Friday 3 February 2012

Cinta Zaman Kampus

Ehemmmmm....besttt nyer petang2 macam nie hujan, terubat jua aktiviti membuta di petang hari kannn...Tak ada lah korang Mr Bokbon sibuk tahap dewa minggu nie dengan kuliah dan tutorial yang berjalan seperti biasa. Minggu nie jugak satu wilayah Mr Bokbon sedang sibuk dengan persiapan untuk perasmian sekolah. Timb. Menteri Pelajaran akan turun merasmikannya. Adussssssssss banyak benda kena update! tapi tak merungut pun, bangga ada lah sebab bukan mudah VVIP nak turun ke sekolah Mr Bokbon nie. Pasal perasmian sekolah dan sambutan Jubli Emas sekolah yang Mr Bokbon mengajar sekarang nie kita story kat entry lain k...Petang nie ada cter bessttt...jommm layan!! korang siap sedia ngan bertih jagung tau :)

...Cinta Zaman Kampus woooowww cool nyer bunyi kann...hah? Cinta Muka Buku? bukan lah korang, zaman Mr Bokbon duk kat campus dulu tak adalah muka buku nie. Zaman2 YM,Friendster, MiRC jer lagi. So kenapa dengan cinta zaman kampus? Mr Bokbon bercinta tahap gaban erkkk zaman campus??? Erkkkkk korang nie agak2 lah kalau nak booommmm Mr Bokbon. Zaman campus dulu Mr Bokbon nie suka berkawan dengan ramai manusia tak kira bangsa, agama, latar belakang dan fahaman politik...Cewahhhhhhh aplikasi teori hieraki Maslow lah nie! So bila kita berkawan nie mesti lah ada peminat misteri kann...Woowwwww Mr Bokbon pun ada peminat misteri ker? Serius kalau tahu kat kawan2 Mr Bokbon mesti dia akan mengamuk sebab kenapa rahsia kan cerita nie begitu lama kan...Hahahahahahhahaha line kena jaga lah korang baru hidup aman~~~ Line clear katanya :)

Peminat Mr Bokbon nie terlalu misteri, bermula semasa Mr Bokbon tahun akhir pengajian degree pelbagai kejadian aneh dan misteri terjadi. Dia akan hantar SMS tiap2 malam, kemudian bila balik kuliah dalam helmet Mr Bokbon ada coklat, Patung Katak Hijau (Opsssss!), dan semasa Mr Bokbon jadi DJ pesta konvo tiba2 dapat bunga daripada orang yang sama. Time tue mana nak kecoh, diam2 ajer lah sebab bimbang nati dikatakan perasan hot lah pulakkkk...kejadian ini terus berlalu sehinggalah Mr Bokbon menamatkan kertas terakhir pada semester terakhir sebelum pulang ke kampung. Malam tue sebelum ke bandar untuk celebrate besday classmate Mr Bokbon dia sms nak jumpa, katanya ada sesuatu yang tersangat penting. Sedangkan Mr Bokbon tak tahu siapa sebenarnya gerangan insan tersebut. Lelaki atau Perempuan pun Mr Bokbon tak pasti cuma yang pasti dia nak jumpa dekat NR Cafe (Cafe nie memang populor di kalangan students UMT). Memang tak jumpa sebab nak enjoy ngan member2 malam terakhir dekat Kuala Terengganu dan abaikan sahaja pasal hamba Allah 2...

...SMS tetap dia utus macam biasa, sampailah Istiadat Konvoksyen UMT ke-6 ada jambangan ros merah yang tertulis "Tahniah! Iklas A"...ermmmmm sapa A? adusssss memang complicated sungguh lahh. Memang time tue tak dapat baca lagi siapakah pengirim bunga nie. So abaikan dan life must go on. Mr Bokbon further study dekat UKM, dan dia masih lagi hubungi Mr Bokbon. Adussssss dari UMT ke UKM mengejar Mr Bokbon...memang dia tak pernah mengaku kalah dan betul2 nak kenal Mr Bokbon. So, kami putuskan untuk jumpa! Midvelly Megamall menjadi saksi pertemuan pertama Mr Bokbon dengan peminat yang selama nie mengejar dari UMT sampai ke UKM...Dushhhhhhhhhh memang terkejut beruk bila melihat insan yang selama nie A adalah manusia yang pernah memalukan Mr Bokbon semasa di Fakulti. Tuhan saja yang tahu perasaan time tue, rupanya selama nie dia cuba untuk rapat tapi bila jumpa Mr Bokbon di Kompleks Kuliah atau Cafe mesti Mr Bokbon buat muka poyo dan selamba badak sebab dah cuak dengan tragedi dekat Fakulti tempoh hari. Padam lah muka sapa suruh cari pasal dulu kann...So, dia terus terang yang sejak kali pertama terserempak dengan Mr Bokbon dia dah rasa lain, tapi dia cuba rapatkan diri dia dengan buat benda yang bodohhh kann...So its yours!. So, terjawab selama nie individu yang bagi coklat, patung katak hijau dan bunga serta pengutus SMS misteri setiap malam...

...hampir 3 tahun tragedi tersempak A di Midvelly berlalu dan saat itu dia masih mencari Mr Bokbon sampailah 2 hari lepas panggilan misteri masuk ke Telefon. Memang number yang tak dikenali, suara lelaki berusia lewat usia 50-an bertanya khabar Mr Bokbon dan memperkenalkan diri iaitu bapa A. Terkejut jugak boleh buat mati terkejut gamaknya bila mendapat tahu A sedang sakit dan sekarang sedang mendapat rawatan di salah sebuah hospital di Lembah Klang. Setelah sekian lama, 2008 hingga sekarang nie lah kali pertama Mr Bokbon bercakap dengan dia atas talian. Ternyata dia begitu gembira dengan perbualan kami dan mengetahui perkembangan Mr Bokbon. 3 tahun dia mencari Mr Bokbon tanpa kabar berita. Hah! memang down sangat time tue sebab memikirkan  JAHATNYA AKU~~~ dia menanti hampir 4 tahun hanya untuk minta maaf dan berbaik dengan kita. Kita layan dia macam dia buat jahat tahap gaban dengan kita...Apapun buat A, Mr Bokbon maafkan kesalahan lalu dan apa terjadi lepas nie biarlah masa tentukan~~~~aigooooo



Down ambo~~pinjam yer Mr Google


P/S : Buat BFF Mr Bokbon (Nik Kymie, Vicit Ryzal, Syahiran Hilmi, Aruel, Jay, and Norjila) sori sebab merahsia cerita nie sejak 2008.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...