Friday 13 April 2012

4 Kuliah, 1 Matlamat, 1 Suara = Cemerlang Pengajian Am

Ermmmmmm...Salam Jumaat penuh keberkatan buat korang sume...Sihat? sori sangat2 sebab Mr Bokbon lama tak update blog nie...Dah naik lalang blog Mr Bokbon nie kan...Biasalah korang keje tak putus2, mana dengan kuliah, keje2 pentadbiran, event sana sini, pertandingan situ sini dan segala mak datuk keje lah. So and so tak ada masa nak update blog nie. Minggu nie kelam kabut sikit sebab unit Mr Bokbon akan mengadakan Ujian Ulangan Program Kecemerlangan kertas Pengajian Am. Esok students Mr Bokbon akan diuji selama 5 jam peperiksaan yang merangkumi 2 kertas utama. Pengajian Am nie kalau korang nak tahu kertas wajib lulus dalam peperiksaan STPM. Kalau SPM kertas Bahasa Melayu akan dijadikan subjek wajib lulus, peringkat STPM kertas Pengajian Am akan menjadi taruhan. So Mr Bokbon sebagai Ketua Unit perlu mengambil langkah proaktif lagi pragmatik untuk mengatasi kes-kes yang tercicir Pengajian Am nie. So, esok mereka akan diuji bagi menentukan siapakah 10 individu yang akan dikelompokkan yang top 10 Pengajian Am dan 10 lower Pengajian Am. Kalau yang top kat atas tue akan ditatang bagai minyak yang penuh lah untuk kekal kecemerlangan agar terus dapat A dalam STPM tahun nie. Bagi yang berada pada kedudukan bawah tak akan jadi macam "Kera di hutan di susu kan, anak kat rumah mati kelaparan". Mr Bokbon akan susukan semua anak2 didik Mr Bokbon bagi sume A kannn....

Apapun anaknda PPU SMART Mr Bokbon selamat menduduki UJIAN ULANGAN PROGRAM KECEMERLANGAN yang akan berlangsung esok 14hb April 2012. Kertas 900/1 jam 7 pagi hingga 9 pagi dan kertas 900/2 jam 10 pagi hingga 1 tengah hari. Sila ulangkaji sesungguh hati yer...




Gooooood Lucckkkkkk...Pinjam erkkk Mr Google :P


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...