Sunday 22 April 2012

Sampai Kapan...

Ermmmmm...hai korang apa cter? sori sangat2 Mr Bokbon rapatkan 10 jari dekat korang sorang sebab dah lama dah update blog kesayangan kita nie, sampaikan ada yang email kat Mr Bokbon menanti2 entry baru Mr Bokbon. Terima kasih kepada peminat setia blog Mr Bokbon nie...Ayoooo kembang semangkuk lah jawabnya Mr Bokbon :) .... Biasalah korang Mr Bokbon ada jer keje nak dibuat kalau time hari bekerja nie. Nak siapkan soalan lah, urusan perkeranian yang x sudah2, masalah peribadi lah dan segala mak nenek duty/task yang kena siapkan. Biasalah korang kalau berstatus "Kuli-Kuli" nie, nak senang duk kat rumah goyang kaki. Tapi goyang kaki pun trouble jugak kena pikir jugak perut nak kena isi jugak kan...Alahai manusia macam2 ragam dan macam2 alasan kan...

So, back on stage! entry Mr Bokbon petang di kala hujan turun membasahi bumi adalah "Sampai Kapan"...kerlassss entry memang x nak kalah! Sampai kapan a.k.a sampai bila. Sengaja Mr Bokbon buat entry nie nak bagi anak-anak didik Mr Bokbon terasa..Sekarang dah penghujung bulan April pejam celik dah nak percubaan kemudian exam. Persediaan tak tahu ke mana, ulangkaji tak buat, latihan tak pernah hantar...dan paling hebat suka mencipta alasan2 bombastic lagi pragmatik yang tak tercapai dek akal. Nak kata cikgu nyer tak bersemangat rasanya dah terlebih over dalam dewan kuliah dan kelas tutorial. Apalah nasib wahai budak2 sekarang nie kan. Bila sebut pasal belajar nie Mr Bokbon teringat pulak zaman bergelar budak sekolah. Masa tu Ya Allah malasnya tak boleh nak cakap, tapi dalam malas2 tetap jugak siapkan setiap kerja sekolah dan tugasan yang cikgu2 berikan. Masa tue dalam kepala pikir hanya satu jer "Kalau aku tak masuk U, aku nak keje mana? Keje kilang kat Pengkalan Chepa? atau Keje kat Supermarket" haiyoooooo sah2x akan mengakibatkan jari jemari runcing ini menjadi kasar (P/S: Mr Bokbon tak hina pekerja2 kilang yer, sekadar suara drp hati!!)

So and so, Mr Bokbon tekad tau, belajar punya belajar siang malam. Kat sekolah study, kat bus stop sambil makan keropok lekor sempat buat latihan mikroeko dan makroeko, petang gigih buat nota kaki sejarah (Al maklum bukan asal budak art kan so kena lah keje keras!!)...Berwarna-warni nota kaki Mr Bokbon sampai sekarang simpan elok kat dalam kotak. Nostalgia sangat2...Tak ada lah masa nak berpacaran time 2, hanya pikir cepatlah masa berlalu sebab Mr Bokbon dah tak sabar nak masuk U, dah naik rimas pakai baju sekolah, kena bangun pagi2, iron baju, basuh kasut dan kena hadap keje2 rumah yang bertimbun. Walaupun mengeluh tidak pernah ada sedetik pun semangat mudah mengaku kalah. Konsepnya mudah, kalau orang lain mampu buat kenapa tidak kita kan...Selain tue, mak abah Mr Bokbon nie tegas tau bab2 pelajaran nie, harus x nak kalah kat kg kan (Ibu bapa wajib ada semangat bersaing satu sama lain!!), tidak dilupakan hubungan kita dengan cikgu2. Tak ensem or beautiful seseorang cikgu 2 biarkan saja janji ilmu dia 2 yang penting...Mr Bokbon memang hormat lah cikgu2 Mr Bokbon dan sampai sekarang kami saling berhubung antara satu sama lain (Sayang Cikgu2 Mr Bokbon!) 

Tapi dan tapi senario cap ayam macam Mr Bokbon ukir zaman muda2 tak mampu anak2 didik sekarang buat. Mungkin tewas dan layu dalam pelukan Muka Buku, Twitter, Ym, Smart Phone, Ipad, dan segala mak nenek benda yang canggih menyebabkan pelajaran macam komponen simple bagi mereka. Lulus or Gagal bukan dirisaukan bahkan tak ada perasaan kalau dapat markah rendah dalam satu2 paper. Kadang2 daripada sudut kecanggihan semasa ICT yang wujud ini boleh memudahkan kerja manusia akan tetapi kalau dah terlalu obses akan makan diri sendiri. Mr Bokbon perhatikan adanya teknologi sekarang bukan dapat membantu anak didik Mr Bokbon mengetahui isu semasa dan menyelesaikan task diberikan...makin bermasalah tue adalah, nasib lah dunia!!...Kadang2 Mr Bokbon sedih melihat mereka beraksi penuh gaya di Laman Muka Buku dengan gaya pic mulut muncung macam ikan todak, terkepik2 kat sana sini, status relation (Bangga siottt ada pacaran!!!), publish status bukan2, gaduh sana sini.. Terasa seumpama manusia sudah kembali kepada fasa kejakunlan peradaban awal kewujudan manusia....

