Sunday 15 January 2012

Speak London~

Ehemmmm...."Bukan salah ku meninggalkan mu...kasihku dengarkan lah, lagu indah...lalalalalalalalaalala" bukan Mr Bokbon jiwang ok! hari nie saja meluangkan masa tengok marching band 2011, melihat kehebatan drum major sekolah2 yang bertanding menguasai padang dengan pelbagai formasi. Memang hebatlah budak2 STF dan Sultanah Asma nie. Bila lah Mr Bokbon berpeluang ajar budak2 Mr Bokbon macam nie kannn....hahahahahahahaa. So hari nie Ahad a.k.a Sunday, esok dah mula kerja.. Pastikan semua kerja telah disiapkan terutama student2 Mr Bokbon, tak hantar Take Home Test esok siap lah bersila kat atas rumpat depan bilik pentadbiran...

Ok back on stage..wowwww entry yang cool bunyi nyer... "Speak London" amboi sapa pulak yang speak london melerek tu Mr Bokbon. Mr Bokbon kah? Ermmmmmmmm bukan lah korang tadi tengah duk dengar Dato Mahatdir Lukman speak london wahhh gah giler. Mr Bokbon mula teringat satu tragedi semasa cuti kat kampung yang lalu. Bukan tragedi buah apple kak nita sarawak lah korang, nie tragedi speak london...Once upon the time...cewahhhhhhh dah mula dah Mr Bokbon berangan. Hahahahahahahahaha, suatu malam biasalah kalau semua berkumpul adik beradik + anak buah Mr Bokbon kita orang wajib kuar makan sama2. Malam tu cabut undi dapatlah tempat makan best Pizza Hut Kbmall. So runway lah kami semua ke sana. Jam kat tangan dah menunjukkan angka 8.30pm dengan lenggang kangkong nyer lagi tuhan jer tahu...Kebetulan time tu ada pameran myvi baru, kemudian nak masuk watson lah, nak masuk padini segala so tengok jam 9.20pm macam tu. Alamak meja tak booking lah sah2 penuh kan time 2..So, mulakan catwalk menuju ke Pizza Hut, 1st memang dia orang tak nak terima sebab masa tu anak buah Mr Bokbon speak kelate. Kiranya staff dia layan tak layan lah, kebetulan time tu Mr Bokbon sibuk dengan panggilan telefon daripada seorang teman. So and So anak buah Mr Bokbon dah buat muka sebab dia nak kata staff Pizza Hut macam layan tak layan....

Ermmmm apa kejadah pulak, tengok masa tak lah offline service lagi rasanya. So, dengan selamba Mr Bokbon mulakan rentak berspeak london dengan grammar nyer entah ke mana...Maka terkesima kot agaknya dengan speak Mr Bokbon maka kami semua dapat meja dekat Pizza Hut. Time tu no no bahasa kelate dah bila order totally in English, sampaikan trainer dia pun dah kaku nak ambik order. Jahatkan Mr Bokbon dah mula perangai biol dia...Sapa mulakan dulu, orang cakap elok2 dalam bahasa kelantan tak nak layan, sekarang dah speak london baru ko tahu. Time tu adik Mr Bokbon yang dentist dah mula cubit peha Mr Bokbon "Adussssssssssssss sakit wehhh" dia bengang lah Mr Bokbon dah mula kenakan staff Pizza Hut balik. Nak sangat kan cakap luar and speak london ambik korang!


English Is Simple~~~aigooooo

Sebenarnya English nie penting bagi kita, sama macam kes Mr Bokbon nak beli kek dekat Secret Recipe Kbamll jugak. Memang belagak lah staff dia, time tu memang Mr Bokbon guna imej kampung kot, pakai t-shirt ohmyTokyo, seluar pendek dan selipar jepun. Mesti dalam kepala dia orang duk pikir "Mahluk sesat dari planet mana pulak datang nie????"...Memang cuak lah layan tak layan, masa tu Mr Bokbon nak tempah kek untuk besday Abah Mr Bokbon. Punya lahh layan tak layan, kemudian dah mula kuar bintang kat kepala nak kenakan staff nie balik. 1st cakap elok2 tak nak dengar so Mr Bokbon sound nak jumpa pengurus dia. Pengurus dia kuar dengan muka mencuka, so apa lagi mulakan rentak speak london dan paling best aksi baling kad debit kat dulang pembayaran (Korang jangan tiru agak tak beradab!!!) sebab time tu darjah kepanasan dah tak blh nak kawal lagi. Memang lah budi bahasa budaya kita, tapi kalau pelanggan datang ko layan macam gampang memang kena lah balik lah jawabnya.. Dia pulak kaku dan tak boleh balas balik apa Mr Bokbon cakap kan...hanya kuar daripada mulut dia "Sooori Sir...soori sir" apa sori2 naik lori lah...Lepas peristiwa tu memang dah block Secret Recipe Kbmall sebab tak ada nilai budi bahasa dengan pelanggan.

Bahasa Melayu bahasa kebanggsaan, apa kita akan rasa bila kita cakap elok dalam bahasa ibunda kita iaitu bahasa kelantan hatta bahasa standard dia orang buat tak layan. So last choice adalah BI, sebab itu kalau ada yang kata bi susah memang akan susah kalau kita tak aplikasikan. Mr Bokbon bukannya hebat mana BI tapi konsep yakin sajow. Masa kat campus dulu berkawan dengan kawan2 pelbagai bangsa, yakin sajow cakap dan kalau silap dia orang akan betulkan. Jangan terima diri dikeji atau di down kan, kita belajar daripada kelemahan kita. Nie dah lah keje dekat Pizza Hut dan Secret Recipe dah belagak (Tak lah semua perangai macam tu!!) kalau jadi Pegawai2 atasan, jawabnya matilah pekerja kat bawah. Lagi satu tak kira lah kita keje apa pun yang penting penguasaan asas BI itu adalah wajib sebab ianya adalah medan komunikasi...


P/S : Buat staff Pizza Hut dan Secret Recipe KBMALL, Kota Bharu, Kelantan Mr Bokbon mohon maaf atas kekasaran yang dilakukan. Sebab anda semua yang minta Mr Bokbon speak london dan aksi baling kad debit...Aigooooo~~~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...