Sunday 26 February 2012

Walau kita nakal...

:::Manusia diciptakan tidak sempurna dan kita cuba berusaha untuk jadi lebih sempurna. Tapi bila kita lalai dan gagal menemui landasan yang sebenar dalam hidup, kita tak boleh nak salahkan takdir kenapa semua ini terjadi ke atas diri kita. Allah S.W.T tak akan uji mahkluk ciptaannya sesuka hati, ujian yang datang akan mendewasakan kita untuk terus melangkah menjadi yang terbaik dalam hidup ini...Ermmmm kenapa Mr Bokbon berpujangga dan bermadah helah pulak petang nie kan?..:(

...Apa korang akan rasa bila korang dapat teman yang mampu buat kita kembali ceria, dia lah umpama sinar baru dalam hidup kita bila jiwa kita sedang kacau. Tapi bila kembali ceria dia seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu yang membuatkan kita sendiri risau. Alhamdulilah akhirnya dia menceritakan kepada kita titik hitam dalam hidup nyer. Titik di mana dia terpaksa untuk tipu perasaan sebenar dia. Hidup menjadi hanyut ditelan masa. Bagi dia, hidupnya hanyalah untuk keseronakkan...Kadang2 dia rasakan dirinya terlalu jijik untuk berkawan dengan orang disekeliling nyer.Luaran bila diperhatikan dia ceria, cool, bersemangat dan hepi setiap masa tapi dalam hati dia seolah2  letupan magma gunung berapi yang sedang mendidih untuk memuntahkan lava nyer...Mr Bokbon terduduk mendengar cerita tersebut, tapi Mr Bokbon tak salahkan dia kenapa jalan ini yang dia pilih. Perasaan sayu mula bermain difikiran bila dia adalah sahabat kita yang sudi berkongsi suka duka kini sedang bertaruh melawan perasaan yang dia sendiri sukar untuk mentafsirkannya. 

...Mr Bokbon mengenali dia secara tak sengaja tapi walau dia hanya seorang tukang jahit pelbagai sinopsis cerita pilu bermain dalam hidupnya. Terasa agak tidak adil semua ini berlaku kepadanya, Tapi kita tak boleh salahkan takdir kerana itu sudah tertulis bahawa dia akan diuji dengan sebegini rupa...Walaupun kita nakal macam mana sekali pun, Mr Bokbon percaya pasti suatu hari nanti akan ada titik pertemuan di antara ruang dan garis titik normal. Sekarang dia mula kembali ketawa bila dia tahu Mr Bokbon sudi menjadi pendengar setia dia, walaupun kami berbeza latar belakang Mr Bokbon tak jadikan halangan untuk berkawan dengan dia. Satu penghormatan bagi Mr Bokbon membawa dia kembali ke garis normal dalam kehidupan. Paling sebak setiap kali panggilan daripada dia, dia merindui seorang sahabat iaitu "Mr Bokbon"...Sebelum Mr Bokbon hadir hidupnya hanyut di bawa malam yang gelap. Tapi itu semua bukan salahnya...InsyaAllah Mr Bokbon akan bantu dia dengan kudrat yang ada. Mungkin Tuhan kurniakan akal dan ilmu kepada Mr Bokbon untuk berkongsi dengan dia. Mendengar luahan rasa dia!!!

...Begitulah warna kehidupan pelbagai warna kita corakkan agar pementasan drama kehidupan berlalu dengan penuh keriangan. Namun, tiap saat kita alpa bahawa tiap warna yang kita corakkan itu pasti akan ada noda hitam yang akan kekal bertaut menjadi resam hidup kita. 



Pintu Taubat sentiasa terbuka luas...InsyaAllah~~~aigooo (Pinjam drp En Google)




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...