Monday 26 December 2011

PCB : Ohyeahhhh!!

Ehemmmmm..hari ni dah isnin, bagi yang memulakan tugas hari nie selamat memulakan tugas anda semua dan laksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh rasa tanggjwab. Mr Bokbon ada baki cuti 5 hari sahaja lagi sebelum berlepas balik ke Tawau....ermmmmmmm lepas nie Mr Bokbon mesti merindui kampung halaman tempat tumpah darah Mr Bokbon kan!!! Falling2x sedih lah 2~~~

Ok back on stage!! korang tengok tak entry Mr Bokbon hari nie "PCB"..Apakah ittew??? Hahahahahahhaahaha. PCB tu adalah singkatan untuk "Pantai Cahaya Bulan". Owhhh pantai ingatkan tempat main repair telefon ker!! Banyklah korang kan. PCB nie adalah antara pantai yang paling populor dekat bumi Cik Siti Wan Kembang ini sejak sekian lamanya. Dulu PCB dikenali sebagai "Pantai Cinta Berahi". Amboooiiii nama tak nak kalah kan..Mr Bokbon pun kurang pasti kenapa dipanggil Pantai Cinta Berahi (Erkkkk bukan lucah ok!!), Mr Bokbon pernah kaji benda nie semasa di Tingkatan 3 untuk kerja kursus Geografi PMR tapi dah lupa. Mungkin dulu tempat nie dijadikan tempat orang bermadu kasih kot. That why dipanggil Pantai Cinta Berahi. 

Kalau dulu pantainya jenis ombak pembina...apa itu ombak pembina Mr Bokbon? Erkkkk korang dapat apa Geo? A ker F? hehehehehhehehehehe. Ombak pembina tu jenis ombak yang tenang dan sesuai untuk mandi manda, tapi korang jangan fikir tenang2 ombak pembina tak akan ada yang lepas. PCB dah mencatat pelbagai kronologi kisah tragis mangsa2 lemas (Turun rumah nak gi picnic niat tu penting~~~!). Setelah mengalami pelbagai transformasi perubahan cuaca termasuk musim tengkujuh saban tahun menyebabkan struktur fizikal PCB mulai musnah. Ombak yang dulunya jenis pembina dah bertukar kepada ombak pemusnah. Kalau nak mandi maybe tak sesuai lagi. Sebab itu MPKB Bandaraya Islam credit dekat PCB batu2 besar sebagai blok penghalang daripada hakisan terus berlaku.

Walaupun perubahan struktur PCB dah berubah value nyer tetap sama seperti dulu. Kala senja Mr Bokbon suka lepak atas batu dan menikmati keindahan simforni ciptaan Tuhan. Memang terasa kenikmatan setelah kepenatan bekerja. PCB populor dengan pelbagai warna-warna kegigihan manusia mencari rezeki. Apa ittew Mr Bokbon?? ishhhhh korang nie, ramai yang berniaga lah kat sana~~~Macam2 benda ada dijual bermula daripada makanan laut, batik, layang2 dan macam2 ada. Kalau cuti sekolah PCB menerima lebihan pelancong dan boleh mengakibatkan kesesakan lalulintas tahap gaban. Boleh buat korang mengamuk~~

Apapun yang terjadi termasuk struktur fizikal, pola perubahan corak kedatangan pelancong, transformasi perniagaan, dan sebagainya ianya tidak boleh ubah sebuah kenangan. Kenangan indah bersama insan2 yang kita sayang di PCB. Buat korang semua kalau nak datang ke PCB tak lah jauh lebih kurang 15km daripada bandar Kota Bharu dan di sepanjang perjalanan ke PCB korang akan disajikan dengan variasi kepelbagaian corak hidup masyarakat kelantan yang pelbagai rupa. Memang cukup2 indah dan hari ni Mr Bokbon credit kat korang semua pic2 yang indah sekitar PCB~~~aigoooo

 PCB oh PCB. Perubahan Fizikal~~~

 Kala senja menjelma~~~Cukup tenang!!

Emmmmmm...nice!!

P/S: Mr EndSadStoy bila kita nak lepak sama2 lagi, Mr Bokbon rindu sama kamu~~~

2 comments:

Cik Pulau said...

tu diaaaa...heee~

bokbonputeh said...

hahahhahaaha....menikmati sebelum balik tawau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...