Sunday 25 March 2012

Cuti2 Semporna

Ehemmmm...Mr Bokbon kembali lagi...wahhh dah mula naik lalang blog Mr Bokbon nie gara-gara tak ada masa nak update. Apa cerito korang hujung minggu nie? shopaholic? study? keje? kawen? dating? ayooooooo banyak sungguh keje korang kann. Tak apa lah laksanakan dengan penuh istiqamah ok~~ Mr Bokbon weekend nie menjelajah ke Pekan Semporna bersama BFF Mr Bokbon. Biasalah tak ada keje cari keje dan tak ada pasal cari pasal kann...hehhehhehehehehehe!! 

...Mini vacation yang tak dirancang pun kebetulan Mie turun ke Tawau jadi terpaksa lah kami ambil keputusan untuk melencong ke Semporna bagi menikmati keindahan fajar terbenam dan terbit di Pekan Semporna. Lepas solat jumaat kami berlepas ke Semporna, jaraknya dengan Tawau tak lah jauh sekitar 1 jam perjalanan dengan kereta. Korang jangan risau sebab jalan ke sana cantik sangat2 dan sepanjang perjalanan korang akan disajikan dengan kepelbagaian bentuk muka bumi yang begitu wooooooooooow lah cakap~ Lebih kurang jam 5.30pm kami sampai dekat Pekan Semporna dan hari pun dah nak gelap kebetulan jalan sesak orang tengah berpusu2 balik keje so lambat sikit. Sampai di Pekan Semporna benda pertama kami cari adalah resort. Cari punya cari dan usha punya usha kami putuskan untuk menginap di Dragon Inn dekat Jeti Semporna iaitu Jeti utama untuk ke Pulau Mabul, Pulau Kapalai, Pulau Sipadan, Pulau Bum Bum dan beberapa lagi pulau yang terdapat dalam zon Taman Laut Tun Sakaran nie. Bilik kami pilih cukup2 selesa dengan kadar RM120 per nite termasuk sarapan memang berbaloi sangat2 sebab bilik dia tersangat2 selesa...

....Selesai uruskan bilik, kami mula bersiap untuk keluar jalan2 sekitar Pekan Semporna. Kata orang kalau datang Semporna wajib kena rasa mee goreng dia sebab lain daripada yang lain. So Mr Bokbon malam tue dapat rasa mee dia dengan penuh nikmatnya sebab memang dah kebulur tak makan apa2 lepas balik sekolah tadi. Kami juga cuba rasa Gado Gado, Peha + Buntut ayam madu yang sangat sedappppp...Tak hampakanlah kami malam tue. So lepas makan aktiviti berikutnya adalah pusing2 Pekan Semporna kebetulan nak beli snack untuk lepak depan resort malam nie...Pekan Semporna tak lah luas kalau korang nak tahu dan suku bangsa yang paling ramai mendiami Pekan ini adalah masyarakat Bajau Laut.

...Balik kat resort apa lagi mula lah bersembang sampai pagi, banyak cerita kami entry bersama-sama sebab dah lama tak jumpa sejak trip CNY hari tue. Cakap punya cakap last2 sume terlena mungkin sebab kepenatan sebab esok kami nak tengok matahari terbit...Ermmmmmm pagi2 lagi kami bangun nak tengok matahari terbit di ufuk timur. Ya Allah cantik sangat2, masa tue terasa nyaman sangat dengan udara yang cukup segara jauh daripada kesibukan kota raya dan pencemaran...Selesai tengok matahari terbit kami sarapan mengadap taburan pulau-pulau saujana mata memandang. Sungguh terpegun kami melihat aktiviti masyarakat Bajau Laut yang sudah sinonim dengan laut...Bila perut mula kenyang kami teruskan aktiviti kami dengan snap pic yang menarik sekitar Pekan Semporna...

...Namun, apa yang paling sedih kami tak sempat untuk ke Pulau Mabul dan Kapalai kerana terpaksa pulang ke Tawau disebabkan ada perkara yang lebih penting untuk diselesaikan. Apapun mini vacation yang cukup enjoy kali nie. InsyaAllah kalau tak ada apa2 halangan sampai jua kami ke Pulau Mabul, Kapalai dan Sipadan :)... Walaupun sesingkat alam percutian kami cukup lah masa diberikan untuk kami bersama melepaskan rindu dan berkongsi pelbagai cerita...aigoooooo



:::: Muka-Muka Tak Bersalah :::





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...