Friday 30 December 2011

Terbang Tinggi Tinggi

Ehemmmmmm...sejuknya pagi nie terasa kesejukkan ittew sampai ke tulang (Perghhhhh syokk kalau sambung tido~!). oK back on stage hari nie dah Jumaat, penghulu segala hari dan hari nie adalah hari terakhir Mr Bokbon bersiaran di kampung halaman. Esok dah nak terbang balik Tawau, Sabah memulakan tugas mendidik anak bangsa. Rasanya sekejap jer cuti sekolah (Amboiii Mr Bokbon nak cuti banyak, nati kena bommm pulak!) 

Terbang Oh Terbang~~~

Cuti kali nie cukup2 enjoy buat Mr Bokbon. Pelbagai projek, program dan segala mak nenek telah Mr Bokbon laksanakan bersama insan2 yang berada dalam carta hati Mr Bokbon (Wahhhh falling2x macam lagu Najwa Latif pulak dahhhhh). Tapi ada beberapa benda yang tak sempat dilaksanakan oleh Mr Bokbon dan terpaksa ditunda ke masa hadapan. Apapun trip ke Melaka bersama geng2 Mr Bokbon semasa di UMT dulu cukup2 memahatkan memoir indah dalam percutian kali nie. Biasalah bila semua dah keje macam nie lah jadi nyer nak berkumpul untuk satu2 vacation bukan mudah, so bila dah berkumpul macam2 cter nak dikongsi bersama (Aruel,Viey,Kymie,Ryu~~~Next vacation mana pulak???~~)..hahahahahaha.. Tak sabarnya untuk next vacation bersama2 geng2 Mr Bokbon yang disayangi.

Tapi dalam banyak benda yang Mr Bokbon suka lakukan bila berada kat kampung adalah jadi food hunter...hahahahahahah Mr Bokbon asyik makan oh makan jer kan. Bukan lah korang time nie lah Mr Bokbon nak rasa makanan yang sedap2 sebelum pulang ke Tawau. Kalau dah pulang ke sana memang makan ala kadar jer lah, sebab penat keje kann~~Hahahahahahahaha. So, bila dapat cuti panjang macam nie apa lagi mula lah usha2 tempat yang best untuk makan oh makan. Korang pun tahu kalau sebab makan oh makan negeri Cik Siti Wan Kembang tak pernah mengecewakan korang sume. Walaupun ada sesetengah orang mengatakan makanan kat kelantan nie banyak manis Mr Bokbon layan jer. Hehehehehehehehe...

Apapun hari nie semua bagasi2 AF perlu dikemas bimbang akan ada yang tertinggal pulak. O.K lah korang Mr Bokbon nak siap2 ke Pasar Cabang 3 Kedai Buloh nak tengok variasi manusia yang keluar ke pasar hari ni...apapun aigooooo~~~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...