Bila diperlahusi di manakah silapnya? Pada pandangan Mr Bokbon setelah berdepan kes-kes seumpama ini adalah wajar kerjasama semua pihak dikoleberasikan dalam mengatasi isu ini..Kalau kat rumah ibu bapa perlu main peranan janganlah duk kejar harta dunia sangat lah kita nie, tak payah lah gelang sampai ke bahu atau kete paling banyak park kat depan rumah. Mati tak dibawanya duit bertimbun2 ke kabur..Ibu bapa zaman2 Ipad nie kerlassss korang sume serah tugas kat cikgu. Tue anak2 jadi macam kucing dolce olala kat sekolah tue...Pitammmmm kita! Kena lah fokus dekat anak2 jugak. Bertanyakan pelajaran mereka, contact guru2 tanya prestasi semasa. Kesibukkan akan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila anak2 akan menjadi sampah masyarakat...percayalah bak kata Dato Siti!! Dato Siti pun nak jadi diva mcm skrng nie pun tekad korang!!

Kalau kat sekolah cikgu2 of course lah mainkan peranan. Cikgu2 nie kalau boleh semua benda nak sharing ngan anak murid. Dah anak murid malas nak bertanya, buka mulut bimbang takut kuar emas akan mengakibatkan barisan pendidik sukar nak kesan kat mana sakitnya agar mudah untuk dirawat....Mengeluh dan terus mengeluh cikgu2 dengan perkembangan budak2 sekarang. Ibarat budak2 sekarang nie kalah lembu satu kandang. Nak jaga lembu satu kandang x lah susah kalau nak bandingkan dengan budak yang berakal sorang. Kat mana silap tak tahu lah kann....

Peperiksaan tinggal berapa lama lagi, kalau tak berubah dan tak tahu apa nak buat Mr Bokbon dah tak boleh nak cakap apa dah. Ibarat curahkan air ke daun keladi lah jawabnya. Menyesal dahulu boleh diselamatkan, menyesal kemudian dah tak guna...Kita kann kalau nak bagi orang respect kita, kita kena respect diri kita dulu. Mr Bokbon dulu Ya Allah punya lah malas belajar tapi malas bertempat sebab kita nie paham mak abah tak pernah nak mewahkan diri dengan beli benda2 mahal. So macam mana nak motivasikan diri nak dapat semua tue. Haruslah tanam cita2 nak masuk U buat degree kemudian master lepas tue Ph.D. Lepas tue kuar cari keje best2 dan miliki apa kita nak sekelip mata sahaja...Belajar nie memang malas terutama kalau bab membaca!! Jangan lah jadikan semua itu alasan...Selagi kita boleh menyesal kita menyesal lah sepuasnya. Kalau terlewat pintu peluang dah tertutup menangis lah air mata darah ker x ada punya lah....

So, buat students Mr Bokbon yang dikasihi dan disayangi udah2 lah malas. Bawa2 lah bertaubat kembali ke pangkal jalan. Kalau yang sudah sedia menunggu "SIJIL TUNGGU PINANGAN MALAYA" Mr Bokbon tak boleh nak cakap apa it yours do i care...Tapi yang Mr Bokbon kisah jenis yang dah lah kita hidup susah, belagak nak mampus, bajet hot memang cari penyakit kann...Mr Bokbon tak akan duk diam yer,tak guna KPM hantar Mr Bokbon jauh2 kalau tak mampu bawa keluar anak didik Mr Bokbon kuar daripada kepompong kemiskinan....I DO and I WILL yer @_______@...aigoooo



"MENYESAL SELAGI BOLEH MENYESAL"



Usaha tangga kejayaan k...Credit kat Google! Pinjam k ^_^


P/S : Mr Bokbon kepingan nak makan nasi kerabu ayam bakar :(


3 comments:

Cik Pulau said...

ahaksss...
sampai kapan...
baik jgop nga cikgu2 dulu.. hehhe

bokbonputeh said...

Kena sentiasa baik CP dengan cikgu2 kita baru hidup berkat... :)

USA Wooden Toys said...

patpat coupon code

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...