Monday 26 December 2011

Rindu zaman Kanak-Kanak

Ehemmm...korang apa cter hari nie!! Jangan kata ada yang mengamuk gara-gara keje belambak dah. Mr Bokbon bersiaran dekat belakang rumah mengadap Sungai Baung yang cukup2 menyejukkan mata memandang. Hari nie kepenatan yang terlampau sangat2 sebab hari nie Mr Bokbon awal2 pagi dah pecut ke Pasar Siti Khadijah belikan keperluan untuk balik Tawau. Serunding+Keropok+Dodol dan seangkatan dengannya (Bukan Mr Bokbon nak bisnes oK!! Tolong officemate jer~~) Erkkkkk....

Ok back on story. Entry Mr Bokbon petang nie adalah "Rindu zaman Kanak-Kanak". Ewah2x Mr Bokbon bukan main teringatkan zaman kanak-kanak atau teringat dekat pujaan hati...opsssss!!! Kita bukan macam lah, zaman kanak2 tak pandai tau nak couple2 nati mak kita marah!!

Awak suka kita tak?~~~aigoooo

Zaman kanak-kanak lah paling enjoy. Kenapa enjoy? biasalah kalau hidup kat kampung nie aktiviti wajib adalah mandi sungai, main guli, main hantu, main polis and 3, main kawen2 (Erkkkkk dah pandai erkk~~~) dan benda paling best bila musim tengkujuh sah lah mandi kat bendang+tangkap ikan (Korang ader..ader!!). Waktu tu Mr Bokbon adalah kanak-kanak yang paling aktif lorong mana tak masuk kat kg, pokok mana tak pernah panjat, lubuk mana tak pernah terjun...Hahahahahhaah ending kepada aktiviti harian adalah balik rumah kena bebel sebakul kat mak Mr Bokbon, tak pun kena baling penyapu (Ambik ko!! Mandi sungai lagi~~)..

Dalam banyak2 benda yang Mr Bokbon paling suka zaman kanak-kanak adalah bersembang tentang cita-cita bila besar nati. Wahhhh kawan2 satu geng dengan Mr Bokbon semua nak jadi askar,polis,peguam,engineer, doktor, nurse, dan segala mak datuk lah keje yang hebat2. Mr Bokbon tak tahu nak jadi apa. Dalam kepala Mr Bokbon asyik pikir nak naik kapal terbang, masa tu tak pikir lagi nak jadi Pilot (Amboi Mr Bokbon kuat berangan~~~). Mana tak berangan rumah Mr Bokbon kan dekat dengan airport tapi tak pernah pun merasa naik kapal terbang zaman kanak-kanak. Sekarang nie dah cuak bila naik kapal terbang...Bila Mr Bokbon cakap kat kawan2 yang Mr Bokbon nak jadi Pilot dia orang semua tergelak sebab kata kawan2 Mr Bokbon nati kalau terbang jauh2 mesti ko tak nak balik kampung dah~~~Ermmmmmm apa lah kawan2 Mr Bokbon bukan nak bagi semangat bagi Mr Bokbon give up ada lah :(.

Hari2 bila tengok buku kalau kuar kapal terbang, jet pejuang, roket Mr Bokbon lah paling suka. Dulu siap gaduh lagi dengan kawan kat sekolah berebut buku encyclopedic pasal kapal terbang. Hahahahahahahhaa!! punya lah obses melangit time tu.Hahahahahahahahahaaha...Itulah serba sedikit cerita kanak-kanak Mr Bokbon yang suka berangan!!! Tapi bila dewasa Mr Bokbon terkejut bahawa Mr Bokbon born to be a teacher~~~Mungkin itu dah tertulis dan masin mulut mak Mr Bokbon nak sorang anak dia jadi cikgu. Businessmen, Nurse, Dentist, dan segala mak nenek keja dah ada dalam family Mr Bokbon tapi cikgu oh cikgu tak ada. Mak Mr Bokbon nie sengaja nak anak bujang dia jadi cikgu sebab dia tahu anak bujang dia suka duk kat kampung kalau cuti lama2...  

Ok lah korang Mr Bokbon dah nak balik rumah, dah nak magrib ni...tak elok anak teruna darah manis macam Mr Bokbon duk kat luar lagi~~~aigoooo

P/s: Cik Peah sebelah rumah Mr Bokbon nak belajar buat cupcake...Kecoh satu kampung~~~

2 comments:

eiyzniey said...

Mmg best kannnn zman kanak2 nii.hehe
:)

bokbonputeh said...

hahahahahaha..betul 2 tak perlu nak pikir apa2...24 jam dalam kepala nak main jer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...