Sunday 15 January 2012

Ya Allah...Putus jua :(

Apa ada dengan CINTA? Pelbagai persoalan, terjemahan, manipulasi dan huraian tentang CINTA ditonjolkan 24h/7d. Kata orang bila kita dilamun cinta, kita rasakan dunia ini kita yang punya. Tapi kalau dah putus cinta aduhhhhh down tahap gaban. Nak study pun malas, apa lagi nak keje. Bahkan ada sesetengah kes sampai boleh membawa kepada kemurungan. Wowwwww bahaya tu sampai macam tu kan. Korang jangan jadi biol sebab cinta pulakkk...

Ehhh kenapa tiba2 Mr Bokbon bercerita tentang cinta dan putus cinta??? Ermmmmm Mr Bokbon broken heart erkkk??? Hahahahahaha tak ada lah korang nie cerita seorang teman baik Mr Bokbon. Kesian jugak dengan kisah cinta dia. Dia nie terlampau simple kot dalam cinta sebab tu lah cinta dia 4 kali di tolak mentah2 oleh insan bernama WANITA...kesian pulak Mr Bokbon tengok dia, nak kata tak ensem ada rupa jugak, nak kata tak ada kerja....ermmmm dia penjawat awam dan nak kata daripada keturunan yang tak elok, rasanya tak kot sebab keluarga dia sangat dihormati di segenap kampung dia.Tapi apa masalah sebenar dia??? Menurut kawan Mr Bokbon kebanyakkan kes2 yang menyebabkan ianya putus adalah sikap kawan Mr Bokbon yang sambil lewa dengan pasangan dia. Perempuan nie kan cukup sensetif, kalau tak sms mula lah merajuk, kalau tak jadi dating mula tarik muncung dan kalau lebih masa bersama kawan2 mula lah ada perasaan jelessss~~~

 Perginya CINTA life must go on~~aigoooo

Tapi bercinta untuk kali keempat nie lah yang Mr Bokbon sedih. Mereka hampir disatukan dan akan menamatkan zaman bujang masing2 tahun nie jua. Tapi entah macam mana angin tak ada, ribut pun tak ada si perempuan mintak putus...Kalau korang mesti terkesima dengan berita tu kannn...Empunya badan pun lagi lah. Menurut kawan Mr Bokbon alasan teman wanita dia nak minta putus sebab si perempuan merasakan dia tak sama taraf dengan kawan Mr Bokbon. Si perempuan nie keje biasa saja dan bukan daripada keluarga berada dan kawan Mr Bokbon sanggup untuk menunggu dia. Walau dia tahu dia pernah bergaduh dengan seisi keluarga dia untuk mempertahankan cinta dia pada si perempuan nie...Cewahhhhhh macam kuch kuch hotta hei dah pulak kannn...Tapi itulah nama nyer cinta, memerlukan pengorbanan dan kesetiaan. Si perempuan merasakan kekurangan diri dia sebagai penghalang cinta mereka. Sedangkan kawan Mr Bokbon tak pernah pandang harta atau darjat. Memang Mr Bokbon kagum dengan sikap sederhana dia, tapi yang pelik si perempuan tetap dengan keputusan dia untuk mengundurkan diri. Macam romeo dan juliet pun ada kisah mereka nie. Tapi itulah katanya cinta, hadir tanpa diundang dan pergi tanpa dipaksa...

Semalam kawan Mr Bokbon bagitahu yang dia menerima segala keputusan daripada si perempuan tersebut kerana merasakan itu adalah yang terbaik buat si perempuan itu. Sedangkan Mr Bokbon tahu dia cukup sayang akan bakal tunang dia...sehinggakan dia pernah bercerita dengan Mr Bokbon dia sanggup tidak travel ikut kawan2 dia semata2 untuk kumpul duit dan masuk pinang si perempuan nie. Kalau tak silap Mr Bokbon Jun nie mereka akan melangsungkan Majlis Pertunangan dan hujung tahun nie akan Kahwin... Mr Bokbon naik hairan apa yang tak kenal dengan kawan Mr Bokbon, nak kata dia buaya jauh sekali...nak kata smoking langsung lah tidak...nak kata kurang ajar dengan mak bapa, adik beradik dan kawan2 jauh sekali sebab dia 24 jam senyum dan tak pernah nak buat orang lain marah..Tapi bila dia putuskan untuk melanjutkan pengajiannya ke Auckland,NZ Mr Bokbon sangat terkejut sebab itu adalah keputusan di luar jangkaan yang dia lakukan. Hebatkan kuasa perempuan merebahkan semangat anak teruna. Apa yang Mr Bokbon kagum dengan kawan Mr Bokbon nie walaupun dia diuji sebegini teruk, tak pernah dia sesali mengenali perempuan itu dan seisi keluarga nyer..Tak ada rasa marah atau dendam yang tersimpan di dalam diri dia....

Kuasa cinta mengatasi segalanya...Buat Mr.Bucuk, Mr Bokbon mengaharapkan moga tenang menghadapi ujian yang diberikan ini. Masih ramai insan yang menyayangi diri Mr Bucuk..Bebaskanlah dia pergi kalau itu yang dia inginkan. Semoga Mr Bucuk berjaya mengejar cita2 genggam Ph.D yang Mr Bucuk idamkan sebelum ini. Percayalah tuhan tak akan menzalimi umatnya, anggap nie ini adalah ujian sebelum diketemukan dengan seorang wanita akan menjaga Mr Bucuk dunia dan akhirat. Mr Bucuk kalau dah ke Auckland jangan lupa Mr Bokbon kat Malaysia....ermmmmmm sedihhnya Mr Bucuk akan fly ke Auckland....Semoga si perempuan yang meruntuhkan sebuah ikatan suci diberkati di dunia dan akhirat...aigooooo~~~`

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...