Saturday 21 January 2012

Sekolah Berasrama Penuh

Ehemmmm....arghhhhhhhhhhhhhhh i need water!! tak ada air lagi tension nyer nak mandi pun tak besttt...memang lah azab kalau tak ada air nie..sO, update blog lah kejap dah bosan sangat nie kan...Entry petang yang redupp ibarat duduk di bawah pohon cemara nie mari lah kita berkongsi hikayat dongeng!! Hahahahahahaha korang ingat Mr Bokbon nie Penglipur Lara lah nak berhikayat kan....huhuhuhuhuhu~~ Ok2x back on entry petang nie pasal SEKOLAH BERASRAMA PENUH

...aikkk kenapa dengan Sekolah Berasrama Penuh a.k.a SBP nie Mr Bokbon?? Dapat mengajar kat sana ker...hahahahahahahaahah korang nie agak2 lah Mr Bokbon nie suam2 kuku mana layak nak jadi Guru Bitara dekat SBP ni. Calang2 guru jer boleh lepas masuk SBP....Nie pasal tawaran kemasukan ke SBP untuk tahun 2012. Ramai jugak anak didik Mr Bokbon yang lucky dapat masuk SBP Alhamdulilah.....Ada dapat Sek Sains Lahad Datu, SESTER, Sek Sains Muar, Sek Sains Seri Puteri, Sekolah Sains Hulu Terengganu, Sek Sains Pokok Sena, Sekolah Sains Alam Shah dan segala mak datuk sekolah sains lah...Best tak agak2 nyer masuk SBP???Ermmmmm kalau korang tanya Mr Bokbon sah2 Mr Bokbon tak mampu nak jawab sebab Mr Bokbon sekolah kampung jer tak macam korang TKC lah, MCKK lah, Sains Kuala Selangor lah, Tun Fatimah lahhh memang ader classss kannn....

Tapi dan tapi kalau dapat masuk SBP nie memang banyak kelebihan lah. Nie Mr Bokbon story daripada pengalaman adik lelaki bongsu Mr Bokbon. Dia dapat tawaran lepas excellent PMR ke Sekolah Sains Kuala Terengganu atau singkatannya SESTER (Walaupun menangis tak nak pergi 1st kannn!!)...Masa tue dia sedang mabuk dengan Cinta Cimpanzi sebab tu tak nak ke SESTER. So kena paksa jugak lah dekat Mr Bokbon untuk terima tawaran ke sana. End of story terima jugak lah tawaran walaupun dalam keadaan terpaksa kan. Biasa lah duk kat rumah manja, pergi sekolah ada driver sendiri (Korangggg mampu???!! Mr Bokbon naik bus mini jer ke sekolah, dia ada driver oK~~). So, bila dia mula masuk SESTER banyak benda dia belajar terutama semangat juang perlu tinggi. Sebabnya SBP nie medan magnet terhebat sebab mereka yang datang daripada pelbagai latar belakang memiliki kecemerlangan tersendiri baik dalam Kurikulum dan Ko-Kurikulum...So belajar lah adik Mr Bokbon kat sana sampai lah SPM, sepanjang 2 tahun dia kat sana macam2 cter dia bagitahu macam mana nak uruskan diri, rindu dekat family (Penyakittt wajib dia!!), buat event besar-besaran tanpa bantuan guru2, program integrasi akademik ke sekolah2 sbp lain, hari kecemerlangan sbp, wakil sbp dalam acara memanah, jadi perwakilan pelajar, dan segala mak nenek lah. Boleh cakap memang aktif lah adik Mr Bokbon tak macam Mr Bokbon kelas add math pun skip kan....

...Belajar dekat SBP nie banyak faedah paling jelas bila dia masuk majlis rasmi memang cool lah dr segi berpakaian, cara makan, dan bercakap sebab mereka dah aplikasi benda nie masa dekat sekolah. Kemudian pendedahan program pengajian selepas SPM bukan calang2 sume terus ke oversea~~.Paling best bila kuar result SPM walau aktif macam mana sekali pun tetap unggul mempertahankan kecemerlangan dengan keputusan 9A+ adussssss makan apa lah gamaknya kannnn...tapi memang serius Mr Bokbon bagitahu pelajar SBP ada kelas yang tersendiri bila keluar ke lapangan kerja. Ex-SBP nie excellent dan cool tau bila membuat tindakan. Mr Bokbon tak lah kata kita sekolah kampung nie otak udang, kita pun excellent jugak kannnn~~Cuma di SBP nie persekitaran dia berbeza sedikit dengan sekolah harian dan suasana pembelajaran yang kondusif memberi ruang untuk mereka terus cemerlang....

...Ingat lagi bila keputusan SPM 2009 dia diumumkan, dijulang tinggi2 mereka yang dapat Straight A's. Bila sembang kat tel.."Ko dapat berapa???9A??" "Alah aku 9A 1B...missing bio" "Aku 8A, bi down" "alah as normal lah 9A jer pun" " Well tak payah tanya, aku macam biasa penuh"....Kemudian nak isi scholarship JPA ngan MARA pulak...best bila dengar dia orang sembang "Aku medic India" "Dia buat enjin dekat Jepun" "Mak aku suruh buat dentist kat UK jer" "Bapa aku suruh ke Moscow lah" "Aku ambik JPA kot" "Jumpa korang kat US lah nati"  Ermmmmm takut Mr Bokbon dengar. Tak main lah kalau nak further2 kat dalam Malaysia nie sume nak berlepas ke oversea sebab pemikiran mereka dah diasuh untuk membawa nama Malaysia gah di pentas dunia...


SBP oh SBP~~~ :)

...Buat students Mr Bokbon yang berjaya mendapat tawaran ke SBP gunakan peluang yang diberikan dengan sebaik mungkin kerana anda begitu bertuah mendapat peluang yang diberikan ini~~~~aigooooooooooo


5 comments:

eiyzniey said...

Best jd bdk sbp.
:)))

bokbonputeh said...

Cik Eiyzniey budak sbp erk?

Azrinafiqah said...

Sy bekas student SESTER. Kepada students Mr Bokbon yang dapat, they should go :-)

bokbonputeh said...

Yuppp mereka akan pergi~~~ azrinafiqah SESTERIAN jugak lah nie...owhhhh batch mana?

Unknown said...

Sester mmg best.....pergilah kalau tk percaya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...