Sunday 29 January 2012

Travel CNY 2012

Ehemmmm....rindu bangat dengan blog kesayangan Mr Bokbon nie..Korang apa cter cuti Tahun Baru Cina nie, sori sangat2 sebab dah lama tak update blog. Bukan menyepi tapi biasalah kalau dah cuti nie panjanglah langkahnya. Hahahahahahhahaa biasalah kan, time nie lah nak lepaskan stress (Walaupun tak stress kan!!). Sebenarnya Mr Bokbon dengan member2 telah menjelajah separuh daripda keseluruhan negeri Sabah "Land Below The Wind" sempena cuti Tahun Baru Cina...Jommmm kongsi pengalaman menarik Mr Bokbon~~~

25hb Jan 2012
oK kita start ber-story dan ber-hikayat...Tapi tak lah dongeng sebab memang kejadian ini berlaku. Hahahaha...Cuti Tahun Baru Cina Mr Bokbon dapat seminggu dalam kepala duk terpikir-pikir nak ke mana, nak balik semenanjung memang tak berbaloi langsung sebab Mr Bokbon kena uruskan dokumen untuk  pengesahan masuk perkhidmatan nak tak nak memang kena turun Kota Kinabalu. Bersama Man teman rapat Mr Bokbon yang sama-sama menggila kami turun ke Kota Kinabalu untuk berurusan di Rumah Persekutuan. Kami gerak malam 25hb dengan menggunakan kemudahan Bus Tung Ma. So far, ok lah rate dia RM50 untuk  trip dari Tawau ke KK. Sengaja kami memilih untuk naik bus sebab kalau naik flite memang tak terasa kenikmatan travel. Kami tiba awal dekat station bus Inanam sekitar jam 4.30 pagi menghampiri jam 5 pagi. So lepak kat kedai mamak dulu sebab Man nak online. Nak chek in hotel memang lambat lagi jam 10 pagi. Lepak punya lepak kami gerak ke Switz Paradise Hotel yang terletak dekat Jalan Api-api berhampiran dengan Center Point dan Waterfront KK yang memang nice sangat2. Rate hotel kami pilih tak lah mahal sekitar RM81 per nite dengan biliknya yang cukup2 selesa korang tak akan menyesal lah....

26hb Jan 2012
...bila dah hilangkan penat setelah membuta 2-3 jam siap bermimpi lagi, kami mula bersiap untuk ke Rumah Persekutuan. Jam 2 pm kami dah gerak ke Rumah Persekutuan menguruskan dokumen yang diperlukan oleh Unit Penjawatan JPN. Alhamdulilah semua dokumen selamat kami terima daripada JPN Sabah (Credit dekat staff Unit Perkhidmatan yang memang terbaikkk punya layanan dekat cikgu2 muda..hahahahahahhaha). Selesai urusan di rumah persekutuan Mr Bokbon dan Man mula menjelajah Kota Kinabalu sementara menanti kemunculan Mie, Mad dan Lan yang akan tiba dari Lawas, Sarawak. So kami mulakan perjalanan petang tu dengan snap pic dekat area Waterfront KK yang memang terbaikkk lah punya. Sebelum nie kalau turun KK tak sempat pun nak snap pic area nie. Lepas snap pic dekat waterfront kami gerak pulak ke Pasar Filipin. Korang kalau datang KK wajib tau ke Pasar Filipin. Kenapa dipanggil pasar filipin? menurut Man pasar nie dipanggil pasar filipin sebab kebanyakkan komuniti dia petah berbahasa Tagalog iaitu rumpun bahasa dari Filipina. Mr Bokbon saja nak ke sana sebab nak snap pic dan nak cari beg galas yang diperbuat daripada kain, kebetulan nak beli mutiara dekat my bonda tersayang :)

...Kami sampai dekat pasar filipin memang nasib2 sebab time tue hujan turun dengan lebat lah. So, apa lagi mula lah menggila dengan snap pic kemudian shopa oh shopa lah. Rasanya sume benda Mr Bokbon nak beli dengan harga yang diberikan jauh lebih murah daripada normal rate membuatkan Mr Bokbon dah blurr kat situ. Tapi dan tapi Mr Bokbon belajar satu benda yang menarik semasa kat Pasar Filipin iaitu macam mana untuk membezakan mutiara air masin dengan mutiara air tawar. Memang lain sangat2 dia punya saiz antara mutiara air masin dengan mutiara air tawar. So, korang kalau nak shopa mutiara hati2 dengan penjual mutiara sebab mungkin risiko korang akan ditipu agak tinggi. Kalau mutiara air masin agak mahal jika dibandingkan dengan mutiara air tawar berdasarkan saiz dan ketahannya untuk kekal lama. Mr Bokbon sempat lah beli rantai mutiara buat kakak ngan adik Mr Bokbon, kemudian my Bonda Mr Bokbon beli yang tak diikat lagi. Harganya RM20 untuk sebiji, so my Bonda boleh lah buat rantai atau cincin kannn..Memang enjoy lah perjalanan untuk hari pertama dekat KK nie. Memang tak puas nak shopa kat pasar filipin. :)

27hb Jan 2012
...pagi2 lagi Mr Bokbon dan Man dah bersiap sebab pagi nie kami akan bergerak ke Kudat bersama-sama Mie, Mad dan Lan. So lepas chek out daripada Hotel kami memulakan perjalanan ke Kudat sebab ada misi yang menarik perlu diselesaikan dekat sana...Misi apa Mr Bokbon? Hahahahahhahahahaa melihat pertemuan Laut China Selatan dengan Laut Sulu yang diberi nama The Tip Of Borneo, Tanjung Simpang Mengayau, Kudat. Kiranya titik pertemuan dua gergasi laut lah nie...Perjalanan ke Kudat mengambil masa sekitar 3 jam dengan pemandangan yang cukup2 wowwww lah korang..

