Saturday 31 December 2011

Gah Di Awan Biru

Ehemmmmm....tak nak balikkkkkk!! Apa kes pulak Mr Bokbon pagi-pagi dah teriak macam orang tak betul. Biasalah korang ini namanya "Sindrom Malas Balik". Sebenarnya pagi nie Mr Bokbon dah pun terpacak dekat Airport Sultan Ismail Petra, Kota Bharu untuk penerbangan ke Kuala Lumpur, petang nati Mr Bokbon akan berlepas balik ke Tawau meneruskan sebuah perjalanan yang cukup-cukup mencabar dalam hidup. Tapi nasib jugak lah tak buat babak drama air mata, kalau tak memang banjir lah kampung Mr Bokbon jawabnya.

KBR-KL-TWU~~aigooo

Alhamdulilah penerbangan kali ini ditaja oleh syarikat penerbangan 1st class dunia iaitu MAS. Wahhhh memang ada yang jeles kan Mr Bokbon dapat naik free!! Tulah korang tuah ayam nampak kat kaki, tuah Mr Bokbon sapa tahu...Hehhehehehehehehhehe~~~Pagi tadi melenggang kangkong jugak sebab rumah Mr Bokbon dengan airport 5 minit jer naik kete. So, tak payah nak rushing2 sangat. Petugas di kaunter pulak memang cun2 dan manis2 belaka, dengan layanan 1st class akhirnya bagasi Mr Bokbon yang sarat dengan pelbagai jenis mak nenek barang akhirnya dapat disumbat masuk. "19.9kg" ko bawa lesung batu ker Mr Bokbon??...Entah lah semua main campak2 jer, balik kampung hari tu bawa baju lain, datang semula bawa baju lain. Semalam dah kena tazkirah kat Mak Mr Bokbon "Kalu nak balik, mestri tu hilang, ni hilang, tu tak bawa, ni tertinggal~~~~hahahahahahaahaha". Credit smile kat Hjh Che Asmah mak Mr Bokbon yang paling supermummy lah....

Ok lah korang Mr Bokbon dah nak berlepas ni, apapun Mr Bokbon nak wish Hepi New Year dekat korang semua. Semoga tahun baru 2012 akan lebih bermakna buat kita semua~~~aigooooo

P/S: Tahniah buat OSBON kerana menjuarai maharaja lawak semalam~~~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...