Tuesday 28 February 2012

Kau Teman Kau Sahabat

...Ajal maut sudah tertulis bagi setiap anak adam yang dilahirkan ke muka buminya..Terasa sayu dengan pemergian arwah Mohammad Iqbarudin yang merupakan teman Mr Bokbon semasa sama-sama belajar di Universiti Malaysia Terengganu (2005-2008). Ternyata tuhan lebih sayangkan dia dan setiap apa yang terjadi sudah terlakar sebagai sebuah perjalanan dalam hidup ini. Bila imbau kembali kenangan bersama arwah terlalu banyak untuk dikongsikan. Arwah begitu cool, lawak, riang, peramah, understanding dan yang paling best suka usik Mr Bokbon...Tertanya tarikh 26hb. Feb 2012 iaitu tepat ulangtahun kelahiran arwah yang ke 26 menceritakan segalanya apabila arwah dijemput oleh Yang Esa untuk meninggalkan kami semua buat selamanya. 

...Mr Bokbon pasrah dengan pemergian arwah kerana semua ini adalah ketentuan ilahi. Hanya iringan doa yang kudus semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Air mata mengiringi pemergian seorang sahabat yang begitu ceria dalam kelas. Keluarga B.(Hons) Mangt (Policy And Social Environment) batch 05/08 menangisi pemergian arwah. Namun, hidup perlu diteruskan...Biarkan arwah tenang di sana...

...Ternyata Feb 2012 akan Mr Bokbon kenang sampai bila-bila. detik yang menguji hidup Mr Bokbon dengan pelbagai dugaan. Tapi biarlah masa yang menentukan segalanya...Terlalu rindukan pelukan ibu tersayang melepaskan rindu dan kepenatan diri ini menanggung semua ini. Walau apa jua dugaan kita, ingatlah Allah S.W.T maha adil, setiap ujian diberikan ada hikmah disebaliknya...amin



Al-Fatihah ...Mohammad Iqbarudin (26.2.1986-26.2.2012) dalam kenangan
 :(

Sunday 26 February 2012

Walau kita nakal...

:::Manusia diciptakan tidak sempurna dan kita cuba berusaha untuk jadi lebih sempurna. Tapi bila kita lalai dan gagal menemui landasan yang sebenar dalam hidup, kita tak boleh nak salahkan takdir kenapa semua ini terjadi ke atas diri kita. Allah S.W.T tak akan uji mahkluk ciptaannya sesuka hati, ujian yang datang akan mendewasakan kita untuk terus melangkah menjadi yang terbaik dalam hidup ini...Ermmmm kenapa Mr Bokbon berpujangga dan bermadah helah pulak petang nie kan?..:(

...Apa korang akan rasa bila korang dapat teman yang mampu buat kita kembali ceria, dia lah umpama sinar baru dalam hidup kita bila jiwa kita sedang kacau. Tapi bila kembali ceria dia seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu yang membuatkan kita sendiri risau. Alhamdulilah akhirnya dia menceritakan kepada kita titik hitam dalam hidup nyer. Titik di mana dia terpaksa untuk tipu perasaan sebenar dia. Hidup menjadi hanyut ditelan masa. Bagi dia, hidupnya hanyalah untuk keseronakkan...Kadang2 dia rasakan dirinya terlalu jijik untuk berkawan dengan orang disekeliling nyer.Luaran bila diperhatikan dia ceria, cool, bersemangat dan hepi setiap masa tapi dalam hati dia seolah2  letupan magma gunung berapi yang sedang mendidih untuk memuntahkan lava nyer...Mr Bokbon terduduk mendengar cerita tersebut, tapi Mr Bokbon tak salahkan dia kenapa jalan ini yang dia pilih. Perasaan sayu mula bermain difikiran bila dia adalah sahabat kita yang sudi berkongsi suka duka kini sedang bertaruh melawan perasaan yang dia sendiri sukar untuk mentafsirkannya. 

