Sunday 8 January 2012

Kenapa Jadi Cikgu?

Ehemmmmmm...rasa lega sikit badan setelah telan ubat semalam. Rasa ceria sikit hari nie, harap2 esok bertambah sihat untuk memulakan tugas edisi minggu kedua dalam bulan januari nie. Wahhhh dah Ahad rupa2 nyer, sah ada yang nak kuar lepak2 tak pun shopa oh shopa kan. Al maklum lah Tahun Baru Cina dah nak dekat so mesti lah sales ribut2 punya lah. Walaupun sales segala bagai kita kena kawal perbelanjaan jangan terlampau boros, simpan sedikit untuk hari belakang :)

oK korang back on stage...tengok tak entry Mr Bokbon pagi nie. "Kenapa Jadi Cikgu?" adusss soalan maut sungguh. Sapa nak tolong Mr Bokbon jawab soalan nie. Sila angkat kaki dan tangan sekali???Hahahahahahahahhaa....Semalam Mr Bokbon bersembang dengan seorang kawan yang sekarang nie sedang buat Ph.D dekat Liverpool, agak lama jugak tak bersembang dan bertanya kabar dia. So, dia bertanyalah Mr Bokbon buat apa sekarang, last kami sembang hari tu Mr Bokbon masih lagi berstatus pelajar UKM. Bila Mr Bokbon bagitahu yang Mr Bokbon "Cikgu" dia terkejut!! Bukan buat lawak pun kalau ko nak terkejut dah memang Mr Bokbon diberikan peluang dan tanggungjawab mendidik anak bangsa jadi kita laksanakan dengan penuh rasa dedikasi.


Banyak jugak kami bersembang tentang isu kenapa Mr Bokbon jadi Cikgu. Kenapa tak PTD? kenapa tak Pegawai MARA? Pegawai LPPKN? Pegawai Jabatan Perparitan Dan Saliran? Pegawai Kebajikan Masyarakat? dan segala mak datuk pegawai...huhuhuhuhuhuhuhuhu....Mr Bokbon ada cerita tersendiri kenapa Mr Bokbon memilih profesion perguruan sebagai dunia Mr Bokbon. Kata orang tak kenal maka tak cinta, bila kita terjun ke dunia nie baru kita tahu betapa nikmatnya bergelar seorang pendidik. Dulu semasa di Sekolah Menengah ada seorang guru bertanyakan Mr Bokbon "Kamu nak jadi apa??" masa tu semua tengah kelam kabut nak isi borang UPU dan dalam kepala Mr Bokbon hanya ada satu program bertahta di hati "Ijazah Sarjana Muda Pendidikan-Pendidikan Khas-UKM"...Pelik lah Mr Bokbon kenapa nak pilih Pendidikan Khas pulak? Mungkin tiap hari semasa balik dari sekolah Mr Bokbon selalu ternampak pelajar2 pendidikan khas sekolah sebelah tangkas menggunakan isyarat tangan mereka untuk berkomunikasi dan mungkin ini suatu cabaran yang cukup menarik buat diri Mr Bokbon..

Keluar keputusan UPU Mr Bokbon tak dapat program pendidikan. Memang kecewa sangat2, nak tak nak terpaksa terima tawaran ke KUSTEM yang sekarang ini dah di up nama nyer kepada UMT. Kata orang pusing-pusing macam mana kalau dah tertulis kita akan bergelar "CIKGU" pasti akan dapat jua. Alhamdulilah tawaran melanjutkan pengajian ke Diploma Pendidikan adalah suatu peluang yang cukup2 membuatkan diri Mr Bokbon terlontar2 bagai kera mendapat bunga...Hahahahahahahhaaha...Akhirnya Mr Bokbon berjaya menjejakkan kaki ke UPSI, gedung yang berjaya menghasilkan ribuan barisan pendidik yang berdedikasi. Setelah semuanya selesai akhirnya Mr Bokbon dipostingkan nun jauh di hujung peta Malaysia berjiran dengan Indonesia iaitu Tawau, Sabah. Penerbangan 2 jam 40 minit dari Kuala Lumpur ke Tawau cukup2 menguji hati lara seorang guru muda. Atas dasar Amanah, Tanggungjawab, Pengorbanan, dan Pencetus mimpi indah anak2 Tawau Mr Bokbon tinggalkan segala kenikmatan hidup di semenanjung. :)

Tapi kenapa orang di luar sana selalu katakan yang kerja cikgu paling best...Cuti banyak? Gaji besar? waktu kerja separuh hari? Ermmmmmm mungkin yang mengalumkan hujah tersebut tidak pernah bersyukur dan berterima kasih dengan cikgu2 yang pernah mendidik mereka. Rutin harian cikgu2 seawal 6.40am dah terpacak di sekolah memastikan para pelajar datang ke sekolah dengan keadaan selamat, memastikan pakaian mereka mematuhi peraturan disiplin dan bersiap sedia memulakan sesi pembelajaran. Di dalam kelas pelbagai kelakuan ditunjukkan oleh para pelajar "malas" "bosan" "tension" "tido" "lapar" dan pelbagai lagi dimensi yang ditunjukkan oleh mereka. Habis sesi persekolahan di sambung pula dengan aktiviti kokurikulum. Cikgu2 lah yang akan berpanas, berhujan di tengah2 padang memastikan para pelajar mendapat input daripada kegiatan yang diceburi. Tidak ketinggalan kelas tambahan bagi kelas peperiksaan dan urusan perkeranian yang bertimbun2 tak termampu disiapkan di sekolah akan di bawa balik ke rumah. Belum lagi masuk minggu peperiksaan, report card, meting sana sini, kursus tak henti2...Penatnya rutin harian seorang guru hanya mereka yang bergelar guru2 sahaja mampu menjawabnya. Itu belum dikira bila pelajar sakit guru akan jadi doktor, kalau pelajar bergaduh guru akan jadi hakim, kalau mak bapa pelajar datang sekolah guru akan jadi peguam, kalau time gotong royong guru juga bertindak sebagai tukang kebun, bila musim hias kelas guru akan bertindak sebagai pereka hiasan dalaman....Sebab itu bila CUTI menjelang tiba bukan sahaja pelajar melompat tanda gembira bahkan cikgu2 pun turut sama gembira. Time nie lah nak rehatkan badan, hilangkan stress, tido puas2, shoping tak ingat dunia, lepak dengan keluarga+kawan2 tersayang...Kalau korang nak rasa macam mana erti pengorbanan seorang guru terjun lah ke dunia perguruan untuk tempoh satu hari cukup lah. Pasti kamu akan mengetahui segala jawapannya....Aigoooo~~~


P/S : Buat yang selalu jeles dengan CIKGU2 insaf lah, profesion perguruan bukan profesion jutawan tapi profesion mulia mendidik anak bangsa mengenal erti ABC dan 123

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...