Sunday 19 February 2012

Exam oh Exam....

Ehemmmmm AHAD!! Nama jer cuti tapi kerja Mr Bokbon masih lagi banyak untuk disiapkan. Penat minggu lepas bekerja 7 hari masih lagi tak hilang. Semalam dengan sekolah ganti cukup melengkapkan fasa kerja sepanjang hari 2 minggu nie. Hari Ahad ingatkan boleh membuta, tapi dan tapi banyak lagi kerja belum disiapkan. Minggu terdekat nie sibuk lagi dengan Majlis Tilawah Al Quran MTQ Daerah Tawau dan macam biasalah Mr Bokbon bertindak sebagai Pengacara Majlis (Susah kalau jadi Dato Mahatdir Luqman celupp ni kannn!!)..Minggu berikutnya 27hb/2/2012 until 3hb/3/2012 Ujian Selaras I akan berlangsung...ermmmm exam oh exam!!

Bila sebut exam nie bukan sahaja pelajar akan berdebar menantikan soalan apa yang akan keluar. Cikgu nyer pun dah naik hantu nasib tak meroyan malam2 buta gara2 duk fikirkan soalan yang releven dengan sukatan yang dah dipelajari. Untuk ujian kali nie Mr Bokbon bergabung dengan Mr AFY untuk menyiapkan kertas 900/1 dan 900/2 dimuatkan dalam satu kertas sahaja...Tapi ujian kali nie bukan sebarangan ujian, pelajar Mr Bokbon akan dicartakan mengikut carta hati...hahahaahahahaaha...bukan lah korang dia orang akan diranking mengikut markah dan yang berjaya dalam senarai top 10 akan dikelompokkan sebagai elite group paper Mr Bokbon dan below 10 akan dimasukkan ke dalam klinik. Klinik? yelah klinik pemulihan untuk mengubati mereka sebelum menjadi parah...Jadi kalau tak nak masuk dalam klinik pemulihan kenalah study dan study semoga lepas sasaran yang ditetapkan oleh Mr Bokbon dan Mr AFY....wish all the best guys :)



Exammmmmm............erkkkkkkkkkkk


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...