Saturday 21 January 2012

Azab Tiada Air

Eheemmmmm....selamat pagi korang semua, hari nie sabtu rupa nyer kan. So, bermaksud dan bermakna "HoliDay" sempena Tahun Baru Cina kannn..Bagi yang pulang ke kampung bawa kereta elok2 jangan sesuka hati potong memotong...Kalau dah lama hidup tu tak kisah, tapi kalau ada baby yang kecik bersama ingatlah orang-orang tersayang yang menanti anda semua...Nak rush pun bertempat jugak kannn...Wahhhhhhhhh best nyer dapat balik kampung , tapi tak lah bagi Mr Bokbon :(

Ok back on entry hari nie... "Azab Tiada Air" nah kenapa pulak dengan air Mr Bokbon. Dah 2 hari satu Tawau tak ada air, kalau kat sini dia orang panggil "Mati Air Bha"...tak tahu kat mana bocor dan rosak nyer. Memang seksa lah cakap!! Dushh lah dekat pengurusan air kat sini. Nasib rumah Mr Bokbon hanya tinggal berdua sahaja, jadi stok air yang ada dalam tangki memang cukup untuk Mr Bokbon dan kawan serumah nie. Kalau nak berdobi kirim salam banyak-banyak. Memang double trouble lah isu air nie, kalau kat Tawau nie wajib lah dalam setahun akan mengalami fasa tak ada air untuk jangka masa panjang. Bila tak ada air nie banyak benda akan tergendala. Adusssssssssss time nie lah jugak dia nak baiki tu, nak baiki nie. Rasa geram jugak!! Sabar Mr Bokbon~~~Sabar tue kan separuh daripada iman!! :)

Tapi dan tapi kalau bab potong memotong air nie cepat pulak kan, kalau service air punya lah lambat. Patut nyer dia orang kena lah bertimbang rasa sikit dengan warga Tawau. Kena lah sediakan lori bergerak untuk kemudahan penduduk mendapatkan bekalan air. At least untuk minum dan kegunaan wajib termasuk nak "Terkucil" dan "Terberakkkk"!! Kalau ada stok simpanan air tak ada masalah. Nie kalau dah lah tak ada stok simpanan air, hujan pulak tak turun2 kan azab nama nyer 2. Kata orang tak ada elektrik lagi baik daripada tak ada air. Sebab air kan benda yang perlu dan wajib bersama2 kita setiap hari. So teruskan bersabar menanti kemunculan air ^_^ ~~~aigoooooo


Jommm buat demonstrasi jalanan...Kami nak hak kami....Air, Air, Air, Air, Air....hahahahahahahahahaha


P/S : Adik Mr Bokbon yang duk kat UM dah berjoget2 sms bagitahu dia dah sampai Kota Bharu...Tak apa, ada ubi ada batas!!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...