Tuesday 3 January 2012

Nur Amalina Che Bakri : Tewas atau Transformasi?

Ehemmmm...Bangun2 lepas subuh tadi kesejukkan yang teramat sangat Mr Bokbon layan "TUNAS" credit dekat Hlovate~~memang tak pernah menghampakan peminat dia dengan karya agong nyer itu. Emmmmm semalam sebelum tido Mr Bokbon sempat jenguk muka buku Mr Bokbon sekejap, kecoh teman-teman muka buku Mr Bokbon memperkatakan dan berhujah tentang pelajar pintar negara iaitu "Nur Amalina Che Bakri". Sapa pulak lah minah nie? Hahahahahahahhahaa nie bukan Avril Lavigne yang populor dengan lagu "Happy Ending" lah korang. Nur Amalina adalah pelajar cemerlang SPM 2004 dengan skor 17A1 (Perghhhhhh grand bangat!!)

So, semalam Mr Bokbon terbaca yang Nur Amalina dah semakin liar di bumi UK. Emmmmm hari tu kecoh tentang status dia yang dibuang pengajian nyer. Hari nie di awal tahun 2012 muncul pula synopsis cerita kesosialannya bersama teman-temannya. Mr Bokbon pun tak tahu nak kata apa sebab ianya melibatkan maruah diri seseorang. Rata-rata Mr Bokbon tengok rakyat Malaysia dah judge dia gadis liar dan segala mak nenek komen lah. Persoalan Mr Bokbon betul ker Nur Amalina seprti yang disebarkan dalam internet?. Kalau betul itu adalah dia bagi Mr Bokbon apa hak kita untuk mengatakan yang dia itu jahil,liar,lupa daratan dan sebagainya. Mungkin ada sebab kenapa dia melakukan semua ini. Fasa umur Nur Amalina yang memasuki usia 25 tahun pada tahun ini cukup2 menguji kesabaran dan ketahanan mental dia di bumi UK. Kita tak tahu mungkin dia mengalami tekanan, desakan persekitaran, pengaruh rakan seusia, atau kurangnya bimbingan kerohanian di sana.

Puteri SPM 17A1 Malaysia 2004

Tapi apa yang Mr Bokbon risau kan adalah kenyataan photo yang tersebar itu adalah palsu semata-mata. Keadaan ini sudah pasti akan memberikan tekanan yang hebat kepada Nur Amalina dan keluarganya. Apa yang Mr Bokbon perhatikan rakyat Malaysia secara dasarnya suka judge individu itu dengan cepat tanpa memikirkan daripada pelbagai sudut dan dimensi. Jangan jadi "Meludah Ke Langit terkena kat dahi sendiri". Bukan main komen yang negatif pasal Nur Amalina kesian pulak Mr Bokbon baca. Kita nak hukum kalau diri kita sempurna tak apa..Tapi kalau kita dan kerabat kita pun jalan tak betul baik lah kita fikirkan sejenak kenapa ianya berlaku dan kita doakan semoga NUR akan diberikan kepada Nur Amalina untuk kembali seperti sedia kala.

Hidup di oversea adalah sesuatu yang mencabar. Cerita teman-teman Mr Bokbon yang belajar kat sana memang rata-rata mengatakan kalau tak pandai sesuaikan diri memang kita akan kecundang. Ermmmmmm seks bebas, party liar, ketagihan alkohol, judi, dan pelbagai coretan gejala tidak sihat umpama mainan setiap hari. Tapi itu semua bergantung kepada diri individu. Allah S.W.T telah kurniakan kita akal yang waras untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk untuk diri kita. Buat Nur Amalina Che Bakri, puteri cemerlang SPM 2004 Mr Bokbon harapkan kenyataan yang disebarkan adalah palsu kerana Mr Bokbon percaya anda adalah SRIKANDI negara. Jadi buktikan bahawa semua itu adalah rekaan semata2 dan sekiranya ianya benar Mr Bokbon doakan Nur Amalina kembali ke pangkal jalan. InsyaAllah~~~aigoooo

1 comment:

MSJ said...

Bagus doa awak, betul betul dia dapat anugerah srikandi negara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...