Monday 5 March 2012

Ciri-Ciri Isteri Pilihan Jejaka Urban

Ermmmmm sedar tak sedar dah nak cuti sekolah....Yahooooo balik hometown boleh tido puas2 dan makan masakan air tangan bonda tersayang dengan rakus macam monster yang tak jumpa makanan sebulan kannn....Hahahahahahahahaha!..Korang apa cter hari nie? study +keje + rumahtangga + BF + GF + Skandal2 sume ok? Alhamdulilah....Mr Bokbon macam biasa tetap kelam kabut dengan paper belum habis tanda lagi, naik meroyan sampai nak pecah Medulla Oblongata memikirkan skrip jawapan pelajar Mr Bokbon...adusssss mintak puji bha dia orang nie, lain diajar lain pulak yang dijawabnya...Dushhhh!

So back on entry kita hari nie..."Ciri-ciri Isteri Pilihan Jejak Urban"  ermmmm entry Mr Bokbon tak nak kalah kann...Tak ada lah korang nie isu yang sering melanda anak bujang termasuk Mr Bokbon bila memikirkan ciri-ciri calon isteri yang boleh menjadi suri dalam hidup kita. Biasalah korang bila dah usia meningkat nie hormon kegatalan nak kawen semakin meningkat. So masalah sering timbul terutama melibatkan jejaka urban terutama yang berada dalam kumpulan pengurusan dan profesional macam doctor, engineer, pegawai bank, akauntan, pilot, guru, pegawai2 kerajaan dan sebagainya menghadapi dilema dalam menentukan calon isteri mereka...

"Abang bila ko nak kawen???" "Abang, mana calon bini ko??" "Abang kerja dah stabil, boleh lah mak cari calon dekat abg nie!!" "Abg, mak nak kenalkan ko dengan anak kawan mak" Abg oh Abg....

Hah anak bujang kat luar sana korang mesti pernah mengalami situasi macam nie kan...sebenarnya bila berjawatan tinggi  nie bukan tak ada masa untuk couple tapi terlalu banyak komitmen yang perlu diselesaikan sebab tue memang tak ada masa nak couple. So, Mr Bokbon telah membuat kaji selidik berhubung isu ini melibatkan kawan2 daripada profesion doctor, guru, engineer, pegawai2 kerajaan, pegawai bank, pensyarah dan beberapa pekerjaan bergred tinggi berhubung isu ini. Rata2 jejaka urban memberikan jawapan hampir sama iaitu....

1. Budi Bahasa...Benda wajib perlu ada bagi seorang calon isteri bagi jejaka urban. Jejaka urban tak suka jenis anak dara yang low class. Biar low profile tapi jangan sesekali low class. Jejaka urban paling pantang pasangannya over tak bertempat....ermmmmmm!

2. Solat 5 Waktu dan Mengaji Al Quran....jejaka urban kebanyakkan habis mengaji Al Quran so korang jangan risau sebab mereka penuh ilmu di dada... jadi tak ada masalah untuk membimbang bakal isteri dan anak2 kelak termasuk menjadi iman untuk solat 5 waktu. Cuma mereka perlukan calon yang mampu membantu mereka mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah semasa mereka keluar bekerja.

3. Rupa...Walaupun tak cantek, menarik, ayu dan anggun tak apa dan tidak menjadi masalah. Asalkan tak malu nak bawa keluar berjalan dan masuk majlis dah kira ok.

4. Berkerjaya..Bonus kalau memiliki isteri yang berstatus bekerjaya bukan sahaja mampu mengurangkan beban suami tapi mengelakkan isteri bosan di rumah. Jejaka Urban masih mampu untuk tanggung keluarga, tapi kalau bakal isteri mereka memiliki Diploma, Ijazah , Master bahkan Ph.D kenapa tidak digunakan....

5. Pandai Masak... 95% Jejaka Urban tahu ber-eksperimen dengan bahan di dapur. Bahkan konsep campak2 pun dah sedapp. Jadi, mereka akan pilih calon isteri yang lebih hebat memasak berbanding mereka. Jejaka Urban lebih suka hasil air tangan sendiri atau orang tersayang daripada makan kat kedai mamak...

Sebenarnya jejaka urban nie bukan susah pun nak faham, mereka akan hilang fokus dengan pasangan masing2 disebabkan kerja dan bukannya orang ketiga. Kerana bagi jejaka urban stanza "Workerholic" adalah perkataan paling sesuai dengan diri mereka. So, bagi anak2 dara yang nak cuba rapat dengan jejaka urban jangan takut cuma kita perlukan sedikit kematangan bila berdepan dengan mereka. Nilai profesional sangat tinggi dalam diri mereka. Namun, setelah ada keluarga jejaka urban biasanya akan lebih bertanggungjawab berbanding semasa status "Bujang" kerana bagi jejaka urban yang paling utama dalam diri mereka adalah KELUARGA, PEKERJAAN, BFF, SAHABAT dan akhir sekali teman wanita. Jejaka urban tidak gemarkan benda yang remeh temeh...Ermmmmmmm so moga perkongsiaan ini akan membantu korang kat luar sana untuk memahami jejaka urban...aigooooo


Never Stop...Never Give Up...Dream Come True :)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...