Friday 23 December 2011

OhMyBostonUniversity~~~

Ehemmmmm....hampir seminggu berlalu Mr Bokbon menerima email daripada Pusat Pengurusan Siswazah, Boston University. Hari nie baru sempat balas email tersebut. Kenapa pulak dengan BS? Mr Bokbon nak keje kat BS ker pulak (Ambooiii feeling tak nak kalah~~). Sebenarnya bulan September lepas Mr Bokbon ada hantar proposal untuk melanjutkan pengajian Mr Bokbon ke peringkat Doktor Falsafah (Tak cukup2 lagi berfalsafah kannn), jadi pihak pengurusan siswazah BS send balik email tersebut dan memaklumkan mereka sedang menyenaraikan beberapa orang supersivor yang boleh mengendalikan kajian Mr Bokbon. Masih mengekalkan elemen lama kajian iaitu "Penilaian Impak". 

Apa pulak penilaian impak itu Mr Bokbon?. Hahahahahahhaha...kalau nak bagi lect kat sini memang lah sampai esok, lusa dan tulat tak akan habis. Mr.Bokbon ringkaskan Penilaian Impak adalah program pengajian yang memberi pendedahan kepada pelajar mengkaji tentang kesan daripada sesuatu projek, program, perancangan atau dengan bahasa mudah apa jua kesan melalui pembangunan merangkumi fizikal dan sosial akan dianggap impak. So, elemen2 ini akan dinilai untuk memastikan ianya mencapai matlamat atau memberikan kesan negatif atau positif kepada manusia dan persekitaran.

Ok back on stage!! So, pagi ni Mr Bokbon dah send  email dekat Boston University memaklumkan yang Mr Bokbon mungkin akan tangguhkan dulu pengajian Ph.D Mr Bokbon kat sana. Sebab? sebab? Mr Bokbon nak kawen erkkkk? (Korang jangan jadi Paeh gosipp k!!!) tak adalah sampai nak kawen. Mr Bokbon belum lagi mendapat kelulusan daripada KPM iaitu majikan Mr Bokbon untuk menyambung pengajian dan juga scholarship pun tak approach lagi...(Hari tu gatal tangan isi kenapa??~~~). Huhuhuhuhuhuhuhu damn scary!!. Lagi satu mak Mr Bokbon kesian tengok anak bujang yang dia sayang nie asyik sambung study tanpa pikirkan masa depan sendiri iaitu cari calon untuk dijadikan pasangan hidup...ermmmmmmm!! (Terharu pulak sampai nak meleleh air hidung kata Cik Pulau~~~). 

"Oh My Ph.D"

Kenapa Mr Bokbon pilih BS dan bukannya IPTA tempatan? Actually Degree dan Master Mr Bokbon dah dalam negara so teringin untuk melebarkan sayap terbang membelah awan biru ke negara mat salleh lah pulak!!. BS sebenarnya adalah university terbaik di dunia terutama dalam ilmu sains sosial dan elemen ini Mr Bokbon jadikan pembakar semangat untuk terbang ke sana..Tapi itulah katanya beberapa halangan yang dihadapi menyebabkan Mr Bokbon terpaksa tangguhkan dulu pengajian ke sana. Sebenarnya Mr Bokbon apply dua buah university BS dan Leed University...Tp Leed belum balas lagi permohonan!! Leed pun antara university yang power untuk bidang yang Mr Bokbon kaji....Apapun kita wait and see jer lah, ada rezeki terbanglah Mr Bokbon ke sana.

P/S: Menuntut ilmu biar sampai ke Negara China ^_^

4 comments:

Cik Pulau said...

untung lerrr....
sy ni posting pn dop lagi..huuuu~

bokbonputeh said...

Insyaallah nati tiba pulak giliran Cik Pulau

cik yah said...

nak ikot jgk!hehehe

bokbonputeh said...

Jom2x cik yah kita ke sana sama2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...