Monday 2 January 2012

Kembali Bertaut~

Ehemmm...2nd day di tahun 2012, Mr Bokbon pagi2 lagi dah merempit masuk ladang sawit (Perghhhhh rindu giler kat pokok2 sawit, dekat sebulan lebih Mr Bokbon tinggalkan pokok2 sawit nie)...Hahahahahha korang mesti blur kan bila Mr Bokbon keluarkan statement macam tu kan. Sebenarnya rumah sewa Mr Bokbon nak ke tempat kerja tak lah jauh lebih kurang 10 minit sajow pun kalau merempit ala2 Adnan Sempit! Perjalanan ke tempat kerja Mr Bokbon kiri dan kanan tak ada rumah yer, hanya yang ada pokok2 sawit yang menghijau dan bukit bukau saujana mata memandang. Korang ader ker?. Tadi berlangsungnya meting untuk siri 1/2012. Wahhh kembali jumpa teman-teman sepejabat yang telah lama ditinggalkan. Alhamdulilah semua sihat2 dan ceria2 belaka.

SMART is SMART~~

Alhamdulilah meting tadi berjalan dengan lancar dengan pelbagai agenda yang telah tersiap sedia menanti untuk edisi 2012. Mr Bokbon pulak dapat pelbagai jawatan yang akan menguji ketahanan mental dan fizikal (Kalau dah lama tak update blog 2 maknanya terkangkang penat lah tue~~~). Tadi juga bos Mr Bokbon telah memperkenalkan beberapa staff baru yang akan join team kami untuk edisi 2012. Mr Bokbon tak sempat lagi nak berkenalan, just wish "Haii" saje...Tunggulah banyak lagi masa nak kenal2 kan. Apapun tugas sebenar Mr Bokbon akan bermula 4hb nati apabila sesi kuliah akan dimulakan pada hari tersebut. Harap2 anak didik Mr Bokbon bersemangat lah tahun nie. Kalau masih buat perangai lama nampak gaya awal tahun nie kena suruh dia orang mandi bunga lah. Huhuhuhuhuhuhu.....aigoooo~~

P/S: Pelakon Mia Sara pun dah mula masuk sekolah...Wahhh makin populor lah budak tu kat sekolah nati :)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...