Saturday 14 January 2012

Biar Miskin...

Sabtu bersamaan dengan CUTI oh CUTI, so boleh rehatkan badan sepuasnya setelah penat seminggu bekerja. Tapi dan tapi Mr Bokbon pagi2 buta dah berkejaran ke salah sebuah hotel di Tawau bagi menghadiri seminar. Adusssss awal2 tahun dah kena turun seminar...Ermmmmm jangan merungut tak baik, apa yang mampu kita laksanakan akan kita lakukan yang terbaik dan habis baik...Amacam sabtu korang sume, mesti ada yang duk mundar mandir kat Jalan TAR, tak pun lepak layan movie dekat Midvelly. Tak kisah lah apa yang korang buat janji ada benda yang terisi pada hujung minggu nie kan...

Adussss penat sungguh kerja minggu nie, mungkin sebab badan Mr Bokbon mengalami ketidakseimbangan hormon..Hahahahahahahaha...2-3 hari nie suara tiba2 tak ada mungkin sebab cuaca kejap panas dan kejap hujan. Nak melontarkan vokal di bilik kuliah pun terasa peritt tapi terpaksa laksanakan jua tugas walaupun sakit demi sebuah tanggungjawab... Ermmmmmm sebut tanggungjawab nie Mr Bokbon nak kongsi something dengan korang sume. Kalau yang baik tu kita jadikan pengajaran, yang buruk kita jadikan tauladan k!!

"Biar Miskin..." ermmmmm kenapa pula dengan miskin? siapa yang miskin? tak bantu kah mereka yang miskin ini?. Bukan lah korang, jangan cepat buat spekulasi dengar dulu flow yang Mr Bokbon nak bawa. oK! korang pernah ada kawan2 atau person kat sekeliling korang yang diklasifikasikan sebagai MISKIN?, kalau tengok kepada life dia kita pun simpati...Tapi dan tapi yang membuatkan kita cuak dan menyampah untuk ambik tahu pasal dia bila belagak dan tak pernah bersyukur. Penyakit ini lah paling bahaya~~ Mr Bokbon bukan nak judge orang miskin sume kata tak pernah bersyukur atau lupa daratan. Tapi bila melihat peristiwa yang berlaku di depan mata seolah2 meluak dan cuak habis. Kita sedia maklum, dia everything serba serbi kurang, apa salah nyer bersederhana dalam hidup dan cuba bersyukur dengan apa yang dimiliki. Paling tidak pun berusaha untuk mengubah nasib diri dan keluarga ke arah satu fasa hidup yang lebih selesa. Nie tidak nak belagak kemudian bodoh sombong!! Memang cukup lengkap lah....

Kata orang tak apa lah kalau kita miskin asalkan kita kaya budi bahasa, tapi kalau dah miskin ditambah budi bahasa out standing kan bala namanya tu. Mungkin benar lah, manusia nie rambut sama hitam tapi hati lain2. Tidak pernah bersyukur dengan apa yang dimiliki. Apa salahnya kalau kita rasa kita dah serba kekurangan, belajarlah untuk mengubah nasib diri kita. Belajar sungguh2 masuk universiti kemudian keluar cari kerja. Mr Bokbon perasan sejak kebelakangan nie dah jadi trend anak2 muda kita, baru habis belajar terus bagitahu mak bapak nak kawen. Jasa mak bapak pun belum dibalas lagi memberikan persekolahan sejak tadika sampai habis universiti. Berapa tahun mereka terpaksa ikat perut dan bergolok gadai semata2 untuk kita. 


Kucing pun tahu mintak sedekah~~~lalalalalalalalalalallalaal

Bila dah kawen kemiskinan terus diwarisi, kemudian nak salahkan takdir. Sedangkan kita sendiri yang mencari masalah. Kemudian bergantung kepada subsidi kerajaan. Kalau perangai tu Ok tak apa jugak nak harapkan subsidi kerajaan, nie dah lah belagak dan perangai pun buat orang cuak. Mr Bokbon ingat lagi seorang teman Mr Bokbon semasa belajar dulu. Dia nie punya lah susah, masa belajar selalu ikat perut sebab duit sentiasa tak cukup. Tapi budi bahasa dia punya tinggi dengan kawan2, sampaikan kita nak buat jahat pun tak sanggup dan kadang2 Mr Bokbon selalu jugak kredit dekat dia kalau bab2 makan nie. Biarlah dia miskin at least dia tahu nak hormat orang sekitarnya. Nie dah lah miskin, perangai macam hantu kemudian belagak yang dia lah jaguh segalanya. 

Orang tak akan hina kita kalau kita orang miskin, dan orang tak akan hina atau caci kita kalau kita tak pakai baju brand giler2, tak pakai ipad, tak ada DSLR, tak ada iphone, tak ada notebook apple....asalkan kita kaya dengan budi bahasa, kita akan dihormati oleh orang lain. Tapi kalau kita dah miskin, budi bahasa macam gampang memang makan tanah lah jawabnya...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...