Dalam perjalanan ke Kudat korang akan melalui Kota Belud, kiranya 1st time jugak lah Mr Bokbon sampai kat Kota Belud yang terkenal dengan jolokan Cowboy Borneo. Apa yang membuatkan Mr Bokbon melompat2 macam kera dapat bunga dekat Kota Belud nie bila dapat snap pic sawah bendang yang memang lawa sangat2 dan yang paling best dapat snap pic mount kinabalu yang cukup2 lawa lahh...Terpegun seketika!!


View Gunung Kinabalu dari arah Kota Belud :)

...kami singgah dekat Kota Belud sekejap sahaja sebab perjalanan ke Kudat perlu diteruskan. Kami meninggalkan Kota Belud dengan perasaan sayu tapi tak apa sebab bila balik nati kami akan singgah sekali lagi...Hahahahahahaahaha. Kami sampai dekat Tanjung Simpang Mengayau sekitar jam 4.30pm. Benda 1st kena selesaikan adalah usha resort kat area tue sebab kami malas nak balik KK sebab kami nak lepak kat situ satu malam. So far resort kami dapat memang cukup2 menarik sebab mengadap laut. Berkadaran RM240, kami pilih pakej family termasuk sarapan memang berbaloi sangat2. Lepas campak beg kat bilik apa lagi time untuk snap pic lah..Kami terus ke Lokasi sebenar iaitu The Tip Of Borne. 1st time jejak kaki kat sana memang angin kencang dada lah korang. Terpegun Mr Bokbon dengan ciptaan Ilahi yang luas terbentang di hadapan mata. Kalau korang nak tahu pada kedudukan ini korang akan dapat melihat perbezaan gerakan ombak antara Laut China Selatan dengan Laut Sulu. Kalau Laut China Selatan air nyer cukup2 tenang dan berwarna kebiruan, manakala Laut Sulu ombak memang kuat dan air nyer agak kegelapan sedikit. Time kita orang tiba cuaca Alhamdulilah mengizinkan dan kami dapat melihat negara Filipina dengan jelas sekali. So apa lagi mulakan lah kegiatan posing oh posing kami.


Waterfront KK yang memang lawa :)

...lepas snap pic apa lagi terjun laut lah dekat resort yang kami lepak. Serius cakap pasir dia punya puteh dan halus, ombaknya pulak jenis ombak pembina so memang sesuai untuk mandi manda. Memang tak rugi lah korang datang sini. Memang hilang stress kalau yang berada dalam keadaan stress bila dapat mandi dan tengok view pantai yang memang cukup2 indah. Dah selesai mandi, perut dah mula kelaparan apa lagi naik bilik siap2 terus lah pergi makan. Not bad jugak lah makanan dia orang, kira ada rasa lah. Janji tak kelaparan sudah lah kannn...Malam tue kami lepak kat pantai buat unggul api dan bersembang memang enjoy lah. Macam2 topik kami sembang sambil menikmati keindahan malam yang dipenuhi dengan taburan bintang cukup2 membuat malam tersebut sempurna!!

28hb Jan 2012
...alamak dah nak balik pagi nie. So pagi2 dah bangun ajak Man dengan Lan jalan2 dekat pantai. Mie dengan Mad masih lagi membuta penat agaknya. Memang best lah korang jalan-jalan dekat pantai pagi tue, dan perasaan sedih mula bermain sebab kami akan meninggalkan Simpang Mengayau pada pagi nie. Lepas bersiap dan sarapan kami mula gerak untuk pulang ke Sandakan. Mr Bokbon, Man, Mie dan Mad satu kereta akan menghala ke Sandakan. Lan dengan bondanya, sebab dia nak singgah KK dahulu sebelum berlepas balik ke Lawas, Sarawak. Serius cakap kami memang tak puas dengan percutian kali nie sebabnya kami tak puas mandi pantai dan lokasi nyer yang cukup2 cantikk memang membuatkan kami anak2 bujang terpukau lah....:)


Kuda oh Kuda lambang Kota Belud @ Town Kota Belud~~~

...apa yang best yang nak Mr Bokbon sharing dengan korang adalah masa dekat Simpang Mengayau korang akan mengalami dunia yang berbeza...Apa tue Mr Bokbon? Hahahhahahaha kat sana tak ada line phone so korang memang dapat cuti puas2 tanpa sebarang gangguan sms atau mms. So, back on flow kita orang berpisah dekat Kota Belud. Lan dengan mak dia terus ke KK sebelum pulang ke Lawas. Mr Bokbon, Mie, Man dan Mad meneruskan perjalanan ke Sandakan. Menghala balik kami akan melalui Kinabalu park, Kundasang dan Ranau yang memang sejuk tahap dewa. Kebetulan hujan so tak kesampaian nak posing maut dekat memorial park dekat Kundasang. Tak apa banyak lagi trippp...!!! So lebih kurang jam 9 malam kami sampai dekat Sandakan...Lepas hantar Mad balik rumah dia, Mr Bokbon+Man+Mie lepak kat Quarters Mie dekat Batu Sapi, Sandakan. Memang penat sampai2 rumah mie memang terlena terus sebab keesokkannya Mr Bokbon dan Man akan meneruskan perjalanan balik ke Tawau...


Tolong ingatkan AKU...bahawa Mr Bokbon dah sampai THE TIP OF BORNEO 


P/S : Mie+Mad+Man+Lan jangan lupe trip kita berikutnya akan ke Lawas-Limbang-Brunei...aigoooo


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...