Monday 13 February 2012

Inilah Kehidupan....

Ehemmmmm....wahhhh rindunya kat Blog Mr Bokbon, dah naik lalang blog Mr Bokbon nie gara-gara kesibukan terlampau. Korang apa cter?...Aaapa???? ada yang putus cinta? gaduh dengan pakwe dan makwe? kena marah kat bos? ermmmmmmmmm macam2 ada dalam kehidupan seharian nie kan..Korang mesti tertanya-tanya kan ke mana Mr Bokbon hilang sejak kebelakangan nie kan. Merajuk dah ker Mr Bokbon? Hahahahhahaha tak ada lah korang Mr Bokbon sibuk dengan Perayaann Jubli Emas sekolah yang Mr Bokbon mengajar sekarang nie. Penat sangat2!! Tiap malam jam 9pm wajib dah tido sebab kepenatan terlampau menguruskan pesta tersebut yang berlangsung selama 3 hari. Pelbagai aktiviti yang ada pameran, jualan, sukan, seminar dan macam2 lah. Pendek kata "Macam2 ader!!!"...

oK back on stage...Entry Mr Bokbon hari nie adalah "Inilah Kehidupan" wowwww hebat bunyi entry Mr Bokbon pagi nie kannn...alah bunyi jer hebat tapi storynya biasa2 dan suam2 kuku kaki sajow...Bila sebut tentang kehidupan pelbagai penghujahan akan kita terjemahkan untuk menggambarkan dimensi kehidupan.. Suka+Duka+Pilu+Riang+Down+GiveUp+Gembira+Geram dan sebagainya adalah rencah kehidupan yang cukup2 mengajar kita tentang kedewasaan kan. Tapi bila kita diuji dalam kehidupan kita terutama perkara2 yang tak masuk akal serta remeh temeh terasa down sangat-sangat menyelesaikannya. Bayangkan kalau korang dapat masalah yang berulang yang memang sampai satu tahap korang akan keluarkan kenyataan "Tak paham bahasa atau buat-buat tak paham". Begitulah situasi yang terpaksa Mr Bokbon lalui terpaksa menyelesaikan kes-kes bersama-sama manusia yang terasa diri mereka hebat...

Tuhan kurniakan kita akal untuk berfikir, mana yang baik serta buruknya sesuatu tindakan tapi dan tapi apa kejadahnya kalau hidup menyusahkan orang....Kualiti hidup akan jatuh kepada peratus yang paling rendah serta rasa hormat orang terhadap diri kita akan mulai down..."DENGKI" korang pernah ada perasaan dengki?...Aku dengki ko cantek? Aku jeles makwe/pakwe ko cun/ensem? Aku dengki ko kaya? Aku bengang ko dapat markah tinggi sebab ko seludup nota? Aku bengang sebab aku tak dapat jadi Ajk Penerbitan Majalah? dan Aku jeles sebab korang pegang jawatan penting kelab/persatuan? Ohhhh tidakkk kenapa LOW CLASS pemikiran kita menyemai benih dengki dalam kehidupan seharian. Kalau nak dengki tengok orang berjaya dan kita jadikannya sebagai asas kemajuan kita Mr Bokbon tak kisah. Nie kita pun dah lah Mati Segan Hidup Tak Mahu ada hati dan perasaan nak dengki dengan orang lain. Inilah kehidupan yang diwarni dengan pelbagai watak antegonis manusia yang boleh kita simpulkan sebagai spesis2 talang dua muka....

Kadang-kadang Mr Bokbon sedih melihat manusia gelandangan ini yang sibuk meraih undi perhatian orang sekeliling untuk diberikan perhatian kepada mereka sedangkan mereka tidak sedar tindakan mereka telah menyebabkan banyak hati yang terguris..Inilah kehidupan kalau kita mengeluarkan sesuatu kenyataan kita fikir terlebih dahulu baik buruk kenyataan tersebut kepada orang lain. Bahkan kerana satu perkataan ianya boleh menjadi perang besar dalam satu-satu kelompok. Dasyatkan!! Manusia dicipta tidak sempurna dalam pelbagai segi, jadi kita sentiasa berusaha menjadi yang terbaik dalam kehidupan kita. Tapi bila ada watak2 seumpama nie disekeliling kita seumpama ianya kulat yang akan menyebabkan kulit kita kegatalan yang terlampau. Hah dasyat kan bila dikelilingi oleh manusia yang suka DENGKI dan TALANG DUA MUKA nie kan...well inilah kehidupan~~~

Isu remeh temeh???...apa pulak Mr Bokbon? Korang pernah disajikan dengan masalah remeh temeh? 1st time memang kita akan take over case tersebut dan cuba untuk selesaikannya menggunakan pendekatan profesional dan pelbagai elemen kemanusiaan yang kita ketahui. Tapi bila case yang sama berulang setelah mulut kita berbuih bagi ceramah seumpama LOW CLASS nyer!! Sedang orang lain sibuk mengejar kejayaan di depan mata, manusia ini sedang asyik dengan fakta dan hikayat dongeng mereka bersketsa di pentas duka memerihalkan kelemahan orang lain. Tuhan cipta akal bukan untuk kita hukum orang lain, tak bergaji nyer korang kalau hukum orang...Inilah kehidupan yang dikelilingi mereka yang terasa hebat tapi hakikatnya yang berhujah pada titik yang benar pun takut. Mr Bokbon naik rimas dan cuak bila  berdepan dengan kes seumpama ini....So korang ingat jangan buat benda yang boleh orang lain cuak,bengang, meluak, poyo dan seangkatan dengan nyer dengan kita.....~~~`aigoooooooo



Alah rindunya kat Pantai Cahaya Bulan....

P/S : Buat adik Mr Bokbon TAHNIAH sebab dah lulus dengan cemerlang final exam Oral Biology...So habuannya tiket free balik kampung bulan 3 bersama-sama Mr Bokbon :)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...