Thursday, 29 March 2012

Spontaneous Thursday #9

"I Won't Give Up On Us"

Stanza yang memahat pelbagai rasa setiap hari. Motivasikan diri agar mencipta legasi sendiri tanpa perlu menoleh ke belakang lagi dan teruskan melangkah dengan penuh gah~~~aigooooo




Wednesday, 28 March 2012

Wordless Wednesday #10



TAHNIAH!!! Dedikasi nie Mr Bokbon tujukan khas buat sahabat Mr Bokbon iaitu NOOR FIDAYU BT MAT HUSSIN atas kelahiran BABY GIRL nyer yang seberat 3.4kg....Ermmmmmm Mr Bokbon tak sabar nak balik tengok. Agak2 cute macam Mr Bokbon tak. Buat FIE selamat menempuhi fasa baru dalam hidup sebagai "MUMMY"






Tuesday, 27 March 2012

Tahniah Pojie

Ehemmmmm..penatnya hari nie dengan meting hampir 4 jam hanya tuhan saja yang tahu letihnya diri Mr Bokbon... Apa cter hidup korang hari nie? Mr Bokbon harapkan korang sume tetap bersemangat meneruskan kehidupan seharian..Walaupun keje kita bertimbun untuk disiapkan lakukan dengan habis baik k..So entry petang nie setelah puas membuta adalah "Tahniah Pojie"  ermmmmmmm apa pulak nie Mr Bokbon????....Al Kisahnya kawan Mr Bokbon masa dekat UMT yang juga seorang blogger yang fopolur akhirnya memutuskan untuk menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan hati...Rindu pulak zaman2 UMT bersama Pojie.... Akhirnya dah nak kawen!!! Balik sekolah tadi tengok dalam peti surat ada kad jemputan kawen Pojie yang diterbangkan khas dari Kuala Lumpur. Wahhhhh terharu sangat2 walaupun Mr Bokbon tak dapat hadir ke Majlis Resepsi Pojie tapi BFF lain akan turun mewakili diri Mr Bokbon. Mendoakan semoga Pojie tenang bila akad nikah nati..."Sekali lafaz jer tau!!!". Semoga kekal hingga ke akhir hayat dan cepat2 dapat baby yang comel2 k...Apapun iklas daripada Mr Bokbon...

SELAMAT PENGANTIN BARU

EN  MOHD FAUZI BIN ABDULLAH a.k.a Pojie
 &
ZAIHAZRA BT SULAIMAN




:::Tqvm Pojie sebab ingat kat Mr Bokbon:::






Monday, 26 March 2012

Take Care

Ermmmmm....sedar tak sedar hari nie dah keje seperti biasa setelah bersenang dengan cuti weekend yang memang menyeronokkan. Namun di sebalik keseronokkan Mr Bokbon dikejutkan dengan berita pilu pemergian Nenda tersayang tepat jam 5.25pm semalam. Sayu dan pilu kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman dek kejauhan. Apapun terima kasih Mr Bokbon kepada BFF dan kawan2 lain yang tak putus2 memberikan semangat dekat Mr Bokbon. Sampaikan ada sorang kawan yang bertugas dekat HUSM Kubang Kerian tak putus2 tel Mr Bokbon bimbang takut2 apa terjadi dekat Mr Bokbon. InsyaAllah Mr Bokbon masih kuat untuk menempuhi semua nie kan..Biasalah dah ditentukan ajal maut anak adam jadi kita terima ujian ini dengan penuh kesabaran....Apapun yang terjadi hidup perlu diteruskan dan hanya doa kudus mengiringi moga roh Nenda tersayang ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...Al Fatihah



 :::Thanx 4'Take Care:::





Sunday, 25 March 2012

Cuti2 Semporna

Ehemmmm...Mr Bokbon kembali lagi...wahhh dah mula naik lalang blog Mr Bokbon nie gara-gara tak ada masa nak update. Apa cerito korang hujung minggu nie? shopaholic? study? keje? kawen? dating? ayooooooo banyak sungguh keje korang kann. Tak apa lah laksanakan dengan penuh istiqamah ok~~ Mr Bokbon weekend nie menjelajah ke Pekan Semporna bersama BFF Mr Bokbon. Biasalah tak ada keje cari keje dan tak ada pasal cari pasal kann...hehhehhehehehehehe!! 