...Mr Bokbon mengenali dia secara tak sengaja tapi walau dia hanya seorang tukang jahit pelbagai sinopsis cerita pilu bermain dalam hidupnya. Terasa agak tidak adil semua ini berlaku kepadanya, Tapi kita tak boleh salahkan takdir kerana itu sudah tertulis bahawa dia akan diuji dengan sebegini rupa...Walaupun kita nakal macam mana sekali pun, Mr Bokbon percaya pasti suatu hari nanti akan ada titik pertemuan di antara ruang dan garis titik normal. Sekarang dia mula kembali ketawa bila dia tahu Mr Bokbon sudi menjadi pendengar setia dia, walaupun kami berbeza latar belakang Mr Bokbon tak jadikan halangan untuk berkawan dengan dia. Satu penghormatan bagi Mr Bokbon membawa dia kembali ke garis normal dalam kehidupan. Paling sebak setiap kali panggilan daripada dia, dia merindui seorang sahabat iaitu "Mr Bokbon"...Sebelum Mr Bokbon hadir hidupnya hanyut di bawa malam yang gelap. Tapi itu semua bukan salahnya...InsyaAllah Mr Bokbon akan bantu dia dengan kudrat yang ada. Mungkin Tuhan kurniakan akal dan ilmu kepada Mr Bokbon untuk berkongsi dengan dia. Mendengar luahan rasa dia!!!

...Begitulah warna kehidupan pelbagai warna kita corakkan agar pementasan drama kehidupan berlalu dengan penuh keriangan. Namun, tiap saat kita alpa bahawa tiap warna yang kita corakkan itu pasti akan ada noda hitam yang akan kekal bertaut menjadi resam hidup kita. 



Pintu Taubat sentiasa terbuka luas...InsyaAllah~~~aigooo (Pinjam drp En Google)




Aku...Dia...Kamu...Awak dan UMT

Ehemmmmmmm...rindu nyer nak peluk kamu!! Peluk sapa pulak Mr Bokbon..ishhhhhh korang nie jangan pikir bukan2 kuning sangat otak tue. Rindu nak peluk cium blog Mr Bokbon nie lah dah lama tak update. Bukan sebab tak ada idea nak story on the board dengan korang tapi keje bertimbun nak kena siap. Kadang-kadang boleh buat Mr Bokbon lost untuk seketika tau. So hari nie dah Ahad boleh lah rehatkan badan dengan aktiviti2 mengemas rumah, dobi baju2 yang dah macam gunung kinabalu, main masak2 kat dapur dan pagi dah dah ke bandar Tawau selesaikan segala urusan hutang piutang..So, sambil tunggu nak sidai baju update lah dulu entry hari nie...

Rindu zaman UMT!!! Dushhhh apa pulak 2 Mr Bokbon. Hah korang semalam Mr Bokbon baru dapat baju yang ditempah khas daripada  Junior Fizik Mr Bokbon dekat UMT yang sekarang sedang sibuk buat bisnes baju "I Love UMT" macam Mr Bokbon pakai kat bawah tue lah. Bila pakai baju nie teringat pulak pelbagai cerita lucu, sedih, pilu, cool, riang, dan pelbagai lagi semasa di UMT...Kata orang kita membesar bersama pengalaman kann dan pengalaman itulah yang mendewasakan kita menjadi manusia yang berguna. Terima kasih UMT menjadikan mimpi Mr Bokbon menjadi kenyataan ^_^




...I LOVE UMT...aigoooooooooooo


Wednesday 22 February 2012

Wordless Wednesday #7


Meneruskan rutin harian dengan penuh keceriaan. Selamat Pagi korang, Mr Bokbon credit smile :) dekat korang sume pagi nie. Mulakan pagi nie dengan rasa penuh kesyukuran bahawa hari ini adalah lebih baik daripada semalam~~~Aigooooooo 


Sunday 19 February 2012

Exam oh Exam....

Ehemmmmm AHAD!! Nama jer cuti tapi kerja Mr Bokbon masih lagi banyak untuk disiapkan. Penat minggu lepas bekerja 7 hari masih lagi tak hilang. Semalam dengan sekolah ganti cukup melengkapkan fasa kerja sepanjang hari 2 minggu nie. Hari Ahad ingatkan boleh membuta, tapi dan tapi banyak lagi kerja belum disiapkan. Minggu terdekat nie sibuk lagi dengan Majlis Tilawah Al Quran MTQ Daerah Tawau dan macam biasalah Mr Bokbon bertindak sebagai Pengacara Majlis (Susah kalau jadi Dato Mahatdir Luqman celupp ni kannn!!)..Minggu berikutnya 27hb/2/2012 until 3hb/3/2012 Ujian Selaras I akan berlangsung...ermmmm exam oh exam!!

