Tuesday 27 December 2011

Darjah 1 : Erkkkkkk!

Ehemmmm...wawwww selasa menjelma tiba, ini bermakna tinggal seminggu sahaja lagi sesi persekolahan 2012 akan memulakan rentak perjuangan (Cewahhh ayat Mr Bokbon skima nak mampuss~~) hahhahahahahhaa. Mr Bokbon turut sama akan memulakan sesi persekolahan 2012. Ehh? Mr Bokbon tak habis sekolah lagi ker? Ermmmmm Mr Bokbon sayang nak tamatkan zaman sekolah sebab tu tak habis2 sekolah lagi...huhuhuhuhuhu. Hari nie Mr Bokbon bukan nak cerita pasal kenapa Mr Bokbon masih lagi sekolah walaupun kalau tengok Mr Bokbon real dah boleh berstatus "Bapa Budak" pun!!.Hahahahahahaha...


Tak ser sekolah nak kelik...nak kelik....waaaaaaaaa~~~

Ok korang back on stage~~~Entry Mr Bokbon hari ni "Darjah 1". Kenapa dengan darjah 1? ada masalah ker? memang akan ada masalah kalau jenis yang terkejut. Ehhh kenapa Mr Bokbon cakap macam tu. Al kisah semalam Mr Bokbon jumpa seorang kawan lama masa sekolah rendah dulu. Bila tengok dia teringat pulak kenangan dia menangis tak henti2 macam kena rasuk kat dalam kelas ketika darjah 1. Mr Bokbon ingat lagi time tu Mr Bokbon yang terpaksa pujuk dia (Baik kan Mr Bokbon, korang mampu buat???). So, Mr Bokbon mula terpikir2 kenapalah budak2 masa zaman Mr Bokbon darjah 1 suka menangis, terkencing dalam kelas, termuntah, menggigil satu badan dan tak kurang yang suruh mak bapak tunggu kat luar kelas (Wowwww credit dekat mak bapak kawan2 Mr Bokbon yang begitu prihatin~~) ^_^

Mr Bokbon pulak macam mana? menangis tak? Erkkkkk soalan korang agak2 lah!! ni kan Mr Bokbon tak kan anak jantan menangis lah beb bikin malu seluruh penduduk kampung Mr Bokbon jer. Mr Bokbon jenis mudah masuk dengan persekitaran baru. So tak ada masalah, 1st day masuk darjah 1 Mr Bokbon memang dah semangat time tu. Mak Mr Bokbon pagi2 dah bangun siapkan sarapan dekat Mr Bokbon, wajib makan telur separuh masak+kicap+milo (Erkkkk, paling sedappp kot time tu). Tapi dalam banyak2 benda yang wajib dilakukan oleh mak Mr Bokbon yang membuatkan Mr Bokbon terharu sampai nak meleleh air hidung bila mak yang Mr Bokbon sayang menyikat rambut Mr Bokbon. Sebab tak tahu sikat rambut dengan gaya betul~~~

Cepat....cepat nati lewat~~~aigoooo

Abah Mr Bokbon pulak sibuk tak nak Mr Bokbon naik basikal. Al maklum lah hari 1st masuk darjah 1...So, dah siap, merempitlah dengan abah kebetulan abah nak ke tempat kerja (Time tu Abah belum lagi pencen sebagai staf dekat Klinik Kesihatan Badang, Jalan PCB)...Waaaaaa akhirnya Mr Bokbon sampai jua kat sekolah, seronok2 dapat jumpa kawan2 satu kampung dan satu tadika dulu. Tapi dan tapi Mr Bokbon pelik kenapa ada budak menangis, teriak, lari macam dikejar hantu dan macam2 aksi lagi. Kata abah, budak2 tu "Takut Sekolah" ....Ermmmm korang mesti ada yang macam tu kan...hahahahhahaaha tak nak mengaku!! Bila chek kelas nama Mr Bokbon berada di kelas pertama iaitu 1K. Time tu kalau tak silap Mr Bokbon kelas Mr Bokbon berada dekat tingkat dua sebelah kelas 1M dan library sekolah. Bila melangkah jer masuk tengok2 macam2 aksi kawan2 sekelas Mr Bokbon...Ada yang dah melompat2 macam beruk mat yeh ada, menangis tak sudah2, meraung, dan ada siap pegang kain mak dia pun ada...Mr Bokbon cool jer time tu, kata abah jangan menangis nati buat malu abah...So, abah uruskan pembayaran yuran dan terus tinggalkan Mr Bokbon. Mr Bokbon tak kisah sebab Mr Bokbon dah ada ramai kawan masa dekat tadika dulu. Time tu dalam kepala masih terpikir kenapa kawan2 Mr Bokbon menangis dan takut masuk sekolah sebab cikgu2 bukan makan kita pun~~~Damn scary korang :)

Tapi bila jumpa balik kawan2 satu kelas masa darjah 1 dulu yang pernah menangis, meraung, lari dan lari pecut takut masuk sekolah dah besar panjang dan siap jadi mak bapak budak pun sekarang. Mungkin time tu kawan2 Mr Bokbon rasakan sekolah sebenarnya penjara buat mereka kot....Hahahahahahahaha lawak betul lah korang masa sekolah lah best dapat belajar macam2. Serius cakap, sebut pasal sekolah mak abah Mr Bokbon tak akan risau sebab anak dia mesti gone be ok...*Credit kat Mak Abah Mr Bokbon :). Tapi itulah dikatakan kenangan, kita kan membesar bersama kenangan zaman kanak2. Alah adik lelaki bongsu Mr Bokbon takut punya pasal terberak dalam kelas masa darjah 1 sekarang dah bergelar Doktor Gigi pelatih (Selalu dijadikan bahan ejekan Mr Bokbon, Apa kes Dentist terberakkk zaman sekolah!!!) naik hantu adik Mr Bokbon....hahahahahahaahahahaahaha.....

Oleh itu, buat mak bapa kepada anak2 yang akan melangkah masuk ke Darjah 1 tingkatkan kesabaran anda semua kerana kita mungkin akan berdepan dengan kepelbagaian perangai anak2 kita semasa menjejakkan langkah ke sekolah. Kalau menangis, meraung, berteriak dan seangkatan anggaplah itu adalah perubahan psikologi mereka untuk menerima kawan baru, cikgu baru, sekolah baru dan segalanya baru....Apapun Mr Bokbon nak terima kasih buat cikgu2 yang begitu sabar melaya kenakalan anak2 muridnya termasuk lah sorang kawan Mr Bokbon yang syok nak panjat tembok coridor kelas Mr Bokbon...erkkkkk'!!

P/S: Mr Bokbon rindukan guru kelas 1K Mr Bokbon Cikgu Mat Ibrahim dan semua cikgu2 SK Che Deris, Terima Kasih cikgu2 mendidik Mr Bokbon kenal ABC dan 123 iklas Mr Bokbon~~~aigooo

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...