Saturday 7 January 2012

Basuh Baju...Basuh...Basuh Baju...

Ehemmmmmm...eh dah Sabtu rupa2 nyer, patut lah lepas subuh tadi sambung membuta balik. Biasa lah korang dengan mode yang tak berapa nak sihat Mr Bokbon sambung lah sesi membuta. Nak masuk office pagi nie pun rasa tak larat sangat2. (Ermmmmmm rindu kat sapa nie Mr Bokbon???) hahahahhahahahaha banyak lah korang nie kan. Tak ada lah semalam memang suhu badan Mr Bokbon naik secara mendadak dan nasib baik dah lega sikit pagi nie. Kalau makan pun deria rasa pun tak dapat berfungsi menterjemahkan segala rasa. Biasalah perubahan cuaca~~~

So, pagi2 dah siapkan keje "Basuh Oh Basuh Baju". Ambik ko dah bertimbun baju kat dalam baldi, macam Gunung Kinabalu Mr Bokbon rasakan... Dengan baju keje, seluar keje, kain pelikat, t-shirt dan segala mak nenek pakaian. Baru seminggu, dah bertimbun macam bukit...Mr Bokbon oh Mr Bokbon!! Kat rumah Mr Bokbon nie mana ada mesin basuh macam rumah korang. Kami nie anak teruna yang memang orthodox dengan skill2 lama iaitu basuh dengan tangan sudahhhhh~~ Kalau kat kampung, main campak2 jer kat mesin, kat sini sorry to say lah guna 10 jari jemari untuk membasuhnya. 

Baru stylo basuh baju macam nie :)

Lagi satu, kalau kat kampung tak apa ada orang yang akan buat semua nie. Keje Mr Bokbon hadap TV,Laktop, ronda kampung, snap pic dan segala mak datuk aktiviti tanpa sedar tengok2 baju dah siap dibasuh...Sayanggggg mak Mr Bokbon!! Anak teruna dia dah tua bangka pun dia pungutkan baju dan masukkan dalam mesin. Kadang2 mak Mr Bokbon hangin jugak dengan segala pakaian Mr Bokbon yang bertaburan, huhuhuhuhuhuhuhu kata mak Mr Bokbon "Macam mana ko nak kawen kalau pakaian pun satu kat atas, satu bawah katil, satu kat dinding...." baru padam muka kena ceramah kannn...Tapi kalau duk rumah sewa nie memang Mr Bokbon uruskan semua, sambil basuh baju boleh lah menyalak lagu "Kau Aku~~Aizat" tak pun lagu "Cinta Muka Buku~~~Najwa Latiff" hahahahahahhahahaa.

Sebenarnya basuh dengan tangan nie terjamin kebersihan baju kita, segala kotoran yang melekat memang dapat kita buangkan. Kalau dengan mesin basuh memang akan hadapi masalah tinggalan kotoran yang masih melekat terutama melibatkan fabrik berwarna cerah seperti Puteh...So, kalau basuh dengan tangan memang kita boleh sental kan semua kekotoran yang wujud itu dengan sempurna. aigoooo~~~

2 comments:

Cik Pulau said...

abe mat... baju2 terpilih jah basuh gno tange.. wat lain.. mesin sudahhh..hahhaa

bokbonputeh said...

Cik Pulau...kita orang aplikasikan senaman tangan time basuh baju...basuh siap basuh, tangan pun gagah...hahahahahahahaa....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...