Bila sebut exam nie bukan sahaja pelajar akan berdebar menantikan soalan apa yang akan keluar. Cikgu nyer pun dah naik hantu nasib tak meroyan malam2 buta gara2 duk fikirkan soalan yang releven dengan sukatan yang dah dipelajari. Untuk ujian kali nie Mr Bokbon bergabung dengan Mr AFY untuk menyiapkan kertas 900/1 dan 900/2 dimuatkan dalam satu kertas sahaja...Tapi ujian kali nie bukan sebarangan ujian, pelajar Mr Bokbon akan dicartakan mengikut carta hati...hahahaahahahaaha...bukan lah korang dia orang akan diranking mengikut markah dan yang berjaya dalam senarai top 10 akan dikelompokkan sebagai elite group paper Mr Bokbon dan below 10 akan dimasukkan ke dalam klinik. Klinik? yelah klinik pemulihan untuk mengubati mereka sebelum menjadi parah...Jadi kalau tak nak masuk dalam klinik pemulihan kenalah study dan study semoga lepas sasaran yang ditetapkan oleh Mr Bokbon dan Mr AFY....wish all the best guys :)



Exammmmmm............erkkkkkkkkkkk


Thursday 16 February 2012

Spontaneous Thursday #5


"Mimpi Biar Sampai Ke Bintang...Biar Kita Low Profile Jangan Low Class..."



Monday 13 February 2012

Inilah Kehidupan....

Ehemmmmm....wahhhh rindunya kat Blog Mr Bokbon, dah naik lalang blog Mr Bokbon nie gara-gara kesibukan terlampau. Korang apa cter?...Aaapa???? ada yang putus cinta? gaduh dengan pakwe dan makwe? kena marah kat bos? ermmmmmmmmm macam2 ada dalam kehidupan seharian nie kan..Korang mesti tertanya-tanya kan ke mana Mr Bokbon hilang sejak kebelakangan nie kan. Merajuk dah ker Mr Bokbon? Hahahahhahaha tak ada lah korang Mr Bokbon sibuk dengan Perayaann Jubli Emas sekolah yang Mr Bokbon mengajar sekarang nie. Penat sangat2!! Tiap malam jam 9pm wajib dah tido sebab kepenatan terlampau menguruskan pesta tersebut yang berlangsung selama 3 hari. Pelbagai aktiviti yang ada pameran, jualan, sukan, seminar dan macam2 lah. Pendek kata "Macam2 ader!!!"...

oK back on stage...Entry Mr Bokbon hari nie adalah "Inilah Kehidupan" wowwww hebat bunyi entry Mr Bokbon pagi nie kannn...alah bunyi jer hebat tapi storynya biasa2 dan suam2 kuku kaki sajow...Bila sebut tentang kehidupan pelbagai penghujahan akan kita terjemahkan untuk menggambarkan dimensi kehidupan.. Suka+Duka+Pilu+Riang+Down+GiveUp+Gembira+Geram dan sebagainya adalah rencah kehidupan yang cukup2 mengajar kita tentang kedewasaan kan. Tapi bila kita diuji dalam kehidupan kita terutama perkara2 yang tak masuk akal serta remeh temeh terasa down sangat-sangat menyelesaikannya. Bayangkan kalau korang dapat masalah yang berulang yang memang sampai satu tahap korang akan keluarkan kenyataan "Tak paham bahasa atau buat-buat tak paham". Begitulah situasi yang terpaksa Mr Bokbon lalui terpaksa menyelesaikan kes-kes bersama-sama manusia yang terasa diri mereka hebat...

