Friday 23 December 2011

Erkkkk...Cuak!

Ehemmmmm...mulakan pagi jumaat ini dengan penuh kesyukuran walaupun tangan Mr.Bokbon masih lagi sakit. Kenapa sakit? Korang nie mesti nak jugak tahu kan...Dulu masa Mr Bokbon buat degree pernah main futsal (Jaga gol jer pun!!) entah macam mana boleh tercedera dan bahu Mr Bokbon mengalami ketidakseimbangan urat. Jadi 3 hari lepas, entah macam mana bila duk makan angin dekat belakang rumah mengadap sungai ternampak sekumpulan biawak (Bukan biawak komodo k!!). So, Mr Bokbon dengan selamba ambik batu dan baling dengan penuh tak ingat dunia menghala ke arah kumpulan biawak2 itu. Mungkin sumpahan biawak2 kot, tangan kanan bekas tercedera masa main futsal terseliuh lagi dan akhirnya Mr Bokbon tak dapat angkat tangan (Serius!! sakit siottt~~~)...ermmmmmmm itulah tak ada keje kita usahakan cari keje kan....huhuhuhuhuhu

Ok guys, back on story!! Tengok tak entry Mr Bokbon..."Cuak!!"...ermmmmm kenapa Mr Bokbon cuak?. Korang mesti selalu dengar request atau dedication speech dekat radio kan. Semalam sedang syok Mr Bokbon melayan durian kat dapur, terpasanglah radio (Ingatkan bolehlah dengar lagu Beyonce ker~~~) ermmmmm tiba2 terkeluar siaran radio mana entah. Time tu lagu rock kapak dia pasang, kemudian DJ radio tu dah mula sembang pasal ucapan yang pendengar hantar. Mr Bokbon tetap sopan santun makan durian dengan lapar tahap gajahnya....So, sedang dia duk bacakan ucapan tue Mr Bokbon dah mula cuak...kenapa cuak? Ermmmmm korang tahu kenapa Mr Bokbon cuak boleh pendengar yang katanya fanatik siaran tu duk menyampaikan ucapan buat buah hati, bekas pakwe, suami tersayang, bini tercinta, dan segala mak nenek semua pasal jiwangnya lah.

 Love is Cinta

Tiba2, ada seorang akak nie dia col "nak ucapkan salam sayang dekat hubby dekat sebelah, i sayang hubby i"...Kelassss ko jah, laki duk sebelah pun ko boleh nak falling in love dalam radio nak bagitahu satu Malaya ko ada laki lah. Kalau sayang tak perlu kata apa2, tak pun ko cakap 24hour/7day kat telinga hubby ko tu bahawa ko sayang dia. Kesian dekat orang yang mendengar naik berdarah telinga dibuatnya...Kemudian DJ radio mula bertanya di mana pertemuan akak tu dengan hubby dia. Dengan selamba dia jawab "Akak ni minat karok, so akak jumpa hubby akak kat tempat karok"....Ermmm anak2 dara korang nak cari calon suami cari dekat masjid, kalau dah ko cari dekat pusat karok memang lah otak pun biol jugak!!! Sedih dengar kronologi cter akak tu dan membuatkan Mr Bokbon tersedak daripada kesyokkan melantak durian!.


Hanya di Radio~~~

Memang time tu Mr Bokbon dah naik cuak, kadang tu ada rasa nak tergelak bila mendengar perilaku insan2 yang kekurangan kasih dan sayang macam tu. Ada jugak anak dara yang obses wish "Aku cinta" "Aku sayang" "Aku Rindu" "Aku Meroyan erkkkk" macam2 ada. Dia orang tak rasa itu adalah kerja2 yang boleh membuatkan ramai manusia seperti Mr Bokbon akan mula cuak hingga boleh muntahkan durian balik ker...Adussss cinta sejati dan iklas tak perlu disampaikan kepada sekalian alam...Kalau minah yang buat ucapan tu jadi GF Mr Bokbon malam tu jugak kena cerai...ambikkk ko nak falling in love lah sangat~~~Macam2 dunia sekarang...dunia oh dunia. Jadi, korang janganlah buat keje2 yang akan membuatkan ramai manusia mulai cuak k. Kerana kecuakkan itu tidak perlu dibayar....Damn scary.

 Jom layan Nescafe panas~~~


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...