Tuesday 3 January 2012

Hantu Novel

Ehemmmm...alamak hujan lah pulak ingatkan boleh ke bandar Tawau nak selesaikan beberapa urusan. Tunggu reda lah dulu tak pasal2 demam esok susah pulak nak ke tempat keje...So sambil menunggu hujan reda elok kita pasang telinga dengar lagu "Lucky" Jason Mraz sambil sambung baca novel karya Hlovate iaitu "TUNAS"...arghhhh serius cakap makin baca makin berdebar2 dan sepintas lalu ianya telah membawa Mr.Bokbon kembali ke zaman persekolahan yang menceritakan pelbagai suka duka bergelar "Budak Sekolah". Pelbagai unsur telah diketengahkan oleh Hlovate dan penceritaannya cukup2 santai dengan bunga bahasa yang up 2 date sesuai dengan peringkat umur. Cayalah Hlovate~~~

Novel oh Novel~~Makin bertambah :)

Sebut "Novel" mesti dikaitkan dengan wanita atau anak gadis. Sebenarnya anak bujang macam Mr Bokbon pun layan novel. Membaca itu kan satu aktiviti santai dan mengajar kita tentang pelbagai dimensi hidup. Novel bukan semuanya memerihalkan tentang cinta. Bahkan novel jugak banyak menterjemahkan tentang persahabatan macam novel "TUNAS", cita-cita dan angan-angan dalam novel "AKHIRNYA AKU KAWIN", konflik diri dalam novel "Aa+Bb", kekuatan diri seperti novel "CONTENGAN JALANAN", dan pelbagai lagi ruang kehidupan ditonjolkan oleh para novelis yang berbakal. 



566 Mencari Cinta~~`Layan :)

Cucur Bawang & Kopi O~~~Terbaikkkkk

Mr Bokbon mula membaca novel sejak di Universiti lagi bukan sahaja novel malay Mr Bokbon layan bahkan novel English turut Mr Bokbon layan dan penulis paling Mr Bokbon suka adalah Sarah Blake memang perggggggggggghhhhh lah penulisan dia. Mr Bokbon kadang2 kalau trn kL tempat wajib dituju adalah MPH dekat Midvelly mencari stok novel2, ada jugak teman2 rapat yang selalu hadiahkan Mr Bokbon novel2 nie sebab dia orang tahu Mr Bokbon suka layan novel nie tak kira atas tren, atas flite bahkan atas kete pun blh layan...Hahahahahahahhaah "Membaca Gedung Ilmu". So korang amalkan membaca dalam kehidupan seharian kita k~~~aigoooo

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...