Saturday 7 January 2012

Add Math Mr Bokbon :)

Ehemmmmm...mood masih lagi tak bermaya untuk keluar petang ni, malam nie terpaksa lah ke Klinik bimbang takut melarat pulak demam nie. Woooooooow sedar tak sedar rupa2 nyer dah 10 tahun Mr Bokbon meninggalkan zaman sekolah. Korang mesti ada pelbagai catatan suka duka semasa bergelar "Budak Sekolah" kannnn...Mr Bokbon lagi lah, rasanya pelajar paling biot kot zaman sekolah, dengan kerja rumah yang tak pernah nak disiapkan. Apapun dalam banyak subjek Mr Bokbon cukup takut subjek Add Math. Kenapa Mr Bokbon takut dengan subjek Add Math? Hahahahahahahhaha ada cerita lucu semasa Mr Bokbon berada di dalam kelas ketika kelas Add Math.

Once upon the time....Hahahahahahahahaha 

Kecerungan Lenkungan y=3x-(8/x²), pada titik (a,b) ialah 5. Cari....nilai (a,b)

Nilai (a,b)...persamaan normal kepada lengkungan pada titik (a,b)

Buat perbezaan dy/dx...

(a,b) sama dengan (2,4)...

kira kecerunan normal...

pakai persamaaan negatif (1/kecerungan tangen)...

persamaa normal...y-y1= m(x-x1)...

...pada titik (2,4)...



"Panggggggg" kapur puteh dah tercampak kat Mr Bokbon, rupa2 daripada tadi lagi Mr Bokbon tertido semasa Cikgu Alias Hussin (Best Add Math Teacher) bagi penerangan untuk soalan tersebut. Adussss semua mata dah tengok dekat Mr Bokbon (Malu nyer akuuuu, macam mana boleh tertido???). Apa lagi kena ceramah lah dekat Papa Alias kita. So lepas daripada peristiwa tu memang terasa histeria pun ada bila time kelas Add Math dan kadang2 pernah jugak ponteng kelas Add Math. Kalau kawan2 satu kelas Mr Bokbon sibuk time cikgu tak masuk "Macam mana nak buat?" "Ko dah siap persamaan ni" "Soalan nie guna rumus mana" "Janjang ko guna macam mana?" "Kalau persamaan nie masuk kat sini boleh ker?"...Hahahhahahahaha tu kawan2 skima Mr Bokbon~~~Mr Bokbon duk tepi pintu belakang sekali duk layan Walkman kat telinga, tak pun duk usik budak2 f.1 yang lalu lalang nak ke surau. Hahahahahahahhaa....Bila kawan2 Mr Bokbon dah siap mulalah "Aku pinjam tengok kejappppp!!"  Hahahhahahaha tengok Mr Bokbon bukan sebarangan tengok copy and paste lah jawabnya....

Apapun kenangan belajar Add Math di kelas 5 Sains 1 semasa di SMKKBh cukup2 menggamit nostalgia indah. Macam2 ragam kawan2 Mr Bokbon dalam menyiapkan latihan yang bertimbun2 macam bukit. Berkat kesabaran Papa Alias Alhamdulilah semua putera puteri dia berjaya dalam hidup sekarang :)....

P/S : Buat Cikgu Alias Hussin yang sekarang ini sedang berkhidmat di Jabatan Matematik, IPGKB Thanx of Lot Cikgu!! Mendidik dan melayan kenakalan. Kami rindukan kelas Add Math


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...