Thursday 12 January 2012

Bus Tawau stylo habis~

Ehemmmmm...muncul kembali Mr Bokbon. Sori sangat2 korang Mr Bokbon penat sikit 2-3 hari nie, dengan demam+batuk kemudian 2 hari nie Mr Bokbon dah hilang suara. Mungkin perubahan cuaca dunia, kejap panas kejap hujan....ermmmmmm layan sajow lah, apapun Alhamdulilah Mr Bokbon dah bertambah sihat sikit. 

Bus oh Bus!! korang pernah naik bus? tak kira lah bus sekolah ker? bus nak ke pekan, bandar dan balik kampung. Janji naik bus kann...syokkk kan naik bus, tapi kalau trip tu jauh macam KL ke Kota Bharu hampir  8-9 jam memang lah penat punggung korang sume..Hihihihihihihihi~~~sebut pasal bus nie Mr Bokbon nak berkongsi dengan korang semua tentang keunikan dan keistimewaan bus mini dekat Tawau nie. Kata pepatah lain padang lain lah belalang, lain tempat lain lah senario nyer bukan!. Bercerita tentang bus dekat Tawau memang sesuatu yang cukup menarik. Kali pertama Mr Bokbon menjejakkan kaki ke Tawau pada September 2010 memang cukup teruja dengan bus mini yang disediakan sebagai pengangkutan awam di Tawau nie. 

Apa yang istimewa sangat bus awam di Tawau Mr Bokbon??? Hehehehehehehehe dan huhuhuhuhuhuhu...korang bayangkan bus awam kat sini dihias bagai sebuah disko memang menarik dan tertarik lah dengan sound system dia yang power habis. Kira nyer macam konsert bergerak lah. Dah lah lampu berwarna warni, ditambah pulak dengan sound yang kalau duk 3-4 batu pun dah boleh dengar. Memang kecoh giler lah. Terbeliak jugak lah mata Mr Bokbon melihat keunikan masyarakat Tawau yang begitu kreatif menghias bus mereka agar kelihatan cantek dan menawan hati penumpang untuk menaikinya. 


 Ayuhhhh ibu-ibu, bapak-bapak kita berdansa yukkk~~~:)

Jadi kalau korang sume nak travel ke Tawau, pastikan korang semua cuba menaiki bus yang cukup2 unik ini. Rasanya tak ada kat tempat lain hatta kat Malaysia nie mungkin Tawau sahaja yang mengeksploitasikan kreativiti mereka dengan hiasan pada bus yang memang tak pernah terpikir untuk kita melakukannya...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...