...Mini vacation yang tak dirancang pun kebetulan Mie turun ke Tawau jadi terpaksa lah kami ambil keputusan untuk melencong ke Semporna bagi menikmati keindahan fajar terbenam dan terbit di Pekan Semporna. Lepas solat jumaat kami berlepas ke Semporna, jaraknya dengan Tawau tak lah jauh sekitar 1 jam perjalanan dengan kereta. Korang jangan risau sebab jalan ke sana cantik sangat2 dan sepanjang perjalanan korang akan disajikan dengan kepelbagaian bentuk muka bumi yang begitu wooooooooooow lah cakap~ Lebih kurang jam 5.30pm kami sampai dekat Pekan Semporna dan hari pun dah nak gelap kebetulan jalan sesak orang tengah berpusu2 balik keje so lambat sikit. Sampai di Pekan Semporna benda pertama kami cari adalah resort. Cari punya cari dan usha punya usha kami putuskan untuk menginap di Dragon Inn dekat Jeti Semporna iaitu Jeti utama untuk ke Pulau Mabul, Pulau Kapalai, Pulau Sipadan, Pulau Bum Bum dan beberapa lagi pulau yang terdapat dalam zon Taman Laut Tun Sakaran nie. Bilik kami pilih cukup2 selesa dengan kadar RM120 per nite termasuk sarapan memang berbaloi sangat2 sebab bilik dia tersangat2 selesa...

....Selesai uruskan bilik, kami mula bersiap untuk keluar jalan2 sekitar Pekan Semporna. Kata orang kalau datang Semporna wajib kena rasa mee goreng dia sebab lain daripada yang lain. So Mr Bokbon malam tue dapat rasa mee dia dengan penuh nikmatnya sebab memang dah kebulur tak makan apa2 lepas balik sekolah tadi. Kami juga cuba rasa Gado Gado, Peha + Buntut ayam madu yang sangat sedappppp...Tak hampakanlah kami malam tue. So lepas makan aktiviti berikutnya adalah pusing2 Pekan Semporna kebetulan nak beli snack untuk lepak depan resort malam nie...Pekan Semporna tak lah luas kalau korang nak tahu dan suku bangsa yang paling ramai mendiami Pekan ini adalah masyarakat Bajau Laut.

...Balik kat resort apa lagi mula lah bersembang sampai pagi, banyak cerita kami entry bersama-sama sebab dah lama tak jumpa sejak trip CNY hari tue. Cakap punya cakap last2 sume terlena mungkin sebab kepenatan sebab esok kami nak tengok matahari terbit...Ermmmmmm pagi2 lagi kami bangun nak tengok matahari terbit di ufuk timur. Ya Allah cantik sangat2, masa tue terasa nyaman sangat dengan udara yang cukup segara jauh daripada kesibukan kota raya dan pencemaran...Selesai tengok matahari terbit kami sarapan mengadap taburan pulau-pulau saujana mata memandang. Sungguh terpegun kami melihat aktiviti masyarakat Bajau Laut yang sudah sinonim dengan laut...Bila perut mula kenyang kami teruskan aktiviti kami dengan snap pic yang menarik sekitar Pekan Semporna...

...Namun, apa yang paling sedih kami tak sempat untuk ke Pulau Mabul dan Kapalai kerana terpaksa pulang ke Tawau disebabkan ada perkara yang lebih penting untuk diselesaikan. Apapun mini vacation yang cukup enjoy kali nie. InsyaAllah kalau tak ada apa2 halangan sampai jua kami ke Pulau Mabul, Kapalai dan Sipadan :)... Walaupun sesingkat alam percutian kami cukup lah masa diberikan untuk kami bersama melepaskan rindu dan berkongsi pelbagai cerita...aigoooooo



:::: Muka-Muka Tak Bersalah :::





Thursday, 22 March 2012

Spontaneous Thursday #8


"Never Give Up!!"


Keputusan SPM 2011 telah diumumkan dengan pelbagai kejutan di luar jangkaan. Kepada yang berjaya mengekalkan tradisi kecemerlangan TAHNIAH dan yang kecundang usah gusar kerana ini adalah permulaan kepada kehidupan anda. Gagal SPM tidak bermakna gagal dalam hidup, dan Cemerlang SPM tidak bermakna akan cemerlang dalam hidup....~~Aigoooo :)

P/S : Adik kesayangan Mr Bokbon pun mencatatkan keputusan di luar jangkaan dan paling mengejutkan sepupu Mr Bokbon dengan mengekalkan tradisi kecemerlangan keluarga dengan 10A. Tahniah both of u ^_^




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...