Friday 20 January 2012

Eksperimen Zaman Kanak-Kanak

Ehemmm...salam Jumaat penuh keberkatan..Penghulu segala hari dan hari yang penuh dengan sejuta pengertian. Mr Bokbon baru lepas solat Jumaat dengan tenang sekali hari nie. Itulah nikmatnya bila solat berjemaah ketenangan kita perolehi. Tadi juga berlangsungnya solat hajat untuk dua orang rakan Mr Bokbon. Kes pertama akak nie disahkan mengidap penyakit Tibi Tulang dan Kes kedua anak akak nie dijangkiti kuman pada paru-paru nyer...Mr Bokbon doakan semoga kedua-dua akak nie tabah menghadapi ujian dan dugaan yang diberikan oleh Allah s.w.t...amin~~

Ok back on stage kita...korang pernah buat tak eksperimen zaman kanak-kanak korang. Kalau tak pernah buat memang malang betul lah nasib korang...hehehehehehehehehehe...tak kan korang tak pernah buat belon dengan batang betik, atau jadikan kuali mak korang sebagai sampan...Hahahahahahahhaaha...Tak pun cucuk pepatung dengan batang lalang kemudian lepaskan terbang untuk tengok keseimbangan badan pepatung sama ada boleh bertahan atau tak...huhuhuhuhuhu. Tu lah untungnya zaman kanak-kanak dan paling best bila ada geng2 biol seangkatan dengan kita kan. Pagi tadi Mr Bokbon terbuka page group Mr Bokbon iaitu Group Geng UMT dulu so ternampak post unik BFF Mr Bokbon iaitu Cik Viey...Dalam post tu Cik Viey ada senaraikan eksperimen yang pernah dilakukan zaman kanak-kanak..Agak2 apa senarainya kan...Jom teliti senarainya kat bawah nie, mana lah tahu korang pernah buat kannn....

Adakah semasa kecil dahulu anda pernah buat perkara-perkara berikut?

1. Buka kipas meja, cakap dengan kipas sebab hendak dengar suara bertukar....

2. Naik kereta, tengok bulan dan ingat bulan ikut kita...

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari "handle", rasa hebat...

4. Masa sekolah, ada orang bagi Milo percuma, lepas ambil sekali, menyamar menjadi orang lain, beratur ambil air lagi...

5. Lukis burung guna huruf M...

6. Lukis matahari di penjuri atas kertas lukisan dan antara bukit...

7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam nie-->

8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab hendak tengok bila lampu peti ais padam

9. Kalau tidak siap kerja sekolah sengaja tinggalkan buku latihan di rumah



Jangan tunjuk pelangi...nati putus jari~~~aigoooo


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...