Sunday 29 April 2012

Hari Anugerah Pelajar Cemerlang SMART

Ermmmmm selamat berhujung minggu korang sume. Setelah sibuk dengan keje yang bertimbun petang nie dikala hujan yang turun membasahi bumi Tawau sempat jugak jemari runcing ni buat entry baru. Hari nie Mr Bokbon bekerja seperti biasa dek kerna pada pagi tadi telah berlangsungnya Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMART Tawau Edisi 2011 bagi tahun 2012. Seperti biasa Mr Bokbon diberikan tugas dan amanah menggalas tanggjwab sebagai pengacara majlis. Alhamdulilah majlis berjalan dengan lancar ^_^...

Berbalik kepada majlis yang diadakan pagi tadi adalah bagi meraikan putera2 dan puteri2 SMART yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah sepanjang sesi akademik 2011 yang lalu. Paling menggembirakan apabila melihat keceriaan di setiap raut wajah penerima anugerah yang begitu teruja untuk naik ke pentas menerima skrol masing2. Tue lah habuan kepada sebuah pengorbanan yang tidak mudah mengaku kalah, tiada sifat mudah putus asa, hormati guru2 dan kawan2, solat tak pernah tinggal, sentiasa berfikiran positif adalah resepi kejayaan anak2 didik Mr Bokbon. 

Menjadi tradisi warga SMART bila majlis HAPC berlangsung, kesemua penerima anugerah akan memakai jubah semi-konvo sebagai simbolik kepada kejayaan mereka menggapai kecemerlangan dalam PMR, SPM dan STPM. Kiranya pembakar semangatlah nie buat mereka untuk terus memakai jubah konvoksyen bila melangkah kaki ke menara gading pulak. Bila terpandang raut wajah mereka tadi teringat pulak detik2 yang menggembirakan ini semasa Mr Bokbon dekat Sekolah Sukan Negeri Kelantan suatu ketika dulu bila disenaraikan antara pelajar cemerlang STPM 2004. Masa tue tak penah putus ucap terima kasih dekat cikgu2 yang telah mendidik diri ini dengan mendapat keputusan yang cemerlang dan akhirnya membawa diri Mr Bokbon ke menara gading yang sememangnya menjadi idaman setiap pelajar.

Tapi dan tapi, adakah calon2 PMR, SPM dan STPM SMART tahun nie akan meneruskan tradisi kecemerlangan seperti yang dilakukan oleh senior2 mereka??. Bangunlah daripada mimpi semalam dan teruskan berusaha tanpa pernah ada rasa jemu dalam diri. Bagi yang tak mampu nak berubah dan masih dengan sikap pemalas tegal apa jua keputusan yang kamu dapat terimalah seadanya..Menyesal selagi boleh menyesal, bila peluang menyesal tak ada, menangis air mata darah sekali pun tak akan ubah keputusan kamu...

Apapun sekalung TAHNIAH dan SYABAS buat penerima majlis anugerah HAPC SMART 2011. Bagi anak didik Mr Bokbon, putera2 dan puteri2 cemerlang STPM doa cikgu semoga kamu semua mendapat tempat di IPTA dan bebaslah terbang mencipta coretan hidup kamu sebagai "BUDAK U" dan alami lah warna2 indah semasa bergelar mahasiswa/i IPTA. Jangan lupakan kami cikgu2 kamu di SMART...Yang dapat UMK jangan risau boleh selalu jumpa cikgu, nati cikgu belanja kamu semua makan kat PCB k ^_^~~Aigooooo





....bersama Puteri-Puteri Cemerlang STPM 2011





4 comments:

aliza said...

salam kenal dan dofollow sini

sek akak semalam, sabtu 28.4 hari anugerah kecemerlangan,.. penattnyaaa x ilang2 lagi, walaupun sehari berlalu tapi time nak menjyakan majlis tu, rasa x sanggup dah,...

bokbonputeh said...

wslm...boleh jer kak nak follow x ada masalah....memang dah jadi tanggjwab kita kak..kena laksanakan demi meraikan anak2 yang cemerlang nie :)

Cik Pulau said...

mantapppp.

tak mampu nak jadi pengacara majlis.. huu`~

bokbonputeh said...

Alah CP mampu..kena belajar slow2... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...