Tuhan kurniakan kita akal untuk berfikir, mana yang baik serta buruknya sesuatu tindakan tapi dan tapi apa kejadahnya kalau hidup menyusahkan orang....Kualiti hidup akan jatuh kepada peratus yang paling rendah serta rasa hormat orang terhadap diri kita akan mulai down..."DENGKI" korang pernah ada perasaan dengki?...Aku dengki ko cantek? Aku jeles makwe/pakwe ko cun/ensem? Aku dengki ko kaya? Aku bengang ko dapat markah tinggi sebab ko seludup nota? Aku bengang sebab aku tak dapat jadi Ajk Penerbitan Majalah? dan Aku jeles sebab korang pegang jawatan penting kelab/persatuan? Ohhhh tidakkk kenapa LOW CLASS pemikiran kita menyemai benih dengki dalam kehidupan seharian. Kalau nak dengki tengok orang berjaya dan kita jadikannya sebagai asas kemajuan kita Mr Bokbon tak kisah. Nie kita pun dah lah Mati Segan Hidup Tak Mahu ada hati dan perasaan nak dengki dengan orang lain. Inilah kehidupan yang diwarni dengan pelbagai watak antegonis manusia yang boleh kita simpulkan sebagai spesis2 talang dua muka....

Kadang-kadang Mr Bokbon sedih melihat manusia gelandangan ini yang sibuk meraih undi perhatian orang sekeliling untuk diberikan perhatian kepada mereka sedangkan mereka tidak sedar tindakan mereka telah menyebabkan banyak hati yang terguris..Inilah kehidupan kalau kita mengeluarkan sesuatu kenyataan kita fikir terlebih dahulu baik buruk kenyataan tersebut kepada orang lain. Bahkan kerana satu perkataan ianya boleh menjadi perang besar dalam satu-satu kelompok. Dasyatkan!! Manusia dicipta tidak sempurna dalam pelbagai segi, jadi kita sentiasa berusaha menjadi yang terbaik dalam kehidupan kita. Tapi bila ada watak2 seumpama nie disekeliling kita seumpama ianya kulat yang akan menyebabkan kulit kita kegatalan yang terlampau. Hah dasyat kan bila dikelilingi oleh manusia yang suka DENGKI dan TALANG DUA MUKA nie kan...well inilah kehidupan~~~

Isu remeh temeh???...apa pulak Mr Bokbon? Korang pernah disajikan dengan masalah remeh temeh? 1st time memang kita akan take over case tersebut dan cuba untuk selesaikannya menggunakan pendekatan profesional dan pelbagai elemen kemanusiaan yang kita ketahui. Tapi bila case yang sama berulang setelah mulut kita berbuih bagi ceramah seumpama LOW CLASS nyer!! Sedang orang lain sibuk mengejar kejayaan di depan mata, manusia ini sedang asyik dengan fakta dan hikayat dongeng mereka bersketsa di pentas duka memerihalkan kelemahan orang lain. Tuhan cipta akal bukan untuk kita hukum orang lain, tak bergaji nyer korang kalau hukum orang...Inilah kehidupan yang dikelilingi mereka yang terasa hebat tapi hakikatnya yang berhujah pada titik yang benar pun takut. Mr Bokbon naik rimas dan cuak bila  berdepan dengan kes seumpama ini....So korang ingat jangan buat benda yang boleh orang lain cuak,bengang, meluak, poyo dan seangkatan dengan nyer dengan kita.....~~~`aigoooooooo



Alah rindunya kat Pantai Cahaya Bulan....

P/S : Buat adik Mr Bokbon TAHNIAH sebab dah lulus dengan cemerlang final exam Oral Biology...So habuannya tiket free balik kampung bulan 3 bersama-sama Mr Bokbon :)


Tuesday 7 February 2012

Sibuk Oh Sibuk~~

Ehemmmm rindu nyer kat blog Mr Bokbon...al maklum saja lah kesibukkan tahap gaban menguasai dan menghantui diri ini. Korang apa cter? Yang cuti mesti bestt kan boleh bangun lambat, al maklum lah hari nie bagi negeri yang sambut Thaipusam sah2 dapat cuti extra. Mr Bokbon hari nie duty seperti biasa sebab minggu nie adalah minggu kemuncak kesibukan tahap gaban...Kenapa pulak Mr Bokbon? Well untuk pengetahuan korang sume minggu nie Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia akan turun ke sekolah Mr Bokbon bagi merasmikan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun sekolah yang Mr Bokbon mengajar nie....

