Sunday 27 May 2012

Terbang Pulang Ke Pangkuan

Ermmmmm hai  korang sume...apa kabar? sihat kah? sakit kah?....Tak kisahlah kan janji semuanya ceria sentiasa walau apa jua keadaan tubuh badan kita kan. Sori sangat2 dengan kalian semua sebab dah lama Mr Bokbon tak update blog kesayangan nie. Bukan naik lalang tapi dah jadi mini hutan rimba blog Mr Bokbon nie. Nasib x ada Simba n Friends kat dalam nie kan....

Apapun Mr Bokbon dah selamat tiba di Kota Metropolitan Kuala Lumpur bagi menghabiskan cuti sekolah penggal I yang dah pun bermula Jumaat lepas. Seronok sangat2 sebab dapat balik KL dan jumpa insan2 yang Mr Bokbon sayangi, kasihi dan rindui. Tapi sebelum balik bercuti hari tue, sebab dan akibat yang menyebabkan Mr Bokbon sibuk memanjang adalah pelbagai kerja2 yang perlu disiapkan. Mana tak nyer dengan Minggu Peperiksaan Pertengahan Tahun, Pendaftaran Pelajar Junior, Sambutan Hari Guru, Marking Paper, Urusan Seminar dan pelbagai lagi keje yang bertimbun perlu dibereskan sebelum pulang ke KL. 

Balik kali nie Mr Bokbon akan penuhi dengan undangan kenduri kawen saudara mara dan sahabat handai. Yelah time cuti sekolah macam nie lah kolerasi tinggi nak bina masjid. Ermmmmm layan jer lah kan!. Apapun Mr Bokbon dah tak sabar nak memulakan percutian 2 minggu ini...Apa2 hal nati Mr Bokbon update k...Aigooooo~~~


"Hepi School Holiday"....Pinjam dengan Pakcik Google @___@



Thursday 3 May 2012

Spontaneous Thursday #11

Walau kita terbang setinggi mana, ingat lah tanah yang kita pernah jejaki....



Tuesday 1 May 2012

M.E.I tiba kembali

Ermmmmmm sedar tak sedar dah masuk MEI 2012 dah kita rupanya. Cepat sungguh masa berlalu kan!. Korang apa cter 1hb Mei nie? Hari nie kan Hari Pekerja jadi apalah plan korang? Mr Bokbon tak ke mana2. Bangun pagi2 dengan penuh bersemangat dan tekad menyelesaikan urusan dobi-mendobikan diri dek baju dan seluar berbakul2 kat dalam bilik. Selesai semua kerja2 mendobi, mengemas rumah dan menyidai pakaian mulah jemari runcing menekan papan keyboard mencari sesuatu dalam laman www.airasia.com....Opsssss!! usha ticket rupa2 nyer...yelah korang dah masuk bulan Mei nie dah terbayang-bayang cuti hujung bulan nie iaitu pada 25hb Mei hingga 10hb Jun bersamaan 2 minggu jugak lah. So and so tak sampai sebulan sahaja lagi Mr Bokbon akan terbang balik ke Kuala Lumpur.

Bila sebut bab cuti nie memang kaburkan mata beli tiket balik. Nak buat macam mana demi nak jumpa orang tersayang jadi terpaksa beli jugak tiket. Kebetulan cuti nie banyak undangan perkahwinan saudara mara dan rakan taulan. So, tak pergi kecik pulak hati peminat kan. Macam nie lah korang bila dah berstatus keje jauh nie. Tiket bukan nyer RM0.50 satu hala...mahu dekat rm300++ ke atas. Kadang2 Mr Bokbon agak terkilan jugak dengan sesetengah orang nie kan selalu pikirkan "Duk Sabah elaun banyak!" "Kaya lah duk Sabah" "Rugi tak keje Sabah nati kaya raya"....Ermmmm mungkin 2 bagi yang pandai cakap jer kot. Hakikatnya sama saja. Kalau tak ada RM1000 ke atas memang bukan balik kampung nama nyer....

Apapun bulan Mei menjanjikan pelbagai cabaran...aigooooo ^_^




24 DAYS...TAWAU----->KUALA LUMPUR



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...