bersama2 Dekan FPE :)


Spontaneous Thursday #3


Coin Always Make Sound But The Currency Not Are Always Silent. So When Your Values Increases Keep Yourself Calm and Silent...

~ Shakespeare ^_^

Tuesday 17 January 2012

Mr Bokbon Bukan Doctor~

Ehemmmmm...penat nyer hari nie, kepenatan terlampau sampai nak tido pun tak terlelap. So update entry lah dulu..Mana tak penat kuliah hari nie 2 period sajoww tapi keje kat atas meja bertimbun untuk disiapkan. Jam 12 t/hari ada meting pengurusan pulak. So, lepas kuliah tadi rehat kejap dekat kerusi...ermmmm terasa cool sikit bila dapat rehat setelah penat melontar vokal dalam kelas tadi...tiba-tiba muncul dua orang pelajar Mr Bokbon..."Cikgu...Si K***** sakit gigi" adussss kena take case pulak nie..sebab minggu nie giliran Mr Bokbon bertugas...

Tengok jam kat tangan 8.25am, takwin pengurusan perwakilan pelajar belum dibereskan lagi. So, run way sekejap ke bilik kesihatan sebab kat sana ada nurse gigi yang memang bertugas minggu nie. Bila di chek dia orang tak berani nak buat rawatan, sebab perlu rujuk dentist jugak ada bahagian gusi dah membengkak so kena ambik antibiotik jugak..Adusssss kena berlari ke Hospital Tawau lah jawabnya..Jam 9.30am segala urusan dokumen untuk bawa keluar pelajar Mr Bokbon selesai, bersama2 dengan ibu kesayangan Mr Bokbon kami pecuttt lah ke Hospital Tawau!!

Sampai dekat hospital terus catwalk ke klinik pergigian yang terletak dekat tingkat 2 atas Jabatan Farmasi.. oK lah selesai mendaftar dan Mr Bokbon tinggalkan pelajar Mr Bokbon untuk menunggu giliran bagi mendapatkan rawatan...Semasa turun, dekat Jabatan Pesakit Luar kalau tak silap kedengaran orang menjerit.."Doctor..doctor tunggu sekejap..." seorang perempuan dengan fail merah di belakang Mr Bokbon.."Doctor macam mana keadaan anak saya bha???"...erkkkkkkk macam mana nie? "Saya bukan Doctor kak, saya Cikgu!!"...lalu perempuan tu menjawab "Mana boleh Cikgu, tadi doctor yang memeriksa anak saya..Kalau doctor nie cikgu mesti kat sekolah bha"...Mati lah ko Mr Bokbon,  kakak nie dah tertukar orang gamaknya..."Betul kak, saya Cikgu dekat SMK *****, buat apa saya nak tipu kakak"...dia memang tak puas hati, sampai ada seorang staffnurse lalu dan terangkan dekat dia baru dia percaya...Hahahahahahahahahahaha lawak sungguh lah kakak tu.


 Born to be a Doctor..Dr Bokbon~~`

Dalam perjalanan balik mula berangan...rupa2 nyer ada gaya jugak Mr Bokbon nie jadi Doctor, hahahahahaahahaha...tapi yang pelik macam mana kakak tu boleh terpikir yang Mr Bokbon nie Doctor. Adakah doctor yang chek anak dia bergaya macam Mr Bokbon, berkemeja ungu violet hari nie (Dahhhhh mula berangan dah!! dushhhh~) atau kakak tu rabun agaknya tak boleh nak bezakan doctor dengan orang awam. Hahahhahahahahahaha! tu lah Mr Bokbon orang suruh belajar gler2 boleh buat medic tak dengar. Ponteng lagi kelas biology, tido lagi kelas kimia dan boikot lagi kelas Add Math nie lah jadinya...hahahahahahahaha...alah doctor ker, cikgu ker, pilot ker, engineer ker janji keje dan kita iklas melaksanakan tugas yang diberikan untuk kita...so tak payah nak merungut2 lagi kan...aigooooo~~~ 


