Thursday 5 January 2012

Nikmatnya Cabaran

Ehemmmm...hujan oh hujan kenapa engko turun!! Kena tunggu hujan reda dulu lah sebelum keluar untuk uruskan beberapa dokumen penting dekat JPJ Tawau. Penatnya rasa badan hari kedua kerja, di tahun baru. Pagi2 lagi Mr Bokbon dah mula melontarkan vokal (Bukan kelas vokal macam kelasss Shafinaz Selamat k!!)..Hahahahahhahahahaha. Pagi tadi sesi kuliah dah bermula seperti biasa. Tapi sedihnya raut wajah anak didik Mr Bokbon tak seceria Mr Bokbon. Kadang2 tertanya-tanya jugak "Mereka bosan??" "Blurr?" "Malas??" "Protest?"" atau "Belum Sedia??". Tapi bagi Mr Bokbon itu semua adalah alasan untuk seorang individu BERJAYA. 

Habis sesi kuliah jam 10 am baru sempat basahkan tekak dan hilangkan kegusaran perut yang dah mula mendendangkan lagu "Love on Top~~Beyonce" so runway ke kantin sempat lah makan tu pun setelah segala urusan dekat depan laktop dan meja selesai diuruskan. Jam 11 am ada 2 lagi meting yang menanti. Biasa lah awal tahun Mr Bokbon akan melalui pelbagai meting untuk perancangan 2012..korang ader! ader tak?!!. So meting 1st adalah meting kelab staff. Adusss meting yang membuatkan Mr Bokbon berdebar2 sebab dengar desas desus yang nama Mr Bokbon tercalon untuk kerusi Tuan Pengerusi Kelab Staff sesi 2012/2013. Damn scary~~So meting berlangsung dengan penuh ketenangan dan debaran, seperti yang dijangkakan nama Mr Bokbon mendapat undian kedua tertinggi di belakang Mr.Y****. Dengan kata lain jawatan Mr Bokbon untuk edisi 2012 bertambah daripada 12 jawatan kepada 13 jawatan secara rasminya (Pitam kejap!!)

 Aigoooooooo~~~

1st dalam kepala memang terpikir2 nak tolak jer sebagai ahli jawatankuasa kelab staff sebab komitmen pada tugas lain memang banyak dan rasanya tak termampu untuk digalas di atas bahu ini. Tapi fikirkan secara positif akan cabaran dan pengalaman kerja. Kata orang pengalaman tak akan dapat kat mana-mana dan tak semua orang bertuah mendapat peluang seperti yang Mr Bokbon dapat (Thanx my officemate percaya akan kemampuan Mr Bokbon!!). Teringat kembali pesanan seorang lect semasa di UMT yang juga supervisor thesis akhir Mr Bokbon iaitu Pn.Is, pesan Pn Is kalau kita nak jadi luar biasa kita kena buat kerja luar biasa. Apa yang Mr Bokbon dapat ini bukan GILA KUASA tapi amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh kumpulan pentadbir. Memang lah rasa tak adil asyik nama kita saja naik kenapa tak orang tue, dan kenapa tak orang nie? Biarkan saja asalkan kita try the best untuk lakukan yang terbaik dalam keje kita :)

Falsafah Bokbon : Don't be cry :)

Apapun Mr Bokbon harapkan akan dapat lakukan yang terbaik untuk tugas Mr Bokbon bukan pujian yang dicari atau wang ringgit sebagai ukuran akan tetapi nilai pengalaman yang sukar untuk dikolektifkan dengan abjad atau kata2. Apapun yang terjadi Mr Bokbon tetap Mr Bokbon!! Aigooooo :)

P/S : Makcik sebelah tak karok lagu Ziana Zain lah petang nie, sepi jer ^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...