Aku + Dia + Kamu + Awak = Duniaku PENDIDIK
Wednesday, 18 April 2012
Friday, 13 April 2012
4 Kuliah, 1 Matlamat, 1 Suara = Cemerlang Pengajian Am
Ermmmmmm...Salam Jumaat penuh keberkatan buat korang sume...Sihat? sori sangat2 sebab Mr Bokbon lama tak update blog nie...Dah naik lalang blog Mr Bokbon nie kan...Biasalah korang keje tak putus2, mana dengan kuliah, keje2 pentadbiran, event sana sini, pertandingan situ sini dan segala mak datuk keje lah. So and so tak ada masa nak update blog nie. Minggu nie kelam kabut sikit sebab unit Mr Bokbon akan mengadakan Ujian Ulangan Program Kecemerlangan kertas Pengajian Am. Esok students Mr Bokbon akan diuji selama 5 jam peperiksaan yang merangkumi 2 kertas utama. Pengajian Am nie kalau korang nak tahu kertas wajib lulus dalam peperiksaan STPM. Kalau SPM kertas Bahasa Melayu akan dijadikan subjek wajib lulus, peringkat STPM kertas Pengajian Am akan menjadi taruhan. So Mr Bokbon sebagai Ketua Unit perlu mengambil langkah proaktif lagi pragmatik untuk mengatasi kes-kes yang tercicir Pengajian Am nie. So, esok mereka akan diuji bagi menentukan siapakah 10 individu yang akan dikelompokkan yang top 10 Pengajian Am dan 10 lower Pengajian Am. Kalau yang top kat atas tue akan ditatang bagai minyak yang penuh lah untuk kekal kecemerlangan agar terus dapat A dalam STPM tahun nie. Bagi yang berada pada kedudukan bawah tak akan jadi macam "Kera di hutan di susu kan, anak kat rumah mati kelaparan". Mr Bokbon akan susukan semua anak2 didik Mr Bokbon bagi sume A kannn....
Apapun anaknda PPU SMART Mr Bokbon selamat menduduki UJIAN ULANGAN PROGRAM KECEMERLANGAN yang akan berlangsung esok 14hb April 2012. Kertas 900/1 jam 7 pagi hingga 9 pagi dan kertas 900/2 jam 10 pagi hingga 1 tengah hari. Sila ulangkaji sesungguh hati yer...
Gooooood Lucckkkkkk...Pinjam erkkk Mr Google :P
Friday, 6 April 2012
Al Fatihah...Nenda = Pergi
Ermmmmm...Jumaat penghulu segala hari, Assalamualaikum w.b.t dan salam kesejagatan di bumi yang penuh dengan kasih dan sayang. Korang sihat? Mr Bokbon selsema pulak 2-3 hari nie. Mungkin disebabkan oleh keadaan cuaca kat Tawau yang kadang kala hujan dan kadang kala panas...Arghhhhhhhh sedih sangat2 Mr Bokbon dek pemergian Nenda kesayangan Mr Bokbon. Entah lah korang Mr Bokbon sepanjang dua bulan nie diuji dengan pelbagai ujian oleh Allah s.w.t. Tak reda lagi kesedihan pemergian arwah nenda belah abah, kali nie Mr Bokbon kehilangan nenda kedua belah abah yang sangat Mr Bokbon sayang. Rasa terkilan jugak sebab tak dapat pulang dek kejauhan. Nenda yang banyak bagi kekuatan dekat Mr Bokbon...Ingat lagi zaman2 kecik2 kalau Mr Bokbon kena rotan dekat Abah mesti dia yang akan cover Mr Bokbon. Sayangnya dia pada cucu nyer nie tak ada tandingnya...Namun, sejak kebelakangan nie Mr Bokbon jarang untuk bersua dek kejauhan yang membataskan Mr Bokbon untuk berjumpa....Sedih yang teramat sangat2 sampaikan nak makan pun rasa tak ada selesa. Pesan abah macam biasa, baca yasin dan doakan moga roh nenda Mr Bokbon tenang di sana...Al-Fatihah :(
Wednesday, 4 April 2012
Wordless Wednesday #11
Hah korang, nie lah kelas di bawah jagaan Mr Bokbon...Apa macam ok tak permainan rona pink sebagai warna asas dalam kelas kami :)
Thursday, 29 March 2012
Spontaneous Thursday #9
"I Won't Give Up On Us"
Stanza yang memahat pelbagai rasa setiap hari. Motivasikan diri agar mencipta legasi sendiri tanpa perlu menoleh ke belakang lagi dan teruskan melangkah dengan penuh gah~~~aigooooo
Wednesday, 28 March 2012
Wordless Wednesday #10
TAHNIAH!!! Dedikasi nie Mr Bokbon tujukan khas buat sahabat Mr Bokbon iaitu NOOR FIDAYU BT MAT HUSSIN atas kelahiran BABY GIRL nyer yang seberat 3.4kg....Ermmmmmm Mr Bokbon tak sabar nak balik tengok. Agak2 cute macam Mr Bokbon tak. Buat FIE selamat menempuhi fasa baru dalam hidup sebagai "MUMMY"
Tuesday, 27 March 2012
Tahniah Pojie
Ehemmmmm..penatnya hari nie dengan meting hampir 4 jam hanya tuhan saja yang tahu letihnya diri Mr Bokbon... Apa cter hidup korang hari nie? Mr Bokbon harapkan korang sume tetap bersemangat meneruskan kehidupan seharian..Walaupun keje kita bertimbun untuk disiapkan lakukan dengan habis baik k..So entry petang nie setelah puas membuta adalah "Tahniah Pojie" ermmmmmmm apa pulak nie Mr Bokbon????....Al Kisahnya kawan Mr Bokbon masa dekat UMT yang juga seorang blogger yang fopolur akhirnya memutuskan untuk menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan hati...Rindu pulak zaman2 UMT bersama Pojie.... Akhirnya dah nak kawen!!! Balik sekolah tadi tengok dalam peti surat ada kad jemputan kawen Pojie yang diterbangkan khas dari Kuala Lumpur. Wahhhhh terharu sangat2 walaupun Mr Bokbon tak dapat hadir ke Majlis Resepsi Pojie tapi BFF lain akan turun mewakili diri Mr Bokbon. Mendoakan semoga Pojie tenang bila akad nikah nati..."Sekali lafaz jer tau!!!". Semoga kekal hingga ke akhir hayat dan cepat2 dapat baby yang comel2 k...Apapun iklas daripada Mr Bokbon...
SELAMAT PENGANTIN BARU
EN MOHD FAUZI BIN ABDULLAH a.k.a Pojie
&
ZAIHAZRA BT SULAIMAN
:::Tqvm Pojie sebab ingat kat Mr Bokbon:::
Subscribe to:
Posts (Atom)