Monday 16 January 2012

Alamak Baju Sama~

Ehemmmm penatnya hari nie, nak tido petang pun tak sempat..Amacam keje dan study korang? terbaik ker tidak???Kalau tak terbaikkk kena keje keras lagi untuk lakukan yang terbaikk..So, petang tadi lepas habis waktu kerja Mr Bokbon berkejaran ke bandar Tawau kejap untuk menguruskan dokumen kelahiran Cik Puteh...ermmmm sapa pulak Cik Puteh ni Mr Bokbon? awekkk erkkk? tak ada lah nati lah Mr Bokbon update dekat korang siapakah gerangan Cik Puteh...yang pasti Cik Puteh memang cun lah...Hahahahahahahahaha~~~

Sedang Mr Bokbon duk kalut nak selesaikan dokumen Cik Puteh dengan person yang in-charge tengok kat luar ada seorang anak muda lalu depan premis tempat Mr Bokbon berurusan....Ohhhhhhhhhhhhhhhh tidakkkkkk!! kenapa pulak Mr Bokbon?? Ermmm korang tahu dia pakai baju Diesel World Loss sama macam Mr Bokbon beli kat Midvelly hari tu. Kenapa lah mamat nie pakai baju sama macam Mr Bokbon pulak...adusssss bikin trouble sungguh lah. Nasib Mr Bokbon tak keluar lagi time tu, kalau tak sah sama2 tengok dan tersengih kann..Lepas nie baju Diesel World Loss tak akan keluar rumah dah. Masuk gerabak jer lah...Hahhahaahahahaha nie lah perangai Mr Bokbon kalau tengok ada somebody yang pakai baju sama macam Mr Bokbon hatta hanya sekali jer Mr Bokbon pakai ianya tidak akan dipakai lagi dah...Hahahhahahhahahaa...nak buat macam mana T-Shirt Diesel kan dicipta untuk Mr Bokbon ajer kannn...


 Kita serumpun~~~aigooo

Bukan Mr Bokbon tak suka orang lain sama macam baju Mr Bokbon tapi arghhhhhhhhhhh in same time dia pakai baju macam kita ohhhh tidakkk pakai lah hari lain. Esok ker? tak pun lusa, kan tak bertembun!! Dushh sungguh lah mamat tu. Tapi Mr Bokbon rilex and cool ajer lah, dalam kepala duk pikir dah...lepas nie masuk almari dah ko wahai baju Diesel...hahahhahahahahaa, tak apa lah janji segala dokumen untuk Cik Puteh dah selamat diproses dan terasa nak menangis atas kelahiran Cik Puteh...oK korang blahh dulu esok dah nak keje so tak boleh membuta lewatt2x kan ada yang punch esok lewatt..~~~aigoooooo :)

Sunday 15 January 2012

Ya Allah...Putus jua :(

Apa ada dengan CINTA? Pelbagai persoalan, terjemahan, manipulasi dan huraian tentang CINTA ditonjolkan 24h/7d. Kata orang bila kita dilamun cinta, kita rasakan dunia ini kita yang punya. Tapi kalau dah putus cinta aduhhhhh down tahap gaban. Nak study pun malas, apa lagi nak keje. Bahkan ada sesetengah kes sampai boleh membawa kepada kemurungan. Wowwwww bahaya tu sampai macam tu kan. Korang jangan jadi biol sebab cinta pulakkk...

Ehhh kenapa tiba2 Mr Bokbon bercerita tentang cinta dan putus cinta??? Ermmmmm Mr Bokbon broken heart erkkk??? Hahahahahaha tak ada lah korang nie cerita seorang teman baik Mr Bokbon. Kesian jugak dengan kisah cinta dia. Dia nie terlampau simple kot dalam cinta sebab tu lah cinta dia 4 kali di tolak mentah2 oleh insan bernama WANITA...kesian pulak Mr Bokbon tengok dia, nak kata tak ensem ada rupa jugak, nak kata tak ada kerja....ermmmm dia penjawat awam dan nak kata daripada keturunan yang tak elok, rasanya tak kot sebab keluarga dia sangat dihormati di segenap kampung dia.Tapi apa masalah sebenar dia??? Menurut kawan Mr Bokbon kebanyakkan kes2 yang menyebabkan ianya putus adalah sikap kawan Mr Bokbon yang sambil lewa dengan pasangan dia. Perempuan nie kan cukup sensetif, kalau tak sms mula lah merajuk, kalau tak jadi dating mula tarik muncung dan kalau lebih masa bersama kawan2 mula lah ada perasaan jelessss~~~