...Pagi2 dah ada sesi kuliah...Alhamdulilah kuliah berjalan dengan lancar, turun ajer daripada blok akademik terus memulakan tugas menyiapkan kerja2 menjelang sambutan Jubli Emas. Disebabkan Mr Bokbon adalah guru penasihat Majlis Perwakilan Pelajar Pra U maka papan kenyataan perlu dikemaskini agar VVIP yang lalu tak lah nampak kosong pada ruangan kami. Esok akan dijalankan gotong royong perdana dan persiapan untuk gerai jualan. JAGUNG BAKAR...JAGUNG BAKAR...hahahhahahahaha gamaknya macam tue lah kot budak2 Mr Bokbon akan beraksi berbisnes Jagung Bakar dia orang. Tak apa lah janji dia orang diberikan pendedahan dengan masyarakat luar selain mendidik mereka berbisnes...Memang boleh dikatakan suasana sekolah Mr Bokbon sekarang semua kelam kabut dan busy lah. Memang betul2 tak larat sampaikan nak pejamkan mata pun tak boleh...Nati lah korang sepanjang Jubli Emas nati Mr Bokbon akan snap pic2 lawa untuk tatapan korang....aigooooo~~~



Rindunyer nak balikkkkkk kampung :(


Friday 3 February 2012

Cinta Zaman Kampus

Ehemmmmm....besttt nyer petang2 macam nie hujan, terubat jua aktiviti membuta di petang hari kannn...Tak ada lah korang Mr Bokbon sibuk tahap dewa minggu nie dengan kuliah dan tutorial yang berjalan seperti biasa. Minggu nie jugak satu wilayah Mr Bokbon sedang sibuk dengan persiapan untuk perasmian sekolah. Timb. Menteri Pelajaran akan turun merasmikannya. Adussssssssss banyak benda kena update! tapi tak merungut pun, bangga ada lah sebab bukan mudah VVIP nak turun ke sekolah Mr Bokbon nie. Pasal perasmian sekolah dan sambutan Jubli Emas sekolah yang Mr Bokbon mengajar sekarang nie kita story kat entry lain k...Petang nie ada cter bessttt...jommm layan!! korang siap sedia ngan bertih jagung tau :)

...Cinta Zaman Kampus woooowww cool nyer bunyi kann...hah? Cinta Muka Buku? bukan lah korang, zaman Mr Bokbon duk kat campus dulu tak adalah muka buku nie. Zaman2 YM,Friendster, MiRC jer lagi. So kenapa dengan cinta zaman kampus? Mr Bokbon bercinta tahap gaban erkkk zaman campus??? Erkkkkk korang nie agak2 lah kalau nak booommmm Mr Bokbon. Zaman campus dulu Mr Bokbon nie suka berkawan dengan ramai manusia tak kira bangsa, agama, latar belakang dan fahaman politik...Cewahhhhhhh aplikasi teori hieraki Maslow lah nie! So bila kita berkawan nie mesti lah ada peminat misteri kann...Woowwwww Mr Bokbon pun ada peminat misteri ker? Serius kalau tahu kat kawan2 Mr Bokbon mesti dia akan mengamuk sebab kenapa rahsia kan cerita nie begitu lama kan...Hahahahahahhahaha line kena jaga lah korang baru hidup aman~~~ Line clear katanya :)

Peminat Mr Bokbon nie terlalu misteri, bermula semasa Mr Bokbon tahun akhir pengajian degree pelbagai kejadian aneh dan misteri terjadi. Dia akan hantar SMS tiap2 malam, kemudian bila balik kuliah dalam helmet Mr Bokbon ada coklat, Patung Katak Hijau (Opsssss!), dan semasa Mr Bokbon jadi DJ pesta konvo tiba2 dapat bunga daripada orang yang sama. Time tue mana nak kecoh, diam2 ajer lah sebab bimbang nati dikatakan perasan hot lah pulakkkk...kejadian ini terus berlalu sehinggalah Mr Bokbon menamatkan kertas terakhir pada semester terakhir sebelum pulang ke kampung. Malam tue sebelum ke bandar untuk celebrate besday classmate Mr Bokbon dia sms nak jumpa, katanya ada sesuatu yang tersangat penting. Sedangkan Mr Bokbon tak tahu siapa sebenarnya gerangan insan tersebut. Lelaki atau Perempuan pun Mr Bokbon tak pasti cuma yang pasti dia nak jumpa dekat NR Cafe (Cafe nie memang populor di kalangan students UMT). Memang tak jumpa sebab nak enjoy ngan member2 malam terakhir dekat Kuala Terengganu dan abaikan sahaja pasal hamba Allah 2...

