Saturday 23 June 2012

Jemariku kembali

Ermmmmmmm....alahai terlalu rindunya diri ini kepada blog yang begitu disayangi. Terlalu lama rasanya tidak memahatkan sesuatu dalam blog kesayangan Mr Bokbon nie. Korang apa cter? Sihat? study ok? keje ok? Mr Bokbon alhamdulilah sihat cuma kadang2 ada juga demam dan selsema biasalah perubahan cuaca yang tidak menentu jadi kita kena sentiasa peka dengan kesihatan kita kan....

Mesti korang tertanya ke mana hilangnya Mr Bokbon kann..Beginilah kisahnya kalau keje bertimbun, dan perlu disiapkan tepat pada masanya. Habis sahaja cuti persekolahan penggal I hari tue Mr Bokbon balik dengan keadaan kerja bertimbun perlu diuruskan bila memasuki penggal II persekolahan. Mana nak kuliah, tutorial, meting sana sini, modul lagi, latihan rumah sukan, merentas desa, kejohanan balapan dan padang, seminar kecemerlangan, seminar latihan dalam perkhidmatan, dan bermacam2 lagi. Tue belum masuk masalah peribadi yang tertunggak2 melayan feeling yang tak sudah2...Alahai nasib lah kannn! TAPI konsepnya cukup mudah walau banyak mana pun kerja dilontarkan kepada kita terima dengan hati yang tenang dan cuba lakukan habis baik. InsyaAllah habisnya membuatkan diri kita akan tersenyum riang...

Korang sume jangan risau, insyaallah Mr Bokbon akan cuba sedaya upaya update blog kesayangan Mr Bokbon ni..Apapun take care korang....Aigooooooooooooo~~~




"Rindu MNI..."


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...