 Perginya CINTA life must go on~~aigoooo

Tapi bercinta untuk kali keempat nie lah yang Mr Bokbon sedih. Mereka hampir disatukan dan akan menamatkan zaman bujang masing2 tahun nie jua. Tapi entah macam mana angin tak ada, ribut pun tak ada si perempuan mintak putus...Kalau korang mesti terkesima dengan berita tu kannn...Empunya badan pun lagi lah. Menurut kawan Mr Bokbon alasan teman wanita dia nak minta putus sebab si perempuan merasakan dia tak sama taraf dengan kawan Mr Bokbon. Si perempuan nie keje biasa saja dan bukan daripada keluarga berada dan kawan Mr Bokbon sanggup untuk menunggu dia. Walau dia tahu dia pernah bergaduh dengan seisi keluarga dia untuk mempertahankan cinta dia pada si perempuan nie...Cewahhhhhh macam kuch kuch hotta hei dah pulak kannn...Tapi itulah nama nyer cinta, memerlukan pengorbanan dan kesetiaan. Si perempuan merasakan kekurangan diri dia sebagai penghalang cinta mereka. Sedangkan kawan Mr Bokbon tak pernah pandang harta atau darjat. Memang Mr Bokbon kagum dengan sikap sederhana dia, tapi yang pelik si perempuan tetap dengan keputusan dia untuk mengundurkan diri. Macam romeo dan juliet pun ada kisah mereka nie. Tapi itulah katanya cinta, hadir tanpa diundang dan pergi tanpa dipaksa...

Semalam kawan Mr Bokbon bagitahu yang dia menerima segala keputusan daripada si perempuan tersebut kerana merasakan itu adalah yang terbaik buat si perempuan itu. Sedangkan Mr Bokbon tahu dia cukup sayang akan bakal tunang dia...sehinggakan dia pernah bercerita dengan Mr Bokbon dia sanggup tidak travel ikut kawan2 dia semata2 untuk kumpul duit dan masuk pinang si perempuan nie. Kalau tak silap Mr Bokbon Jun nie mereka akan melangsungkan Majlis Pertunangan dan hujung tahun nie akan Kahwin... Mr Bokbon naik hairan apa yang tak kenal dengan kawan Mr Bokbon, nak kata dia buaya jauh sekali...nak kata smoking langsung lah tidak...nak kata kurang ajar dengan mak bapa, adik beradik dan kawan2 jauh sekali sebab dia 24 jam senyum dan tak pernah nak buat orang lain marah..Tapi bila dia putuskan untuk melanjutkan pengajiannya ke Auckland,NZ Mr Bokbon sangat terkejut sebab itu adalah keputusan di luar jangkaan yang dia lakukan. Hebatkan kuasa perempuan merebahkan semangat anak teruna. Apa yang Mr Bokbon kagum dengan kawan Mr Bokbon nie walaupun dia diuji sebegini teruk, tak pernah dia sesali mengenali perempuan itu dan seisi keluarga nyer..Tak ada rasa marah atau dendam yang tersimpan di dalam diri dia....

Kuasa cinta mengatasi segalanya...Buat Mr.Bucuk, Mr Bokbon mengaharapkan moga tenang menghadapi ujian yang diberikan ini. Masih ramai insan yang menyayangi diri Mr Bucuk..Bebaskanlah dia pergi kalau itu yang dia inginkan. Semoga Mr Bucuk berjaya mengejar cita2 genggam Ph.D yang Mr Bucuk idamkan sebelum ini. Percayalah tuhan tak akan menzalimi umatnya, anggap nie ini adalah ujian sebelum diketemukan dengan seorang wanita akan menjaga Mr Bucuk dunia dan akhirat. Mr Bucuk kalau dah ke Auckland jangan lupa Mr Bokbon kat Malaysia....ermmmmmm sedihhnya Mr Bucuk akan fly ke Auckland....Semoga si perempuan yang meruntuhkan sebuah ikatan suci diberkati di dunia dan akhirat...aigooooo~~~`
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...