...SMS tetap dia utus macam biasa, sampailah Istiadat Konvoksyen UMT ke-6 ada jambangan ros merah yang tertulis "Tahniah! Iklas A"...ermmmmm sapa A? adusssss memang complicated sungguh lahh. Memang time tue tak dapat baca lagi siapakah pengirim bunga nie. So abaikan dan life must go on. Mr Bokbon further study dekat UKM, dan dia masih lagi hubungi Mr Bokbon. Adussssss dari UMT ke UKM mengejar Mr Bokbon...memang dia tak pernah mengaku kalah dan betul2 nak kenal Mr Bokbon. So, kami putuskan untuk jumpa! Midvelly Megamall menjadi saksi pertemuan pertama Mr Bokbon dengan peminat yang selama nie mengejar dari UMT sampai ke UKM...Dushhhhhhhhhh memang terkejut beruk bila melihat insan yang selama nie A adalah manusia yang pernah memalukan Mr Bokbon semasa di Fakulti. Tuhan saja yang tahu perasaan time tue, rupanya selama nie dia cuba untuk rapat tapi bila jumpa Mr Bokbon di Kompleks Kuliah atau Cafe mesti Mr Bokbon buat muka poyo dan selamba badak sebab dah cuak dengan tragedi dekat Fakulti tempoh hari. Padam lah muka sapa suruh cari pasal dulu kann...So, dia terus terang yang sejak kali pertama terserempak dengan Mr Bokbon dia dah rasa lain, tapi dia cuba rapatkan diri dia dengan buat benda yang bodohhh kann...So its yours!. So, terjawab selama nie individu yang bagi coklat, patung katak hijau dan bunga serta pengutus SMS misteri setiap malam...

...hampir 3 tahun tragedi tersempak A di Midvelly berlalu dan saat itu dia masih mencari Mr Bokbon sampailah 2 hari lepas panggilan misteri masuk ke Telefon. Memang number yang tak dikenali, suara lelaki berusia lewat usia 50-an bertanya khabar Mr Bokbon dan memperkenalkan diri iaitu bapa A. Terkejut jugak boleh buat mati terkejut gamaknya bila mendapat tahu A sedang sakit dan sekarang sedang mendapat rawatan di salah sebuah hospital di Lembah Klang. Setelah sekian lama, 2008 hingga sekarang nie lah kali pertama Mr Bokbon bercakap dengan dia atas talian. Ternyata dia begitu gembira dengan perbualan kami dan mengetahui perkembangan Mr Bokbon. 3 tahun dia mencari Mr Bokbon tanpa kabar berita. Hah! memang down sangat time tue sebab memikirkan  JAHATNYA AKU~~~ dia menanti hampir 4 tahun hanya untuk minta maaf dan berbaik dengan kita. Kita layan dia macam dia buat jahat tahap gaban dengan kita...Apapun buat A, Mr Bokbon maafkan kesalahan lalu dan apa terjadi lepas nie biarlah masa tentukan~~~~aigooooo



Down ambo~~pinjam yer Mr Google


P/S : Buat BFF Mr Bokbon (Nik Kymie, Vicit Ryzal, Syahiran Hilmi, Aruel, Jay, and Norjila) sori sebab merahsia cerita nie sejak 2008.

Thursday 2 February 2012

Spontaneous Thursday #4

"Yang bulat tak akan datang BERGOLEK...dan...Yang pipih tak akan datang MELAYANG...."



...Hidup kena rajin berusaha. Usaha tangga kejayaan...Manusia sekarang belum lagi usaha dah mengaku kalah dan bila berusaha cepat putus asa. Kemudian D+E+N+G+K+I dengan kejayaan orang lain. Peluang diberikan sama adil kenapa perlu ada sikap cemburu. Walau apa jua kejayaan kita itu adalah nikmat hasil usaha kita atas semangat dan dorongan Mak Abah, Adik Beradik, Saudara Mara, Cikgu-cikgu, Lect2 dan Kawan2...Jauhi DENGKI, tingkatkan prestasi~~~~aigoooooooo :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...